Pages

Saturday, January 2, 2010

Focus in Revision, Focus in Shalat!

Entry di bawah pernah aku tulis dalam sebuah mailing-list tahun lepas. Tapi ini adalah kali pertama aku zahirkan di dalam blog ini. 
___________________________________________________________________________

Di kala musim exam...


(Untuk yang study depan laptop/computer) ...

Tuesday, December 22, 2009

It is just a PhD

I am motivated, oh yeah, oh yeah, I am absolutely motivated.  Alhamdulillah, He is the only One that has power to lift up my motivation, and He is the only One as well that has power to do the other way around.

I just finish my first day in the methodological course organised by my institution, and I am greatly thankful to Allah, providing me the oppurtunity to attend this course. I have another 3 days ahead to complete this course but I am well motivated. Not just motivated to hear the rest of the talks & ldks, but motivated to put both of my feet onto my research track as well. Thanks to the organiser!

The first speaker really looks like Pc Ramlan, hehe. With his experience guiding a lot of PhD students to graduate with flying colours, he illustrated to the audience including me that PhD is easy and he managed to make us believe and have faith over his illustration. I know the reality that it needs a great amount of work, commitment, sacrification and few other things, but I relatively do agree over his illustration on PhD. I'm not trying to be overconfident here, plus I would say I still have not put even a step in my research path, but it is more about motivating myself. I am very well motivated.

Many times the speaker said, "It is just a PhD, you are not solving world problems".

Alhamdulillah.

p/s: rarely I write personal things in my blog.. anyway it is "my" blog. Seronok jugak sekali sekali tulis diary kat sini =P

Sunday, December 13, 2009

Mohd. Ariff Ab. Kadir

Mengenang kembali saat-saat aku menerima berita tentang pemergian arwah Ariff melalui sms yang dihantar oleh Rais yang berbunyi;

"Selesai akad, dlm perjalanan pulang, ariff Notts,bapa,ibu dan seorg kawannya dlm sebuah kereta telah dilanggar oleh sebuah bas. Semua 4 mereka meninggal dunia. Innalillah wainna lillahi rojiuun."

Tersandar aku di kerusi, termenung jauh menembusi dinding cuba menghadam maksud sms tersebut walaupun tiada apa yang tersirat pun di dalam mesej tersebut, semuanya tersurat belaka. Beberapa ketika kemudian barulah bibir aku mampu melafazkan 'innalillahi wa innalillahi raji'un' seraya aku menyedari pipi sedikit dibasahi air mata. Allahuakbar!


Aku menulis entri ini bukanlah untuk meratapi pemergiannya meninggalkan dunia.

Aku mengenali Ariff ketika berada di bumi United Kingdom sekitar tahun 2007 atau 2008. Tidak berapa aku ingat bilakah pertama kali aku bertemu dengannya, tetapi yang aku tahu aku bertemu dengannya lebih dari 10 kali sepanjang perkenalan aku dengannya walaupun Ariff belajar di Nottingham dan aku pula belajar di Manchester. Kali terakhir bersua dengannya adalah pada awal November baru-baru ini. Aku bukan orang yang terbaik untuk bercerita tentang Ariff, tetapi yang aku tahu beliau merupakan seorang yang berjiwa besar kerana semenjak perkenalan aku dengannya, beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan kepentingan dirinya hanya selepas kepentingan islam, ya aku sangat pasti akan perkara ini. Semoga Allah merahmati kehidupannya di dunia, menerima segala amalannya dan mengampuni kesilapan-kesilapannya.


Ariff, paling kiri. Meninggal bersama-sama ibubapanya dan seorang rakannya di dalam sebuah kemalangan


Umurnya 23 ketika Allah memanggilnya kembali. Umur aku 24. Umur kau 24 juga. Umur kau 22. Umur kau 26. Umur kau 30. Engkau 43. Engkau 18. Engkau pula 27. Takwa lah yang akan menyelamatkan diri dari tertipu dengan umur dunia. Jika kita hebat berbahas tentang realiti dan idealiti, sedarkah kita yang kita sering terlupa dengan realiti iaitu mati itu pasti dan mati itu datang tanpa amaran. Seorang sahabat Rasulullah S.A.W. menjelaskan makna takwa itu seperti seorang lelaki yang melalui jalan-jalan yang penuh berduri, maka berhati-hatilah lelaki tersebut dalam setiap gerak langkahnya.

Aku tidak kisah mati pada umur berapa kerana realitinya umur-umur bahagia yang dicari bukanlah sekadar di dunia tetapi yang dikejari ialah umur kebahagian di akhirat kelak. Yang aku kisah adakah aku mati dalam keadaan sedang berhati-hati dalam gerak langkah aku dalam menyusuri denai dunia, takut terpijak tahi maksiat, terpijak perangkap samar riak & takabbur, takut terpijak kecintaan kepada hidup dunia & harta, takut terpijak umpat keji saudara-saudari dan takut terajak manusia lain kepada keburukan & kejahilan. Aku harap kita sama-sama menanam keinginan ini pada saat ini juga! Sekarang juga! Jika masih belum bercambah dalam hati masing-masing, semaikan perasaan itu dan jangan risau ia pasti memakan masa yang lama untuk berbunga mekar, yang penting usaha itu mesti ada.

Teringat lagi aku akan kisah sahabat Rasulullah S.A.W., Hanzalah yang menyahut seruan jihad Nabi Muhammad S.A.W. sedangkan beliau baru sahaja menikahi isterinya. Sungguh beruntung si isteri kerana redha dengan ketentuan Allah Ta'ala, menerimanya dengan sabar walaupun perit. Ya Allah berilah kekuatan kesabaran  kepada ahli keluarga Ariff, isteri & ahli keluarga isteri Ariff.

Allah berfirman, "Allah BERSAMA orang yang sabar"

Pada aku, kita yang di dunia menyaksikan pemergian yang sedih atas permegian Ariff, tetapi pada pandangan Ariff barangkali, itulah pemergian yang paling beliau idamkan-idamkan. Semoga Allah menempatkan beliau bersama para solihin yang beruntung di syurga Allah. Oh, syurga Allah!!

Sunday, November 22, 2009

Siapa kata setiap perbuatan muslim itu ibadah?

Setiap perbuatan seorang muslim itu adalah ibadah. Makan, tidur, buang air besar/kecil, belajar, bekerja mencari duit untuk menyara kehidupan, kahwin dan banyak lagi menjadi ibadah. Setuju ke tidak? Sekali lagi aku tanya setuju ke tidak?


Gambar hiasan

Kalau dalam salah satu entry yang lepas kita ada cakap tentang salah satu tujuan hidup seorang manusia iaitu beribadah kepada-Nya. Tapi kita sebut secara brief sahaja. Tidak pula dibincangkan secara mendalam apakah makna sebenar tujuan hidup yang disebutkan dan bagaimana kita dapat mengamalkannya? Kita membaca ayat al-Quran bukan sekadar nak tahu apa isi kandungannya, tetapi kita nak memahaminya, kemudian kita kena mengamalkannya. Bukankah kita selalu baca dalam zikir ma'thurat atau dalam tahlil iaitu ayat 2 di dalam surah al-Baqarah? Ayat itu menyebutkan al-Quran sebagai petunjuk kepada orang yang bertakwa.. Formulanya ialah orang bertakwa sahaja masuk syurga, kemudian nak jadi orang bertakwa kenalah menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup ataupun manual hidupnya. Manual bermakna kita amalkan segala apa yang ditulis & disuruh di dalamnya. Dalam masa yang sama kita akan rasa gerun jika kita mengamalkan sesuatu diluar dari lingkup kehendak manual tersebut, atau ketika kita tinggalkan sesuatu daripadanya. Point ini memang sangat jelas. Tetapi kalau tidak setuju boleh kita bincang-bincangkan.

Dari statement dalam perenggan pertama tadi, kita hurai sedikit perkataan yang disebutkan iaitu ibadah. Walau dengan yakin mana pun aku mengucapkan kata-kata ini, tetapi aku tidak dapat menjiwai kebenarannya suatu ketika dahulu, dengan kata lain aku tidak sepenuhnya mempercayai/beriman dengan statement tersebut. Mari kita bincang perkara ini dengan lebih praktikal. Kalau aku sedang bermain bola sepak, memang dengan mudahnya aku akan kata bahawa aku sedang bersukan kerana bermain bola sepak menyihatkan badan, mengeluarkan peluh, menggerakkan dan menguatkan otot-otot dan kadang-kala boleh tercedera. Tidak ketinggalan memerlukan kemahiran tertentu. Apa jua sukan majoritinya kita mampu untuk menyebutkan ciri-ciri tadi. Kalau aku sedang membaca buku kemahiran hidup pula, dengan mudahnya juga aku boleh kata yang aku sedang belajar kerana ciri-cirinya ialah aku ingin dapatkan ilmu.

Tetapi bagaimanapula jika apabila aku sedang belajar, aku claim yang aku sedang beribadah? Mm....

Gambar hiasan: Makan

Aku sedang makan dan aku kata aku sedang beribadah.. Pelik bunyinya.. Apa yang ada pada makan itu menyebabkan aku claim aku sedang beribadah. Aku makan sebab aku lapar la! Pernah ke kita tiba-tiba nak makan atas alasan nak beribadah? Ataupun ketika turun sikit iman kita, maka kurang sikit ibadah kita, lalu kuranglah kita makan pada hari tersebut?

Lagi pelik kalau aku mengatakan secara zahirnya bahawa aku sedang beribadah ketika aku sedang buang air besar.

Pada pengamatan aku, apabila kita betul-betul memahami 2 tujuan kehidupan kita dan berjaya menghubung-kaitkan kedua-duanya akan membawa kita kepada jawapannya. Sudah tentu jawapan diperoleh hanya di atas kehendak-Nya. Maka pohonlah dari-Nya dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk memperoleh kefahaman atas perkara tersebut. Kita mahukan jawapan bukan sekadar ingin mengetahuinya, tetapi kita ingin memahaminya, menjiwainya dan mengamalkannya. Contohnya, aku tahu bahawa seorang ibu akan berasa amat sedih jika anaknya menderhakainya. Tetapi aku tidak akan dapat menjiwai kesedihan & keperitan tersebut selagi mana aku tidak menjadi seorang ibu dan tidak pernah pula diderhakai oleh anak aku. Dikaitkan pula dengan kefahaman kita terhadap maksud ibadah sepanjang masa dan setiap ketika. Kita kena betul-betul faham 2 tujuan kehidupan kita sebagai manusia sebagaimana difahami oleh Rasulullah S.A.W & para sahabat. Kerana merekalah golongan yang membuktikan dengan kefahamannya terhadap tujuan hidup seorang manusia, membawa mereka kepada kefahaman akan tuntutan menjadi warga islam lalu membuahkan ibadah di atas setiap perbuatan mereka. Selagi mana kita tidak memahami & menjiwai sepertimana mereka fahami & jiwai, selagi itulah kita akan tercari-cari jawapan persoalan yang diutarakan?

Ambillah seminit dua setiap hari, kita fikirkan tentang persoalan ini. Jika kita tidak memecahkan kebuntuan persoalan ini, takut-takut selama ini kehidupan kita ini rugi belaka, tidak berbeza dari orang-orang yang tidak beriman. Tidak kurang juga ramai manusia taklid yang malas berfikir. Di katanya, "Aku dah mengucap dua kalimah syahadah, maka aku islamlah, so perilaku aku kesemuanya ibadahlah!"
Come on! fikir jauh sikit, otak ada, hati pun ada.. Allah berfirman di dalam kitabNya:

Dan sungguh, akan Kami Isikan neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Al-A'raf, 7: 179

Adakah kita banyak menggunakan hati untuk memahami & menjiwai ayat-ayat Allah, ataupun lebih banyak kita dedicatekan hati kita untuk memahami & menjiwai drama-drama bersiri, lagu-lagu & wayang ataupun hati pakwe-makwe yang kita cintai?

Mari pohon dariNya supaya diberikan kita kefahaman bahawa segala perbuatan adalah ibadah & bagaimana untuk mendapat 'darjat' ibadah di setiap perkara yang kita lakukan dalam hari-hari kita.

Wednesday, November 18, 2009

Muhasabah Hati Aku

Tugas kita & tugas aku sentiasa sama. Yang membezakan, kita memikulnya atau tidak.

Aku bersyukur setinggi-tinggi kepada-Nya kerana Yang Maha Memberi Hidayah memberiku taufiq & kekuatan untuk memikulnya,

Dan kepada Yang Maha Mendengar, aku memohon supaya Dia mengekalkan & mengukuhkan aku dalam tanggungjawab ini sehinggalah jasad aku ditanam di bumi-Nya kelak

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di ketika aku berkemampuan, aku menzahirkan tanggungjawab itu dengan perbuatan, gerak langkah kaki aku, halang tepis tangan aku.

Di ketika aku berkemampuan, aku menzahirkan tanggungjawab itu dengan kata-kata dari lidah aku. mahupun melalui penulisan.

Di ketika aku berkemampuan, aku mengatupkan bibir aku tetapi menzahirkan dengan akhlak aku yang masih cacat cela. Aku bersungguh-bersungguh mengamati & mengaplikasi akhlak sang pembawa risalah & sahabat-sahabat baginda

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hai yang diseru, si pembaca, yang mendengar, yang di sekeliling, ahli keluargaku, yang melihat kelibatku, aku manusia seperti anda semua, maafkan salah silap aku, ambillah yang baik-baik, fikirkanlah yang didengari dan dilihat.

Yang Maha Pemberi Hidayah, Engkau tunjukkanlah aku Jalan yang lurus, Jalan yang di lalui oleh kekasihMu, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke sebesar-besar perkara. Jauhilah dari aku mengamalkan perkara yang tidak ada di JalanMu dan jauhkanlah aku dari mengajarkan perkara yang tidak ada di dalam JalanMu yang satu itu.

Tunjukkanlah aku erti ikhlas yang sebenar & ihsan yang sebenar. Fahamkanlah aku akannya dan suburkanlah dua perkara itu di dalam hati aku sebugar-bugarnya, di hati-hati ahli keluarga aku, hati-hati sahabat aku, hati-hati kenalan di sekelilingku, hati-hati guruku dan seluruh umat muslimin.


Thursday, November 12, 2009

Isterimu Seorang Artis

Untuk direnungi oleh semua terutamanya;

1. Suami kepada seorang artis
2. Ibubapa kepada seorang artis
3. Adik-beradik kepada seorang artis
4. Peminat-peminat artis
5. Penonton drama/rancangan yang mempersembahkan artis yang diminatinya
6. Pemborak-pemborak artis
7. Krew yang menjayakan artis
8. Pembiaya artis
9. dan banyak lagi..

Malangnya Isterimu Seorang Artis


Malangnya isterimu seorang artis
Dia sentiasa sibuk, jadualnya padat
Dia tiada masa untukmu
Ada latihan, ada shooting, ada promosi
Ada show, ada meeting, ada dinner
Tinggallah engkau bersama anak-anak


Malangnya isterimu seorang artis
Ke mana-mana pergi dia jadi perhatian orang
Kalau berjalan bersama,
engkau disangkakan drebar ataupun bodyguard
Dia lebih sibuk tandatangan autograf
Lebih sibuk membalas hello dan lambaian peminat
Daripada mendengar perkataan-perkataanmu


Malangya isterimu seorang artis
Di mata umum dan di pentas
Wajah dan tubuhnya disolek
Senyumnya tidak putus berjam-jam demi menjaga peminat
Tapi di rumah...
Mana kawan nak make-up
Make-up saja sudah satu jam
Padahal dia balik ke rumah hendak berehat
Mana kawan hendak senyum
Kan tadi sudah memaksa senyum dua tiga jam depan televisyen?
Tentulah lenguh otot-otot muka dan minda
Maka buruklah mukanya di rumah
Cantik dan senyumnya untuk orang
Buruk dan letihnya untukmu
Padahal engkau suaminya


Malangya isterimu seorang artis
Peminat menonton seluruh tubuhnya
Peminat bercerita tentang perhiasan-perhiasannya
Padahal suami memiliki kesemua perhiasan isteri
Yang engkau pula, dengan orang ramai terpaksa berkongsi
Apakah engkau tidak terkilan di hati?


Malangya isterimu seorang artis
Di depan lensa dia berlakon pelbagai watak
Ada watak yang sopan ada watak yang tidak bermaruah
Filem mahukan dia bersentuhan dengan lelaki,
Dia kena lakukan
Filem mahu dia berlakon adegan atas katil bersama lelaki lain,
melakonkan watak mama dan papa,
Dia kena lakukan
Filem mahu dia beraksi sebagai mangsa yang sedang atau cuba dirogol
Dia kena lakukan
Wah, isterimu jadi hidangan ramai rupanya


Malangnya isterimu seorang artis
Wangnya banyak pengaruhnya besar
Dia lebih kaya daripadamu, engkau di bawah telunjuknya
Wang hasil pekerjaannya itu diberi makan anak-anak
Engkau yakinkah halalnya, berkatnya?


Malangnya isterimu seorang artis
Dia pujaan ramai
Anak-anak lebih berbangga dengannya berbanding denganmu
Dialah hero mereka, bukan engkau
Maka anak-anak lebih mendengar cakapnya
Lebih sayang kepadanya
Dia idola mereka
Mereka pun bercita-cita nak jadi sepertinya
Aduh...


Malangnya isterimu seorang artis
Dosanya bertabarruj di khalayak ramai
Dia tanggung engkaupun tanggung
jika dia bertaubat pun suatu hari nanti
Kalian tetap akan berasa terkilan dan tidak senang duduk
Kerana media masih menayangkan filem-filem lakonannya
lagu-lagu nyanyiannya
Ketika dia tidak menutup aurat dulu
Anak cucu cicit akan terus melihat aib isterimu


Malangnya...
Isterimu seorang arits


Penulisnya tidak diketahui, moga Allah berikan ganjaranNya kepada penulis

Monday, November 2, 2009

Pentingkan Diri = Tidak Bertakwa?

"Kau ni tak sensible lah!" Jarang rasanya dengar orang cakap macam ni. "Kau ni kurang imanlah!", pun jarang kita dengari kot. Kau ni pentingkan diri lah! Yang ni macam biasa sikit dengar kot. Personal view aku, tiga-tiga statement tadi sama aja maksud nya.

Prof. Ir. Dr. Wikipedia takrifkan sensibility sebagai: sensibility refers to an acute of or responsiveness towards something, such as the emotion of another. Kalau kamus Cambridge pula; sensibility is an understanding of or ability to decide about what is good or valuable, especially in connection with artistic or social activities.

Pernah aku berjalan-jalan di beberapa negara Eropah Barat, aku melihat beberapa bangsa yang hidup dengan nilai sensibility yang sangat tinggi di dalam beberapa perspektif kehidupan mereka. Penilaian yang diberikan oleh aku bukan lah bersifat individual, tetapi secara kolektif masyarakat bangsa tersebut. Indahnya nilai-nilai yang ada pada mereka membuatkan aku berasa selamat di negara tersebut. Tapi malangnya kenapa aku tak merasainya di negara sendiri yang populasi utamanya adalah muslim dan "agama rasminya" adalah islam?

Sedangkan ketika di zaman islam memayungi dunia pada suatu ketika dahulu, manusia berduyun-duyun memeluk cara hidup yang terbaik ini. Ini adalah kerana masyarakat & negara islam pada ketika itu mempraktikkan cara hidup (ad-deen) yang terbaik dan diperlihatkan kepada seluruh manusia di bumi ini. Manusia-manusia sejagat berasa selamat & sejahtera dengan cara hidup umat islam. Bukankah maksud islam itu juga sejahtera?

Pengalaman saya di negara Perancis, secara spesificnya di sebuah bandar bernama Colmar yang terletak di timur negara Perancis. Sistem jalanraya nya menggariskan peraturan bahawa pejalan kaki adalah pengguna utama jalanraya, di mana anda tidak perlu menoleh ke kiri atau kanan ketika melintasi zebra crossing yang tiada lampu traffic. Pemandu keretalah yang bertanggungjawab untuk memastikan tiada orang sedang melintas atau sedang cuba melintas atau sedang menghampiri garis permulaan zebra crossing tersebut. Jika ada pejalan kaki termasuk dalam 3 kategori yang disebutkan tadi, maka pemandu kereta akan serta merta memperlahankan kenderaan demi memberi laluan kepada pejalan kaki. Persoalannya di sini, undang-undang boleh ditetapkan, tetapi sejauh manakah pemandu kenderaan ingin mematuhi undang-undang ini, malahan menjadikan perilaku tadi sebagai budaya mereka. Pemandu-pemandu kenderaan pastinya lebih memahami apa yang saya katakan di sini, bukan senang nak buat perkara ni dengan hati yang lapang melainkan anda memupunyai tahap sensibility yang tinggi. Yang kelakarnya, setiap kali melintas jalan di Colmar, saya dan rakan saya yang datang dari United Kingdom seringkali tertinggal kebelakang dari kawan-kawan kami yang sudah biasa dengan sistem di Colmar. Mereka melintas dengan yakinnya tanpa toleh kiri kanan sedangkan kami terintai-intai takut-takut ada kereta laju mendatang.

Ketika di Konstanz, Jerman, saya berbual dengan rakan saya yang belajar di situ berkenaan underground train/tube. Tiket perlu dibeli sebelum menaiki train, sedangkan tiket tidak akan diperiksa pun sebelum anda menaiki tube. 'Pagar pusing' seperti di underground tube' London dan stesen komuter Malaysia tidak juga menghalang-halangi laluan di stesen underground di Jerman. Mudahnya... Kawan saya itu menceritakan ada beberapa rakan berbangsa Jermannya tidak mahu menaiki tube tersebut ke kelas malah sanggup berbasikal beberapa puluh minit kerana ingin mengelak dari perlu membayar tiket tube yang mahal, walaupun sudah tentu tidak ada orang akan memeriksa tiket mereka. Indahnya hidup sebegitu... keindahan hanya digapai apabila anda tidak mementingkan diri, sedangkan Allah telah mengajar orang-orang yang beriman bagaimanakah mendidik diri supaya tidak mementingkan diri lebih dari apa yang ditonjolkan oleh orang-orang barat. Contoh-contoh mudah di United Kingdom seperti; membantu memegang pintu untuk memudahkan orang dibelakang kita masuk atau mengelakkan mereka dari dihempas pintu, staff customer service sentiasa dalam keadaan bersedia membantu dengan muka berseri-seri (walaupun kita tahu manusia sentiasa ada turun naik moodnya), memberi laluan kepada kenderaan lain, tidak merokok di tengah-tengah khalayak ramai dan sebagainya.


Gambar hiasan: London tube gate

Seorang syeikh dari Turki pernah menyebut (jika salah tolong betulkan ya), "Saya melihat nilai-nilai islam di negara-negara barat, tetapi tidak pula menjumpainya di negara-negara islam sendiri/timur.
Syeikh Badiúzzaman Said Nursi


Sempat saya menangkap gambar sampah (dibulatkan dengan warna merah) 
yang dibuang keluar oleh pemandu lori terebut. Risau juga semasa menangkapnya, 
mana tahu pemandu lori itu seorang samseng jalan-raya. 
Oh, tak selamatnya Malaysiaku ini

Masalah mementingkan diri ini nampaknya seperti remeh, banyak lagi isu besar yang perlu dibincangkan. Tetapi sedarlah bahawa salah satu manifestasi kita kepada ketaqwaan kepada Allah Ta'ala adalah akhlak  yang berbentuk tidak mementingkan diri sendiri. Rasulullah S.A.W. tidak sekadar mengajar umatnya untuk berhati-hati & mengelak batu yang menghalangi jalan supaya tidak mencederakan diri sendiri. Sedangkan baginda meminta supaya umatnya mengalihkan batu tersebut supaya tidak mencederakan orang lain. Apabila manusia benar-benar memahami apa itu islam, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan kepentingan dunia di tangannya, bukanlah membiarkan kepentingan dunia menggenggam hatinya. Apabila dunia yang diinginkan itu membawa keburukan kepada diri dan manusia sekelilingya, dengan mudah ia boleh mencampakkan dunia itu jauh-jauh kerena tangannya yang memegang dunia, bukan hatinya yang dibelenggui dunia. Daripada itulah timbulnya salah satu akhlak islami iaitu tidak mementingkan diri sendiri.

If you are a true muslim (muslim yang bertakwa), you must be among the most sensible person in this world.

Bermuhasabahlah kawan-kawan. Bagaimanakah kita boleh dapatkan kefahaman islam yang menyebabkan kita berlumba-lumba untuk menjadi orang yang bertakwa.

--------------------------------

Contoh-contoh mementingkan diri yang dianggap remeh:
1. Tidak berterima kasih kepada pelayan yang menghantarkan hidangan
2. Bergegas menutup ruang di antara kereta kita dan kereta hadapan supaya kereta lain tak boleh menyelit. (tapi perlu juga buat kepada kereta yang memotong tak ikut peraturan dengan niat memberi pengajaran)
3. Memberi signal apabila ingin belok ke kanan atau ke kiri. Kadang-kadang kala kereta yang ingin masuk jalan besar ternanti-nanti untuk keluar kerana ada kereta kita, tetapi rupa-rupanya kita ingin membelok ke kiri.
4. Lambat ke suatu-suatu pertemuan yang dijanjikan
5. Makan dengan banyaknya makanan yang tinggal sedikit. Tanyalah orang lain dahulu
6. Suka exaggerate mood kita apabila berkomunikasi dengan orang lain. Kalau tengah baik ok lagi, kalau tengah bermasalah, habis semua orang kene balun
7. Tidak memberi isyarat terima kasih apabila diberi laluan di jalan raya @ tidak membalas isyarat terima kasih dari orang yg berterima kasih di jalanraya

* banyak pulak contoh-contoh di jalanraya. Penulis banyak berada di atas jalanraya kot akhir-akhir ini.

dah....