Pages

Thursday, February 25, 2010

Aku Memang Comel Ketika Kecil!

 

Tajuk yang penuh dengan perasaan perasan! hehe.. Aku tulis "Comel ketika kecil" ya, bukan "Comel semenjak kecil"! Ada la beberapa orang mengubah-ubah tajuk di atas sehingga mendatangkan kontroversi =P.

Aku lekat gambar-gambar di atas di bilik aku, bertentangan dengan kedudukan aku pabila kerja sedang dibuat di meja. Yang paling kiri tu aku tak ingat umur berapa, agaknya 2 tahun setengah mungkin. Yang tengah tu mungkin semasa darjah 4 (10 tahun) dan yang kanan sekali  semasa di Kolej Mara Banting, tahun 2003 agaknya.. Bersih sungguh muka aku dalam gambar-gambar ni. Tapi sekarang bersih juga kot, hehe..

Tengok dalam-dalam, fikir dalam-dalam, sekejap je masa berlalu. Di dalam selang-seli gambar tu mak abah aku membesarkan aku dengan kasih-sayang, tunjuk-ajar lembut dan tegas, cubit-tarik telinga lalu jadi lah aku sebagaimana aku sekarang ni. Kakak-kakak & adik aku juga banyak terlibat secara langsung dalam membentuk apa yang aku jadi sekarang. Memang betul, melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau dilentur-lentur ke arah timur, ke timur lah, lentur-lentur ke utara, utara lah dia, lentur-lentur sampai patah, patah la pulak. 
Dalam lentur-lentur tu, Allah lah yang menentukan sebenar-benarnya ke arah mana ia akan terlentur. Aku sangat-sangat bersyukur di atas usaha mak abah aku melentur, Allahlah yang menentukan lenturan itu menjadi dan membawa ke arah yang aku syukuri sekarang ini. 

Bak kata-kata yang penuh hikmah, jangan biar anda menentukan nasib diri anda sendiri, sedangkan Allah lah yang menentukannya. Jangan sehingga Allah membiarkan & mengabaikan aku, anda dan sesiapa sahaja yang membaca post ini. 

"Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu Kitab, dan menjualnya dengan harga murah, mereka hanya menelan api neraka ke dalam perutnya, dan Allah tidak akan menyapa mereka pada hari kiamat, dan tidak akan Menyucikan mereka. Mereka akan mendapat azab yang sangat pedih."

Al-Baqarah, 2: 174

Na'udzubillah min dzaalik (Moga Allah menjauhkanlah aku dari perkara itu)

Wahai aku & semua, bercintalah bersungguh-sungguh dengan Allah! Jiwang lah dengan Allah!
Wahai aku & semua, rapat-rapatkan lah diri kita dengan Allah supaya Dia tidak 'terabaikan' kita!
Wahai aku & semua, berkenalan lagilah dengan Allah & ikutlah cakap Dia!

- OUT -- Masak -

Monday, February 15, 2010

Sepi...

OhTakSempatNakUpdateBlogTambahEntry...

Tuesday, January 26, 2010

Apa Yang Kau Tahu?

Adakah kau tahu yang banyak perkara kau tidak tahu?
Adakah kau sedar bahawa terlalu banyak perkara yang kau tidak tahu?

__________________________________________

Bacalah,
Sebutlah dengan nama Tuhan Yang Menciptakan segala kejadian di dunia,
Bacalah,
Tulislah dengan pena Wahyu yang Diutuskan,
Risalah kebenaran untuk insan.

Seluruh KasihNya Dia telah Curahkan,
Tulus suci mengisi ruang hati,
Bagai dalam dingin, rindu berdakapan,
Dengan kata syahdu, kasih mesra bersatu.

Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?

Bacalah,
Lihatlah dengan mata,
Selami sanubari putaran panorama hidup ini.

Bacalah,
Tipuan mata hati,
Bisikan penuh mimpi,
Melamar kelalaian tidak henti.

Suruhan larangan telah Dia Sampaikan,
jangan pilih haluan yang dimurka,
kelak rebah diri, duka menangisi,
tanpa belas kasih, disiksa saban waktu.

 
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?

ua Hira' menggamit kisah silam,
satu peristiwa nabi bersendiri,
Iqra diturunkan, Muhammad ditabalkan,
tersuratlah sudah kalam dari Tuhan.

Sekian kalinya detik waktu berlalu,
apa terus berbakti untuk Dia???
Membalasi kasih syukur dengan nikmat,
amalnya bertambah, hikmahnya kan ketemu,

Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?


Author: B. Nury

Saturday, January 2, 2010

Focus in Revision, Focus in Shalat!

Entry di bawah pernah aku tulis dalam sebuah mailing-list tahun lepas. Tapi ini adalah kali pertama aku zahirkan di dalam blog ini. 
___________________________________________________________________________

Di kala musim exam...


(Untuk yang study depan laptop/computer) ...

Tuesday, December 22, 2009

It is just a PhD

I am motivated, oh yeah, oh yeah, I am absolutely motivated.  Alhamdulillah, He is the only One that has power to lift up my motivation, and He is the only One as well that has power to do the other way around.

I just finish my first day in the methodological course organised by my institution, and I am greatly thankful to Allah, providing me the oppurtunity to attend this course. I have another 3 days ahead to complete this course but I am well motivated. Not just motivated to hear the rest of the talks & ldks, but motivated to put both of my feet onto my research track as well. Thanks to the organiser!

The first speaker really looks like Pc Ramlan, hehe. With his experience guiding a lot of PhD students to graduate with flying colours, he illustrated to the audience including me that PhD is easy and he managed to make us believe and have faith over his illustration. I know the reality that it needs a great amount of work, commitment, sacrification and few other things, but I relatively do agree over his illustration on PhD. I'm not trying to be overconfident here, plus I would say I still have not put even a step in my research path, but it is more about motivating myself. I am very well motivated.

Many times the speaker said, "It is just a PhD, you are not solving world problems".

Alhamdulillah.

p/s: rarely I write personal things in my blog.. anyway it is "my" blog. Seronok jugak sekali sekali tulis diary kat sini =P

Sunday, December 13, 2009

Mohd. Ariff Ab. Kadir

Mengenang kembali saat-saat aku menerima berita tentang pemergian arwah Ariff melalui sms yang dihantar oleh Rais yang berbunyi;

"Selesai akad, dlm perjalanan pulang, ariff Notts,bapa,ibu dan seorg kawannya dlm sebuah kereta telah dilanggar oleh sebuah bas. Semua 4 mereka meninggal dunia. Innalillah wainna lillahi rojiuun."

Tersandar aku di kerusi, termenung jauh menembusi dinding cuba menghadam maksud sms tersebut walaupun tiada apa yang tersirat pun di dalam mesej tersebut, semuanya tersurat belaka. Beberapa ketika kemudian barulah bibir aku mampu melafazkan 'innalillahi wa innalillahi raji'un' seraya aku menyedari pipi sedikit dibasahi air mata. Allahuakbar!


Aku menulis entri ini bukanlah untuk meratapi pemergiannya meninggalkan dunia.

Aku mengenali Ariff ketika berada di bumi United Kingdom sekitar tahun 2007 atau 2008. Tidak berapa aku ingat bilakah pertama kali aku bertemu dengannya, tetapi yang aku tahu aku bertemu dengannya lebih dari 10 kali sepanjang perkenalan aku dengannya walaupun Ariff belajar di Nottingham dan aku pula belajar di Manchester. Kali terakhir bersua dengannya adalah pada awal November baru-baru ini. Aku bukan orang yang terbaik untuk bercerita tentang Ariff, tetapi yang aku tahu beliau merupakan seorang yang berjiwa besar kerana semenjak perkenalan aku dengannya, beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan kepentingan dirinya hanya selepas kepentingan islam, ya aku sangat pasti akan perkara ini. Semoga Allah merahmati kehidupannya di dunia, menerima segala amalannya dan mengampuni kesilapan-kesilapannya.


Ariff, paling kiri. Meninggal bersama-sama ibubapanya dan seorang rakannya di dalam sebuah kemalangan


Umurnya 23 ketika Allah memanggilnya kembali. Umur aku 24. Umur kau 24 juga. Umur kau 22. Umur kau 26. Umur kau 30. Engkau 43. Engkau 18. Engkau pula 27. Takwa lah yang akan menyelamatkan diri dari tertipu dengan umur dunia. Jika kita hebat berbahas tentang realiti dan idealiti, sedarkah kita yang kita sering terlupa dengan realiti iaitu mati itu pasti dan mati itu datang tanpa amaran. Seorang sahabat Rasulullah S.A.W. menjelaskan makna takwa itu seperti seorang lelaki yang melalui jalan-jalan yang penuh berduri, maka berhati-hatilah lelaki tersebut dalam setiap gerak langkahnya.

Aku tidak kisah mati pada umur berapa kerana realitinya umur-umur bahagia yang dicari bukanlah sekadar di dunia tetapi yang dikejari ialah umur kebahagian di akhirat kelak. Yang aku kisah adakah aku mati dalam keadaan sedang berhati-hati dalam gerak langkah aku dalam menyusuri denai dunia, takut terpijak tahi maksiat, terpijak perangkap samar riak & takabbur, takut terpijak kecintaan kepada hidup dunia & harta, takut terpijak umpat keji saudara-saudari dan takut terajak manusia lain kepada keburukan & kejahilan. Aku harap kita sama-sama menanam keinginan ini pada saat ini juga! Sekarang juga! Jika masih belum bercambah dalam hati masing-masing, semaikan perasaan itu dan jangan risau ia pasti memakan masa yang lama untuk berbunga mekar, yang penting usaha itu mesti ada.

Teringat lagi aku akan kisah sahabat Rasulullah S.A.W., Hanzalah yang menyahut seruan jihad Nabi Muhammad S.A.W. sedangkan beliau baru sahaja menikahi isterinya. Sungguh beruntung si isteri kerana redha dengan ketentuan Allah Ta'ala, menerimanya dengan sabar walaupun perit. Ya Allah berilah kekuatan kesabaran  kepada ahli keluarga Ariff, isteri & ahli keluarga isteri Ariff.

Allah berfirman, "Allah BERSAMA orang yang sabar"

Pada aku, kita yang di dunia menyaksikan pemergian yang sedih atas permegian Ariff, tetapi pada pandangan Ariff barangkali, itulah pemergian yang paling beliau idamkan-idamkan. Semoga Allah menempatkan beliau bersama para solihin yang beruntung di syurga Allah. Oh, syurga Allah!!

Sunday, November 22, 2009

Siapa kata setiap perbuatan muslim itu ibadah?

Setiap perbuatan seorang muslim itu adalah ibadah. Makan, tidur, buang air besar/kecil, belajar, bekerja mencari duit untuk menyara kehidupan, kahwin dan banyak lagi menjadi ibadah. Setuju ke tidak? Sekali lagi aku tanya setuju ke tidak?


Gambar hiasan

Kalau dalam salah satu entry yang lepas kita ada cakap tentang salah satu tujuan hidup seorang manusia iaitu beribadah kepada-Nya. Tapi kita sebut secara brief sahaja. Tidak pula dibincangkan secara mendalam apakah makna sebenar tujuan hidup yang disebutkan dan bagaimana kita dapat mengamalkannya? Kita membaca ayat al-Quran bukan sekadar nak tahu apa isi kandungannya, tetapi kita nak memahaminya, kemudian kita kena mengamalkannya. Bukankah kita selalu baca dalam zikir ma'thurat atau dalam tahlil iaitu ayat 2 di dalam surah al-Baqarah? Ayat itu menyebutkan al-Quran sebagai petunjuk kepada orang yang bertakwa.. Formulanya ialah orang bertakwa sahaja masuk syurga, kemudian nak jadi orang bertakwa kenalah menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup ataupun manual hidupnya. Manual bermakna kita amalkan segala apa yang ditulis & disuruh di dalamnya. Dalam masa yang sama kita akan rasa gerun jika kita mengamalkan sesuatu diluar dari lingkup kehendak manual tersebut, atau ketika kita tinggalkan sesuatu daripadanya. Point ini memang sangat jelas. Tetapi kalau tidak setuju boleh kita bincang-bincangkan.

Dari statement dalam perenggan pertama tadi, kita hurai sedikit perkataan yang disebutkan iaitu ibadah. Walau dengan yakin mana pun aku mengucapkan kata-kata ini, tetapi aku tidak dapat menjiwai kebenarannya suatu ketika dahulu, dengan kata lain aku tidak sepenuhnya mempercayai/beriman dengan statement tersebut. Mari kita bincang perkara ini dengan lebih praktikal. Kalau aku sedang bermain bola sepak, memang dengan mudahnya aku akan kata bahawa aku sedang bersukan kerana bermain bola sepak menyihatkan badan, mengeluarkan peluh, menggerakkan dan menguatkan otot-otot dan kadang-kala boleh tercedera. Tidak ketinggalan memerlukan kemahiran tertentu. Apa jua sukan majoritinya kita mampu untuk menyebutkan ciri-ciri tadi. Kalau aku sedang membaca buku kemahiran hidup pula, dengan mudahnya juga aku boleh kata yang aku sedang belajar kerana ciri-cirinya ialah aku ingin dapatkan ilmu.

Tetapi bagaimanapula jika apabila aku sedang belajar, aku claim yang aku sedang beribadah? Mm....

Gambar hiasan: Makan

Aku sedang makan dan aku kata aku sedang beribadah.. Pelik bunyinya.. Apa yang ada pada makan itu menyebabkan aku claim aku sedang beribadah. Aku makan sebab aku lapar la! Pernah ke kita tiba-tiba nak makan atas alasan nak beribadah? Ataupun ketika turun sikit iman kita, maka kurang sikit ibadah kita, lalu kuranglah kita makan pada hari tersebut?

Lagi pelik kalau aku mengatakan secara zahirnya bahawa aku sedang beribadah ketika aku sedang buang air besar.

Pada pengamatan aku, apabila kita betul-betul memahami 2 tujuan kehidupan kita dan berjaya menghubung-kaitkan kedua-duanya akan membawa kita kepada jawapannya. Sudah tentu jawapan diperoleh hanya di atas kehendak-Nya. Maka pohonlah dari-Nya dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk memperoleh kefahaman atas perkara tersebut. Kita mahukan jawapan bukan sekadar ingin mengetahuinya, tetapi kita ingin memahaminya, menjiwainya dan mengamalkannya. Contohnya, aku tahu bahawa seorang ibu akan berasa amat sedih jika anaknya menderhakainya. Tetapi aku tidak akan dapat menjiwai kesedihan & keperitan tersebut selagi mana aku tidak menjadi seorang ibu dan tidak pernah pula diderhakai oleh anak aku. Dikaitkan pula dengan kefahaman kita terhadap maksud ibadah sepanjang masa dan setiap ketika. Kita kena betul-betul faham 2 tujuan kehidupan kita sebagai manusia sebagaimana difahami oleh Rasulullah S.A.W & para sahabat. Kerana merekalah golongan yang membuktikan dengan kefahamannya terhadap tujuan hidup seorang manusia, membawa mereka kepada kefahaman akan tuntutan menjadi warga islam lalu membuahkan ibadah di atas setiap perbuatan mereka. Selagi mana kita tidak memahami & menjiwai sepertimana mereka fahami & jiwai, selagi itulah kita akan tercari-cari jawapan persoalan yang diutarakan?

Ambillah seminit dua setiap hari, kita fikirkan tentang persoalan ini. Jika kita tidak memecahkan kebuntuan persoalan ini, takut-takut selama ini kehidupan kita ini rugi belaka, tidak berbeza dari orang-orang yang tidak beriman. Tidak kurang juga ramai manusia taklid yang malas berfikir. Di katanya, "Aku dah mengucap dua kalimah syahadah, maka aku islamlah, so perilaku aku kesemuanya ibadahlah!"
Come on! fikir jauh sikit, otak ada, hati pun ada.. Allah berfirman di dalam kitabNya:

Dan sungguh, akan Kami Isikan neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Al-A'raf, 7: 179

Adakah kita banyak menggunakan hati untuk memahami & menjiwai ayat-ayat Allah, ataupun lebih banyak kita dedicatekan hati kita untuk memahami & menjiwai drama-drama bersiri, lagu-lagu & wayang ataupun hati pakwe-makwe yang kita cintai?

Mari pohon dariNya supaya diberikan kita kefahaman bahawa segala perbuatan adalah ibadah & bagaimana untuk mendapat 'darjat' ibadah di setiap perkara yang kita lakukan dalam hari-hari kita.