Pages

Thursday, May 27, 2010

Hidup segan mati tak mahu

...The busier you are...
.....your life becomes more lively....
............but..............
~lively in with what sense?~
..depends on what your are busy in tho..

-muhasabah mode-



Pyanuddin al-Helmy, The Pariser

Saturday, May 15, 2010

Tanzim Allah v. Tanzim Toghut



Tanzim Allah atau Organisasi/Team/Angkatan Allah diketuai oleh Allah Ta'ala. Seluruh alam berada di dalam tanzimnya kerana semuanya tunduk kehambaan kepadanNya. Allah menjadikan manusia sebagai GabenorNya (khalifah) di salah sebuah wilayahNya iaitu bumi. Sedangkan manusia ada yang tidak memperhambakan dirinya kepada Allah.. Maka gabenor ni kena buat kerja untuk pastikan makhluk-makhluk di bumi specifically manusia tunduk 100% tunduk kepadaNya dan berada di dalam Tanzim Allah.



Makhluk yang 'lupa diri' dari kalangan jin iaitu Iblis melihat ruang untuk mewujudkan Tanzim Toghut iaitu Tanzim yang menentang Allah.

"iblis menjawab: ""Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus," 
al-A'raf, 7:16 

Maka secara initialnya tiada Tanzim tengah-tengah (tunduk pada Allah tidak, tunduk pada toghut pun tidak - tak wujud). 

Walhal syaitan yang membawa kepada toghut itu (samaada secara besar-besaran atau secara halus) itu terdiri dari kalangan manusia dan jin. (Ketuanya jin ya iaitu Iblis a.k.a Azazil)

dari (golongan) jin dan manusia. 
an-Nas, 114:6 


Nah.. kita berada di dalam dalam Tanzim mana??? 


Secara tabi'nya, ada orang jadi pengikut dan pekerja sesuatu kumpulan secara jelas tahu apa kumpulan yang mereka ikut, apa tujuan kumpulan itu ditubuhkan dan apa misi yang ingin dicapai oleh kumpulan tersebut. Tetapi ada juga jenis 'pengikut' yang menjadi 'mangsa keadaan' terikut akan aktiviti-aktiviti kumpulan tersebut


Contoh ikut secara tak sengaja:

Persatuan bola sepak English iaitu England Football Association (FA). FA ada misi dia untuk memajukan bola sepak England di peringkat liga England itu sendiri dengan misi English Premier League menjadi liga terhebat di seantero dunia. Dalam masa yang sama mereka ingin memastikan pemain-pemain England di dalam liga itu atau di luar negara UK menjadi hebat supaya pasukan bola sepak England menjadi hebat dan mampu untuk memenangi World Cup untuk kali kedua (mimpi je la....).. Tapi untuk mencapai itu FA perlukan sokongan..

Sokongan dari:

1. Penaja-penaja (investor) dalam dan luar negara
2. Penyokong yang memenuhi stadium
3. Penyokong yang tonton tv, langgan ASTRO, SKY, MUTV dll
4. Pelancong-pelancong & peminat-peminat yang beli jersey dan sebagainya
5. Newspapers yang menghangatkan berita sukan lalu excited para pembacanya
6. Minuman dan makanan yang mengiklankan pemain-pemain bola dan pasukannya
7. dan banyak lagi nak sebut, banyak banyak banyak......

Accidentally, mereka mereka semua (mencecah 500 juta manusia agaknya) membantu menjayakan misi English FA.

....................................

hmm....


Accidentally, kita boleh jadi sebahagian dari Tanzim toghut secara tidak sengaja.........


YA ALLAH.. JAUHILAH AKU DARI TERGOLONG DARI GOLONGAN YANG MENGAJAK  MANUSIA DARI MENJAUHKAN DIRI DARI MU YA ALLAH......

Ampunkanlah dosa-dosa kami orang mu'min ya Allah..


Ingin aku bincangkan lebih mendalam kedua-dua tanzim ini. Tapi eloklah kita sama-sama berusaha dulu mengenali kedua-duanya. Cadangan aku berdasarkan ilmu cetek yang aku ada ialah:

1. Mari mengenal Allah dengan bersungguh-sungguh

2. Mari mengenal ghazwul fikr (serangan pemikiran)


Allahua'lam

Semoga bermanfaat.

Pyanuddin al-Helmy, Badr

Sunday, May 9, 2010

From lens, to your eyes and then fall onto your heart

Semenjak akhir-akhir ini tidak pula berkesempatan untuk tulis entry sendiri. So aku 'copy paste' entry orang lain aja. Entry asalnya di sini, jzkk Mr./Mrs. empunya blog tersebut. Sangat-sangat bermanfaat untuk dimuhasabah bersama especially photographer2 dan pencinta2 gambar DSLR. Selamat membaca hasil 'copy paste' aku. (dapat permission ok!)


Di subuh hari memulakan langkah.. Moga ditabahkan iman sepanjang mentari bersinar, sepanjang bulan menerangi. Teruja tengok kawan2 bergambar. betapa kepakaran mereka mengambil gambar sgt menarik. ilham dr Allah,alhamdulillah. tak semua boleh hasilkan gmbar yg baik kan, walau ramai je tukang komen. kamera panjang berjela dibawa ke sana sini. berat pon takpe. kagum sekejap. apa yg indah di mata semua ingin dirakam. yang tak indah pon jadi menawan. bukanlah entri ditulis utk membenci photographers sekalian. cuma mencadangkan beberapa perkara dr mata yg melihat ini. kerana pepatah 'a picture tells a 1000 words'. ya, nampak serupa mcm menulis puisi dan lirik, apa saje tafsiran boleh dibuat. semuanya terpulang pd yg membaca. 
Mcm tu lah jugak dgn gambar ni. ada masanya sekecil2 haiwan yg walaupun masih boleh dilihat dgn mata kasar tp seringkali kita abaikan, mampu buat kita mengagungi kebesaran Allah. kerdilnya insan perlukan kamera utk merakam ciptaan itu, mengedit supaya jelas.
dah nampak pon kdg2 ramai yg tak insaf. kenapa kamera DSLR mcm tu jd hobi rancak skg?kerana mereka tahu ada byk lagi benda oleh dirakam. mereka sedar luas lg bumi Tuhan ini belom diteroka. cuma, kesudahan gambar itu ke mana?adakah sekadar tatapan buat cuci mata?tayangan buat penanda aras diri hebat?hebat lg Yang Mencipta apa yg dirakam itu,subhanallah. kenapa tidak diguna utk mendekatkan diri kpd Yang Maha Indah?
cuma yg kdg2 dikesali, sbb kamera panjang ni boleh zoom jauh,yg kecil boleh enlarge jd gaban. maka,wajah2 ayu anak dara org dirakam. aksi comel puteri islam di'snap. mangsa ni kdg taktau pon. tau2 gambar ditayang dlm internet. tak caye?kalo ada kesempatan,lihat album photographers2 ini. adik cun melecun terpampang besar wajahnya. siap ada komen2 miang kt bawah tuh. mcm mana ye nnt kalo si gadis ni terjumpa. sedih ke bangga?
rakam la apa2,snap la apa2 pon..tp kalau boleh elak lah zoom yg teramat kpd puteri2 islam ni.boleh? sy pernah menggunakan alat cerapan yg boleh zoom berkilometer jaraknya. seronoknya la hai,rase macam ada mata baru. semua nampak. mujurlah alat tu cuma rekod bacaan jarak etc, bukan gambar sptmana DSLR boleh hasilkan. kalau tak sy pon lupa diri agaknya ;p

bukankah kita disuruh tundukkan pandangan? memandang dr kamera,bukan mulanya dr pandangan mata?

buat bakal2 mangsa, hati2 lah di tempat awam. hati2..hati2..taktau mcm mana nk sampaikan ketakutan ni,tp hati2 lah ye :(..sy tak tahu mcm mana nk sampaikan kpd photographer2 hebat tu semua. terpulang pd pembaca semua.

kita lupa barangkali, kamera Tuhan lg canggih,merakam segalanya. memori lg juta2 kali ganda, takde virus boleh rosakkan. esok di padang Masyhar di'present' dan di'display' kepada semua. renungan buat diri sendiri :)

sekadar beberapa contoh gambar dr website national geographic. tak sampai hati pulak nk tunjuk gambar adik2 cun yg dizoom dgn dasyahtnya. moga Allah ampuni para photographer, ampuni kita yg melihat dan ampuni jua mangsa keadaan. Amiiin~~

Wednesday, May 5, 2010

Sifat-sifat wanita idaman yang sejahtera & mensejahterakan

Dipetik dari website Hilal Asyraf . Jazakallah khair kathir Hilal. 
Untuk sumber asal artikel ini sila klik sini

Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib. Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimanan sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib. Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib.

Katakanlah amin.

Saya kagum dengan sifat malu yang wujud pada Anak perempuan Nabi Syu’aib. Selama ini saya sudah tahu akan kisahnya, tetapi semalam saya mendengar dengan penjelasan yang sangat-sangat mendalam, mencucuk, dan memberikan kesan dalam jiwa saya. Moga keluarga perempuan saya, bakal isteri dan anak-anak saya, semuanya Allah kurniakan sifat malu yang ada pada Anak Syu’aib. Sememangnya sifat malunya, perlu dicontohi perempuan yang ada.

Lelaki juga, apa salahnya mengambil pengajaran daripadanya.




Kisah yang tercatat di dalam Al-Quran

Dan ketika dia(Musa) sampai di sumber air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan(ternakan mereka berdua). Dia bertanya: "Mengapa dengan kamu berdua(menahan ternakan)"? Mereka menjawab: "Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.”
Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.
Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata: "Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”.  

Surah Al-Qasas ayat 23-25.

Di dalam kisah pendek tiga ayat ini, tersembunyi ibrah (pengajaran) yang sangat besar. Bukan hanya kisah pertemuan Musa dengan Anak Nabi Syu’aib yang kemudiannya mendidik kesabaran Musa. Bukan juga hanya kisah Musa yang baik hati membantu perempuan yang lemah. Bukan juga hanya kisah aturan Allah SWT yang cantik mengaturkan perjalanan Musa dalam rangka menjadikannya sebagai Nabi.

Tetapi di dalam tiga ayat ini, terdapat juga didikan untuk wanita. Allah hendak menunjukkan bagaimana urusannya wanita dan lelaki, dengan menunjukkan sifat malu yang wujud dalam diri Anak-anak Syu’aib.

Wahai manusia, Allah sedang berbicara dengan anda berkenaan Sifat Malu.


Sifat malu yang sangat tinggi 

Anak-anak Nabi Syu’aib tidak membenarkan diri mereka bercampuran dengan lelaki-lelaki lain walaupun mereka mempunyai kerja yang penting – memberikan minuman kepada ternakan mereka.
Mereka sanggup menahan ternakan mereka dan menanti walaupun keadaan itu sangat memberikan kekurangan kepada ternakan mereka nanti. Alasan lemah adalah alasan yang kedua. Alasan utama adalah kerana bergaulan, bercampuran dengan lelaki sememangnya menjatuhkan akhlak mereka. Kita sendiri, kalau melihat perempuan tolak menolak dengan lelaki, berebut-rebut dengan lelaki, bersentuhan tangan, bergeselan badan, bagaimana agaknya persepsi kita?

Maka Anak-anak Syu’aib menanti. Biar lapang baru mereka pergi. Tidak melanggar adab pergaulan, dan tidak pula mengundang kecederaan. Namun, melakukan sedemikian pastinya satu kekurangan untuk mereka. Kekurangan untuk binatang ternak mereka membesar dengan baik. Tetapi lihatlah Anak-anak Syu’aib, dunia dan akhirat yang mana mereka pilih?

Penjagaan diri mereka ini membuatkan mereka sangat mahal.


Tidak memanjangkan bicara 1(kondisi diajak bicara)

Musa yang berehat di bawah pokok berdekatan hanya memandang. Pelik di matanya melihat dua orang perempuan berdiri menunggu di tepi sumber air bersama ternakan mereka. Pastinya dua perempuan itu bukan menanti suami atau ayah mereka siap memberi minum pada ternakan kerana keduanya membawa ternakan masing-masing.

Atas dasar ambil berat, Musa bangun dan bertanya.
“Mengapa dengan kamu berdua?”
 
Dan lihatlah bagaimana cantiknya akhlak Anak-anak Syu’aib. Lihatlah bagaimana mereka menjawab dengan kata-kata yang pendek, tidak meleret-leret, malah menutup lubang untuk menyambung bicara lain.

Terus sahaja mereka menjawab: “Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya”

Terus kepada point. – Kami tidak dapat memberi minum sehingga pengembala-pengmbala itu mebawa balik binatang ternak masing-masing –
Menutup ruang untuk perbualan berpanjangan – dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya –
 
Lantas Musa tidak menyambung perbualan mahupun bertanya lagi. Malah dia juga sudah tiada alasan untuk bertanya kerana segalanya telah terjawab dengan jawapan ringkas itu. Kata-kata “dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya” itu telah menjawab soalan-soalan seperti: “Habis, mana ayah awak?”, “Abang awak tak ada ke?”, “Ish, kesiannya, kenapa ya macam tu?” dan lain-lain.
 
Sangat bersih peribadi Anak-anak Syu’aib dalam menjaga diri mereka. Tidak berminat memanjangkan bicara yang tiada kepentingannya. Dan lihatlah pula kepada Musa, sangat bersih peribadinya dengan tidak mencari atau memikirkan mana-mana peluang lain untuk berbual, tetapi tanpa banyak bicara terus membantu ketika itu juga.


Tidak memanjangkan bicara 2(kondisi pemula bicara)

Dan apabila Nabi Syu’aib melihat kedua anaknya pulang lebih awal dari biasa, dia kehairanan dan bertanya. Maka kedua anak itu menceritakan perihal lelaki yang berteduh di bawah pokok. Maka Nabi Syu’aib mengarah salah seorang anaknya pergi memanggil.

Lihatlah bagaimana anak itu, walau berseorangan, tidak lagi ditemani ahli keluarganya, tidak pula mengambil peluang bermanja-manja atau berkenalan dengan lelaki yang berjasa itu.
Malah dia berjalan dengan tersipu-sipu, berjalan atas sifat malu, dan terus berkata menyampaikan hajatnya:
“Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”
 
Tidak pula dia meleret-leret atau berpusing-pusing dahulu dengan sembang-sembang lain, tanya-tanya lain seperti:
“Eh awak, terima kasih lah tadi ya. Awak baik sangat. Walaupun kita tak kenal… bla bla bla”
“Awak siapa nama ya? Terima kasihlah tadi ya. Ah, ni ayah saya panggil. Dia kagum dengan awak. Yalah, siapa yang nak tolong perempuan masa ni… bla bla bla”

Tetapi Anak Syu’aib itu terus pada pointnya tanpa memanjangkan bicara – Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami – Habis cerita dan tiada lagi alasan untuk menyambung sembang baik dari Pihak Musa, mahupun pihaknya.
Dia melaksanakan amanah bapanya tanpa mengambil celahan pada amanah itu.

Bersihnya peribadi Anak Syu’aib. Sifat malunya sangat tinggi. Sangat menjaga budi pekerti. Tiada langsung apa yang dikatakan ‘gedik’ oleh manusia hari ini. Langsung tidak mengambil peluang berduaan dengan jejaka berjasa yang hebat itu. Dan lihatlah Musa. Bersihnya peribadi Musa, tidak pula mengambil peluang berduaan itu dengan memanjang-manjangkan sembang, mencari peluang berkenalan dan sebagainya.


Bagaimanakah kita hari ini?

Melihat Anak-anak Syu’aib, kita sepatutnya persoalkan diri kita.
Bagaimana kita hari ini?
Bila memberikan bantuan, bila meminta pertolongan, bila berbincang untuk sesuatu program di dalam mesyuarat, bila di Facebook, YM, dan di macam-macam situasi lagi. Bagaimanakah kita?
 
Di sini perlu kita lihat. Bagaimana Allah menunjukkan sikap Anak Syu’aib dan Musa AS. Anak Syu’aib mewakili perempuan, dan Musa AS mewakili lelaki. Bagaimanakah keadaan mereka, pergaulan mereka, akhlak dan peribadi mereka.
 
Adakah kita mencontohi?
 
Kebanyakan kita, kalau bercerita akan kisah Musa dan Anak Syu’aib, tak habis-habis menceritakannya dari sudut percintaan. Entahlah, saya pun tak faham. Kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha pun pergi cerita macam itu juga, balik kepada cinta.
Cinta nak kecoh. Malu tak mahu cerita. Macam mana masyarakat nak jadi bagus?


Penutup: Saya sangat kagum dengan Anak Syu’aib

Huraian ini diceritakan oleh pensyarah Hadith saya semester ini, Dr Samirah Tohir. Semasa dia menceritakan cerita ini, saya tak henti-henti tersengih. Entah kenapa, saya terbayang-bayangkan wanita yang mempunyai sifat malu seperti ini. Alangkah indahnya dunia kalau dipenuhi wanita-wanita sebegini. Terjaga pergaulan mereka, bersih peribadi mereka, cantik akhlak mereka, mahal harga diri mereka.

Kisah ini membuatkan saya berazam untuk mendidik diri dengan lebih kuat lagi. Biar nanti kalau Allah kurniakan saya anak perempuan, saya senang anak perempuan saya terjaga seperti terjagana anak-anak perempuan Syu’aib. Semestinya, anak-anak perempuan Syu’aib mempunyai akhlak yang sedemikian kerana terdidik dengan didikan ayahanda mereka, Nabi Syu’aib AS.

Ya Allah, kurniakanlah sifat malu Anak Syu’aib itu kepada perempuan hari ini.
Ya Allah, kurniakanlah juga keindahan akhlak Musa itu kepada lelaki hari ini.



Pyanuddin al-Helmy, Badr