Pyanuddin al-Helmy adalah nama pena saya, hasil dari panggilan kawan di Kolej Mara Banting dahulu. Akibat dari tiada idea untuk nama pena saya ketika mula-mula menulis, saya ambil sahaja nama ini. Nama ini tiada kaitan dengan Sheikh Burhanuddin al-Helmy seperti mana sangkaan abang ipar saya.
Kini sedang melakukan kajian di peringkat kedoktoran di The University of Manchester dan dijangka tamat sebelum Summer 2013. Anak jati Kajang, Selangor walaupun semenjak umur 13 tahun, entah berapa peratus sahaja dari hidup saya dihabiskan di kampung halaman Kajang sana kerana banyak pergi belajar dan merantau di negeri orang. Malahan, tak pernah main bola sama-sama dengan Safee Sali ketika membesar di Kajang (perasan hebat pulak saya ni, nak main bola dengan Safee konon!)
Dahulu saya sekadar saya. Kini, saya adalah hamba kepada Allah yang Maha Esa. Dia bukan sekadar Rabb saya, malah Dia ialah ilah saya. Lalu Muhammad SAW sebagai Rasul Allah & teladan saya. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk menggunakan segala peluang yang ada di dunia ini untuk memakmurkannya dan mengumpul saham akhirat inshaAllah.
Boleh ikuti di twitter jika mahu: @SufianAbdullah
Facebook di: em takyahla. Facebook tempat member-member.
Semoga apa yang dicatitkan disini dapat dimanfaatkan oleh saya sendiri dan para pembaca. Buah fikiran saya hanyalah buah fikiran seorang manusia biasa, boleh jadi salah mahupun betul. Moga Allah berkati kita semua.