Pages

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan 3, 1432 & Macam-Macam


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Tiada yang lebih patut aku buat daripada mengingati Dia sentiasa & bersyukur banyak-banyak sebab menyampaikan aku ke Ramadhan kali ini. Macam biasa, before Ramadhan lagi pasang niat, visi, mind-setting untuk berstamina tinggi mencabar segala nafsu & kemampuan diri sepanjang Ramadhan ini. Alhamdulillah. Kuatkan lah aku ya Allah.

Hanya Allah yang tahu pencapaian Ramadhan-Ramadhan lepasku. Moga Allah santuni aku & berikan aku kekuatan. Tapi Allah tetap dengan janjiNya;

Yang demikian (siksaan) itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

[Al-Anfal : 53]

Sendiri kena kuat lah bro! Tapi kena sentiasa mohon kekuatan & taufeeq dariNya juga.

Alhamdulillah Allah juga memberkati aku dengan pernikahan yang baru beberapa minggu umurnya. Subhanallah.. Allah sediakan untuk aku seorang isteri yang solehah, caring, cantik dll lagi inshaAllah. Dan Allah juga sediakan ruang untuk kami berkenalan dengan lebih mendalam supaya kami lebih memahami akhirnya saling berganding bahu membina keluarga muslim tunjang ummat inshaAllah. Moga peluang ini Allah berikan sehinggalah ajal memanggil kami & ianya dilimpahi dengan Sakeenah, Mawaddah wa Rahmah.


Salam pohon restu Baba =)

Ditakdirkan pernikahan & kenduri-kendara just before Ramadhan, maka kelam-kabut sikit persediaan untuk Ramadhan. Tapi itulah janji Allah;

Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap

[Insyirah: 5-8]

Pasti ada kekuatan yang kami peroleh dengan situasi ini & pasti ada ujian yang Allah sediakan untuk menguji keimanan kami. Ampunkanlah kami ya Allah.

Ramadhan, ramadhan, ramadhan.. Malunya aku dengan Rasulullah SAW.

Baginda mempersiapkan diri untuk Ramadhan bermula dari hari berakhirnya Ramadhan tahun sebelumnya. Bolehkah anda semua sense the excitement of such preparation. Just imagine macamana persediaan World Cup la.. Berbelas-belas tahun sebelum satu-satu World Cup bola tu berlangsung lagi, negara-negara yang nak bid untuk jadi tuan rumah dah berusaha & exercise kemampuan untuk menganjurkan World Cup tersebut lalu ditunjukkan kepada badan berkuasa supaya mereka yakin mereka boleh anjurkan World Cup. Lepas berjaya dinobatkan sebagai tuan rumah, bertambah-tambah hebat usaha persediaan mereka untuk menjayakan World Cup yang biasanya memang mengambil masa 30 hari (sama pulak macam Ramadhan)..

Di atas adalah sekadar analogi persediaan untuk Ramadhan.

Aku pula prepare untuk Ramadhan macamana? Malu sungguh dengan Rasulullah. Kelak diakhirat malu sangat sampai tak mampu pun nak pandang wajah Rasulullah kerana prepare ala kadar untuk Ramadhan.

Ke memang tak mampu pon nak malu pandang Rasulullah sebab memang tak layak jumpa Rasulullah di akhirat kelak? Naudzubillah, huuuu... So aku rasa usaha untuk prepare Ramadhan at least kena mendekati preparation Rasulullah dari tahun ke tahun, so ini cukup menjadi indicator layak atau tak layak kita jumpa Rasulullah di akhirat kelak. Bagaimana ingin berjumpa baginda jika kita tidak mencintai sunnahnya bukan?

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad. Wa 'ala alihi wasohbihi wasallim.

Dah seminggu lebih berjauhan dari isteri, huu... Tapi orang lain lagi ramai yang tak dapat jumpa berminggu-minggu, berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Ada yang tak dapat nak calling-calling pon. Betapa kecil sahaja ujian Allah pada aku, cukup menyapa kemampuan diri aku yang sebenar.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

[Al-Baqarah: 286]


Ramadhaan 1432, let us strive hard!! Jihad sabiluna!!!

Berteraweh di Furqan, Rusholme tiap-tiap malam memang syok. Tambah syok lagi sebab dia baca ikut juzu'. 1 hari 1 juzu' kot. Siang hari kita dah tilawah ayat-ayat yang dibaca malam tu. So bila kita taraweh sambil tahu apa yang dibaca dan memahami maknanya (sebab baca terjemahan masa tilawah), maka bertambah bermakna solat-solat terawehku inshaAllah. Terimalah solatku, ibadahku, sujudku, hidupku & matiku sebagai hanya keranaMu ya Allah


Pyanuddin al-Helmy, Zilal