Pages

Saturday, May 24, 2014

Almost there mate!


Tak yakin mampu buat lebih dari cukup makan.
Tak sanggup berkorban.
Takut untuk sedikit berbeza dari orang lain.
Rehat lebih syok.
Okay untuk settle in as mediocre.
Asalkan dapat apa aku nak.


All these lines put you just a step backward to achieve success in life


It is not so much on how genius, talented or rich you are to be successful.


Push over the limit!!


And always be ready to sacrifice and be perseverance, then the victory will be ready for us.


InshaAllah




Thursday, April 17, 2014

Isu Wardina tegur Ust. Don.

General as-Sisi, mengetuai rampasan kuasa tentera dari kerajaan sah Mesir


Saya tidak nampak ada kesalahan untuk Wardina tegur Ust. Don publicly macamtu. Orang persoalkan kenapa tidak ditegur senyap-senyap seperti melalui personal message, call personally atau hantar email ke? Bukan kah itu lebih beradab?


Persoalan orang ramai ini ada asasnya tetapi ianya tidak kena dengan situasi kenyataan Ust. Don. Ini kerana kenyataan Ust. Don adalah kenyataan yang sampai ke segenap lapisan masyarakat kerana beliau berstatus ustaz selebriti, ramai orang mendengarnya & ramai juga yang mempercayainya walaupun kenyataannya tidak berasas.


Apa masalah dengan kenyataan ustaz Don itu? Jujurnya, saya skeptikel bahawa ramai dari yang melenting-lenting ni tahu apa isu sebenar yang muncul dari kenyataan ustaz Don, sehinggakan orang ramai tidak berpuas hati termasuk Wardina.


So apa isunya dengan kenyataan Ust. Don? Saya bahagikan kepada dua jenis isu. Pertama ialah isu menganjurkan orang ramai untuk memahami agama dengan cara yang tidak tepat dimana ini ialah isu asas. Yang kedua ialah isu menuduh & memfitnah serta memberi gambaran yang buruk kepada perjuangan Muslim Brotherhood tanpa alasan & bukti.


Isu pertama: Menganjurkan orang ramai untuk memahami agama dengan cara yang tidak tepat. Apa cara yang tidak tepat itu? Cara yang benar dalam memahami agama adalah meletakkan kebenaran yang mutlak hanya dari apa yang bersumberkan al-Quran & As-Sunnah (Q&S). Selain dari Q&S, ianya boleh jadi benar atau jadi salah termasuklah ilmu yang datang dari alim ulama'. Ini kerana islam menegaskan bahawa hanya para rasul sahaja yang maksum iaitu tidak akan membuat kesalahan. Dilihat ust. Don menganjurkan agar kita mempunyai sikap taqlid terhadap apa sahaja ulama' besar cakap tanpa perlu dipersoalkan - jelas apabila Ust. Don sebut "kita kena yakin itu guru kita, mesti dia cakap berdasarkan ilmu", walaupun apa yg guru itu buat tampak tidak berasas. Ditambah pula untuk membenarkan sikap taqlid buta itu, ditekankan Ust bahawa Dr. Ali Jumuah pernah bermimpi berjumpa nabi yang boleh membawa maksud Dr. Ali Jumuah ini hebat, super soleh, mulia & kenyataannya mestilah tepat. Apa perasaan pendengar? Perasaannya ialah kenyataan dari Dr. Ali Jumuah ini selolah-olah tidak akan salah. Takut-takut dianggapi ianya mendapat 'pengiktirafan' dari nabi, naudzubillah. Ditekankan lagi oleh Ust Don bahawa ilmu yang datang dari guru pasti benar iaitu dengan beliau menyebut tentang anak murid Dr. Ali Jumuah iaitu Syeikh Usamah yang mulia seringkali menyampaikan ilmu dengan permulaan "kata syeikh aku..., kata syeikh aku... (Qola syaikhi)". Sedangkan unjuran dalam mehami ilmu agama ialah Qolallah iaitu berfirman Allah dan juga Qola rasulullah iaitu Rasulullah bersabda.


Isu kedua ialah masalah menuduh & memfitnah Muslim brotherhood (MB) yang kononnya nak tutup Al-Azhar lepas dapat pemerintahan (berbulan-bulan juga Dr. Mursi jadi Presiden, takda pula al-Azhar ditutup ya?). MB juga dituduh dengan menyatakan bahawa kebanyakkan pengikutnya adalah dari kalangan salafi wahabi. Apabila beliau dipersoalkan tentang tuduhan ini, Ust. Don menjawab dalam video lain bahawa "itu orang lain kata (guru), saya hanya menyampaikan" - sebenarnya ia tidak menjelaskan pun malah tidak bertanggungjawab terhadap ilmu yang disampaikan. Ini juga menyanggahi disiplin mendapatkan & menyampaikan ilmu, apatah lagi dalam menyampaikan ilmu & info berkenaan agama. Lihat bagaimana masalah kedua ini juga muncul disebabkan masalah pertama iaitu taqlid buta (mendekati makna ta'sub pada guru) malah lagi buruk fitnah dan tuduhan tanpa bukti muncul hasil dari ketaqlidan itu. Itulah akibatnya apabila asas ilmu islamnya adalah Qola syaikh! Sub question adalah kenapa salafi wahabi yang dipilih? Jawapannya mudah sahaja, kerana masyarakat Malaysia tak tahu pun apa sebernarnya salafi wahabi tu, yang penting ianya membawa konotasi negatif. Wahabi itu adalah satu label yang dihentam-keromokan kepada siapa-siapa sahaja yang berbeza dengan penuduh, dengan itu patahlah segala hujah orang yang dilabelkan sebagai wahabi walaupun hujahnya lebih benar. Kena pula masyarakat kita memang jarang tengok hujah & label lebih diutamakan, maka menyatakan pendokong MB sebagai wahabi membawa kesan yang amat besar terhadap masyarakat melayu khasnya. Ianya mewujudkan persepsi negatif kepada perjuangan MB. Berdasarkan isu pertama & kedua juga, pendengar ceramah ini diyakinkan bahawa benarlah fatwa menghalalkan darah MB dan penyokongnya yang menentang rejim tentera yang telah merampas kerajaan sah Mesir yang dipilih rakyat melalui pilihan raya.


Apa kesannya kepada kita?

1. Kita akan terdedah kepada memahami & mengamalkan islam yang tidak tulen kerana ia tidak datang seratus peratus dari Al-Quran & Al-Sunnah. Berkemungkinan islam yang kita fahami datang dari anggapan-anggapan, pengalaman peribadi, hikayat, cerita mistik, tuduhan & interpretasi yang songsang.

2. Kita akan terdedah kepada budaya taqlid kepada Ustaz. Dengan ini tidak hairan ramai yang melenting bila ada orang menegur ustaz terutamanya apabila yang ditegur itu adalah ustaz kegemarannya.

3. Sikap taqlid buta tidak lain tidak bukan mendedahkan kita kepada kejumudan pemikiran  (ie: mundur, katak dibawah tempurung) dan kepada fatwa-fatwa songsang.

4. Kesongsangan fatwa terhadap MB dan penyokongnya sebenarnya menjadikan orang yang mempercayainya sebagai duri dalam daging kepada perjuangan islam itu sendiri secara tidak langsung.

Banyak lagi kesan buruk boleh dilistkan tetapi bagi saya yang paling buruk adalah apabila kita diajar bahawa dalam memahami islam, perkara-perkara yang tidak bersandarkan Quran dan sunnah boleh dijadikan dalil dan sandaran. Kesan ini bukan disekitar isu ini sahaja, tetapi ia memberi kesan kepada kita kepada segenap kehidupan dan amalam seharian kita sebagai orang islam.


Kembali kepada persoalan asal iaitu, kenapa tidak menjadi kesalahan untuk menegur kesilapan seorang ustaz secara tidak personal?


1. Kesalahan yang dibuat atau perkara yang diminta penjelasan ini bukan bersifat peribadi tetapi ianya merupakan kenyataan yang membentuk pandangan umum. Jika pandangan umum sudah salah, ia wajar dibetulkan secara umum juga. Jika teguran dibuat secara tertutup, pendengar yang sudah percaya dengan pandangan yg menghampiri fatwa ini tidak akan diperbetulkan. Maka disini bukan sahaja Ust. perlu dipersoalkan, tetapi wajib diperbetulkan juga pegangan masyarakat muslim yang mempercayai dengan asas yg songsang dalam mendapatkan ilmu islam dan dalam mempercayai 'fatwa'. Dengan itu, teguran yang dibuat adalah amar ma'ruf nahi mungkar yang wajib dilaksanakan bagi yang berkemampuan dan amar maruf nahi mungkar ini wajib dilaksanakan ke segenap lapisan masyarakat. Selemah-lemah iman adalah yang hanya membenci kemaksiatan dalam hati dan tugas amar maruf nahi mungkar bukan hanya digalas dibahu ustaz-ustaz tetapi keatas bahu seluruh umat muslimin.


2. Tidakkah menegur orang yang berilmu secara open itu tidak beradab lagi biadap? Sekali lagi saya katakan ini bukan teguran kesalahan peribadi, tetapi ini adalah teguran terhadap kenyataan yang membentuk pandangan masyarakat umum. Lupakah kita pada seorang sahabat Rasulullah SAW yang dikuburkan sebelah kubur baginda, yang sering berdakwah dan berjihad bersama baginda ketika hayatnya dan yang juga dikatakan Rasulullah bahawa jika ada nabi selepas Muhammad pastilah dia. Dia lah Umar al-Khattab yang diperingatkan dengan pedang dikhalayak ramai ketika beliau sedang berceramah oleh seorang rakyat marhaen. Umar dengan gembira menyatakan kesyukurannya kerana Allah sediakan orang utk menegurnya jika dia ada buat salah. Itulah sifat ilmuan malah pemimpin yang tawadhu', sedar diri lemah dan berpotensi untuk berbuat salah. Adakah rakyat marhaen tadi tidak beradab terhadap Umar al-Khattab yang sentiasa mendampingi Rasulullah? (bukan setakat mimpi nabi, mendampingi lagi gitteww).


Apakah menuduh penegur-penegur sebagai satu usaha untuk menjatuhkan beliau? Di manakah tawadhu' disitu sehingga tidak boleh ditegur?


Pyanuddin al-Helmy
D Floor, Pariser

**artikel diedit untuk membetulkan ejaan & beberapa struktur ayat pada hari Jumaat 18/04/2014.