Pages

Thursday, November 12, 2009

Isterimu Seorang Artis

Untuk direnungi oleh semua terutamanya;

1. Suami kepada seorang artis
2. Ibubapa kepada seorang artis
3. Adik-beradik kepada seorang artis
4. Peminat-peminat artis
5. Penonton drama/rancangan yang mempersembahkan artis yang diminatinya
6. Pemborak-pemborak artis
7. Krew yang menjayakan artis
8. Pembiaya artis
9. dan banyak lagi..

Malangnya Isterimu Seorang Artis


Malangnya isterimu seorang artis
Dia sentiasa sibuk, jadualnya padat
Dia tiada masa untukmu
Ada latihan, ada shooting, ada promosi
Ada show, ada meeting, ada dinner
Tinggallah engkau bersama anak-anak


Malangnya isterimu seorang artis
Ke mana-mana pergi dia jadi perhatian orang
Kalau berjalan bersama,
engkau disangkakan drebar ataupun bodyguard
Dia lebih sibuk tandatangan autograf
Lebih sibuk membalas hello dan lambaian peminat
Daripada mendengar perkataan-perkataanmu


Malangya isterimu seorang artis
Di mata umum dan di pentas
Wajah dan tubuhnya disolek
Senyumnya tidak putus berjam-jam demi menjaga peminat
Tapi di rumah...
Mana kawan nak make-up
Make-up saja sudah satu jam
Padahal dia balik ke rumah hendak berehat
Mana kawan hendak senyum
Kan tadi sudah memaksa senyum dua tiga jam depan televisyen?
Tentulah lenguh otot-otot muka dan minda
Maka buruklah mukanya di rumah
Cantik dan senyumnya untuk orang
Buruk dan letihnya untukmu
Padahal engkau suaminya


Malangya isterimu seorang artis
Peminat menonton seluruh tubuhnya
Peminat bercerita tentang perhiasan-perhiasannya
Padahal suami memiliki kesemua perhiasan isteri
Yang engkau pula, dengan orang ramai terpaksa berkongsi
Apakah engkau tidak terkilan di hati?


Malangya isterimu seorang artis
Di depan lensa dia berlakon pelbagai watak
Ada watak yang sopan ada watak yang tidak bermaruah
Filem mahukan dia bersentuhan dengan lelaki,
Dia kena lakukan
Filem mahu dia berlakon adegan atas katil bersama lelaki lain,
melakonkan watak mama dan papa,
Dia kena lakukan
Filem mahu dia beraksi sebagai mangsa yang sedang atau cuba dirogol
Dia kena lakukan
Wah, isterimu jadi hidangan ramai rupanya


Malangnya isterimu seorang artis
Wangnya banyak pengaruhnya besar
Dia lebih kaya daripadamu, engkau di bawah telunjuknya
Wang hasil pekerjaannya itu diberi makan anak-anak
Engkau yakinkah halalnya, berkatnya?


Malangnya isterimu seorang artis
Dia pujaan ramai
Anak-anak lebih berbangga dengannya berbanding denganmu
Dialah hero mereka, bukan engkau
Maka anak-anak lebih mendengar cakapnya
Lebih sayang kepadanya
Dia idola mereka
Mereka pun bercita-cita nak jadi sepertinya
Aduh...


Malangnya isterimu seorang artis
Dosanya bertabarruj di khalayak ramai
Dia tanggung engkaupun tanggung
jika dia bertaubat pun suatu hari nanti
Kalian tetap akan berasa terkilan dan tidak senang duduk
Kerana media masih menayangkan filem-filem lakonannya
lagu-lagu nyanyiannya
Ketika dia tidak menutup aurat dulu
Anak cucu cicit akan terus melihat aib isterimu


Malangnya...
Isterimu seorang arits


Penulisnya tidak diketahui, moga Allah berikan ganjaranNya kepada penulis

9 comments:

putut said...

cari cikgu la,sape suh cari artis.heheheh

hdamri said...

Assalamualaikum ya akhi,

Good to ponder upon.

Anonymous said...

sape suh kawen artis...;p

NHS Manchester said...

pergh....layout baru....

kalo letak gambar musang pandan atau pon denver (the last dinosaur) kegemaran akh P lagi best!

-membuat onar di blog pyan selepas subuh-

'Ammar Kamarulzaman said...

betul tu NHS.. har har har..
ajak ramai2 lagi buat harukkk..

Anonymous said...

selamber je NHS buat onar di blog pyan di pagi2 subuh yg indah..haha
apapon poem yg mantop yg men'zass'kan jiwa2

- ex anakmu usrahku -

Anonymous said...

Terus kalau itu jodohnya gimana?

Malang tidak selamanya malang..andai punya kesungguhan dan keikhlasan, ia pasti berubah menjadi kemanfaatan.

-MUIMH-

yo hans said...

aku dah kate dah jgn pilih *****. aku suruh kau cari yang solehah. kan ****** tu seorang yg solehah. bukan stakat solehah tp muslihah lagi gitu.

-apsal blogsport mcm hambar je-

Pyanuddin al-Helmy said...

putut & Anonymous Nov 12: tak dapat la artist, a'uzubillah min dzalik

Amri Bin Rahamat: exactly!

NHS Manchester & Ammar Kamarulzaman: Terima kasih sudi menyinggah. Membuat onar sebagai bonus selepas membaca entry2 kan?

Anonymous Nov 13: Ex anakmu usrahku tu mende? CIA ke?

MUIMH: Benar malang tidak selamanya malang. Jodoh di tangan tuhan. Tetapi berdoalah kepadanya dengan solat dan sabar, mintak dijauhi jodoh sedemikian rupa.

yo hans: siape ******. macam kenal je sape yo hans ni.. malar betul