Pages

Saturday, January 2, 2010

Focus in Revision, Focus in Shalat!

Entry di bawah pernah aku tulis dalam sebuah mailing-list tahun lepas. Tapi ini adalah kali pertama aku zahirkan di dalam blog ini. 
___________________________________________________________________________

Di kala musim exam...


(Untuk yang study depan laptop/computer) ...

Mental sudah bersedia untuk study. Handouts/Notes + text books + test pad dah ade atas meja. Pen/pensil sudah bersiap siaga, tidak ketinggalan highlighter bermacam warna. Beberapa perenggan sudah di baca dalam muka surat pertama. Tiba-tiba tanpa sedar kita buka internet browser kita, pantas kita click salah satu bookmark yang ada di browser kita, iaitu e-mail. Oh tiada new message. Di buka pula account email lagi satu, tadi yahoo! kali ini Hotmail. Ada satu e-mail berserta link.. tengah-tengah tengok (video) dari link tadi kita tersedar bahawa kita kene fokus dengan study yg baru kita mula tadi.. Maka kembali study dalam keadaan berhutang x habis tgk video..


Kali ini dah masuk page 3. Dalam-dalam nak masuk page 4 tu, terlompat masuk plak page ESPN soccernet, Rio ferdinand kata 'we will bounce back'. Semalam tak tgk final champs league sbb esok ade exam (contoh je), so nak tgk highlight die, masuk plak footytube.. Arghh, habiskan lah video highlight match smalam ni, pastu fokus balik study.. Habis video, sambung study balik..


Terasa mcm tak kena tiba2, oh rupanya2 tiada air panas menemani ketika study. Study malam2 kene ada air panas..Study jap tunggu air mendidih. Siap masak air, buat kopi, study... tiba-tiba teringat tak bagi nama lagi kat kat mas'ul summercamp.. Maka call mas'ul summercamp sekejap. Dah siap beritahu mas'ul, smbung study tapi teringat2 gak pesanan mas'ul tadi untuk bawak khemah dan raincoat.


Maka kekal lah ketidak-fokusan study beliau itu, berlarutan setiap kali nak exam.. Tak kisahlah score ke tak exam tu, tapi yg penting tak fokus time revision.. Macam biasa kan perkara ni berlaku kat kita? ala jangan tipu. Kalau kat library pun sama, tapi fokus tu lebih sikit la dari study depan computer.. Kadang2 termenung keluar tingkap library (nampak mcm tgh fikir utk fahamkan equation tuh, padahal mengelamun). .


So, Fokus. Kenapa kena fokus? Kalau tak fokus pon boleh score pe, sbb aku mmg pakar multitasking! huhu


Sebenarnya, Fokus adalah salah satu capability manusia yg boleh di bentuk, di didik, di latih. [maaf kerana tiada reference]


Cuba relatekan kebolehan kita fokus dalam study dan kebolehan kita fokus dalam solat? mm... cuba compare kefokusan kita dalam kedua-dua hal ini. Cuba juga tengok analogi murahan ini. Kalau kita ni boleh tahan nafas lama dalam air berbanding kawan kita yg lg satu, pasti kita boleh tahan nafas di luar air lagi lama dari kawan kita tadi tuh. Mungkin stamina kita ketika bersukan juga jauh lebih tinggi dari kawan kita lg satu itu kerana kapasiti paru-paru yg lebih tinggi. Jika kita ada skill berkata-kata, pernah menyertai bahas dan forum peringkat kebangsaan waktu sekolah dahulu, pasti kita hebat juga apabila berkata-kata dalam study group kita... Sama juga dengan kemahiran dan kebolehan kita utk fokus! Fokus dalam setiap perbuatan/urusan harian kita...

Manusia itu seperti logam, baik ia ketika jahil, baik ia ketika islam, dengan syarat dia faham. [sabda kekasih-Nya]

1) Aku susah fokus dalam solat, patut pun aku susah fokus dalam study jg..

ataupun..  

2) aku susah fokus dalam study, patutpon aku susah fokus dalam solat juga..


Solat aku tak fokus/khusyuk? ?


Renung2kan.. .

2 comments:

Anonymous said...

segala yang kite lakukakn adalah utk mendapat keredhaan Allah..

pasti yer anda dapat fokus yang anda mahukan..insyallah..

Tinta MR said...

salam akhi,

dh lama x jumpa, x tau ingat lagi ke x. jzkk atas perkongsian :)