Pages

Thursday, August 12, 2010

RAMADHAN DI MANCHESTER from mcotmanchester.com



Bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan sudah menjelma.. MashaAllaah, Subhanallaah, ALhamdulillaaah, Allahuakbaaar…
Bak kata seorang ahli MCOT beberapa hari lepas di facebooknya,
Ramadhan approaching,
Mu’min’s hearts pounding,
Unbearable excitements…


Mana tidaknya,
Allah iaitu Tuhan yang akan membalas dosa kita dengan siksaan yang sangat keras di akhirat kelak membuka ‘gerai’ pada bulan Ramadhan ini untuk menghapuskan dosa kita yang telah lalu [1]. {read: kita memang pendosa seluas langit seisi bumi banyaknya bermaksiat kepada Pencipta kita}

Mana tidaknya,
dalam ‘tawaran hebat’ dari Allah yang Maha Pengampun, dibelenggu pula oleh-Nya syaitan-syaitan yang sentiasa berusaha menjauhkan kita dari Jalan-Nya. Lalu memudahkan lagi kita untuk berbuat amal-amal soleh dan menjauhi perkara-perkara yang tidak digemari/dimurkai-Nya [2]. {read: Kita ni lemah, dengan syaitan kalah memanjang. Kalau Allah dah tolong memudahkan kita beramal demi mendekati-Nya dengan membelunggu syaitan tapi kita tidak juga ‘maju’ kehadapan, seolah-olah memang kita bongkak, sengaja memilih menjauhi-Nya atau sengaja memilih kejahilan}

Mana tidaknya,
Ada lagi tawaran hebat dari Allah Maha Kaya, yang tidak akan miskin kerana kelalaian kita. Allah menawarkan kejauhan dari Neraka selama 70 tahun bila kita berpuasa, seolah-olah warden penjara membebaskan banduannya akibat dari amalan baik yang dilakukan oleh banduan tersebut [3]. {read: kita pasti banyak dosa dan taubat kita pasti tidak dapat menebus kesemuanya, berikanlah kami diskaun ya Allaaah…}

Mana tidaknya,
Allah yang Maha Kuasa menjanjikan hamba-Nya yang berpuasa masuk ke pintu syurga melalui pintu ar-Rayyan [4]. {read: layakkah aku akan Syurga-Mu?}

Mana tidaknya,
Ada ‘tressure hunt’ yang terpaling bayek di alam dunia ini iaitu, ada 1 malam, yang lebih baik dari 1000 bulan [5]. {read: tergiyurkah aku dengan ‘tressure hunt tersebut??}
Maka dengan itu, marilah kita sama-sama mempersiapkan mental, fizikal & ruhi kita demi merangkul, merebut segala apa yang ada di sepanjang bulan Ramadhan ini. Yang paling penting dari segala kepentingan yang ada disebutkan di atas ialah, bulan Ramadhan adalah sebuah akademi yang memudahkan kita untuk ‘improvise’ tahap ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. Level ketakwaan tidak akan dicapai dengan mudah, apatah lagi dalam meningkatkannya. Ia memerlukan satu latihan intensif yang dilakukan secara berterusan & mengambil masa yang lama. Ingatlah, yang memasuki syurga hanyalah hamba-hambaNya yang bertakwa.

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah: 183)
References: 
[1] :
  • (as-Syuura: 25)
  • Dan Dia lah Tuhan Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan ia mengetahui akan apa Yang kamu semua kerjakan. (as-Syuura: 25)
  • Rasulullah s.a.w bersabda (HR Ahmad & Ashabus Sunan)
Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan                 keredhaan Allah akan diampuni segala dosanya yang lalu.
  • Rasulullah s.a.w bersabda (HR Muslim)
“As-solawatu al- khamsu wal jum’atu ilal jum’atu wa ramadhanu ila ramadhana mukaffiratu lima bainahunna izajtanibatilkhabairu”
110. Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua Yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat Segala Yang kamu kerjakan.(Al-Baqarah)
  • Sabda Nabi s.a.w (HR Daruqutni dan Baihaqi) “ Addu sodaqatal fitr ‘amman tamutunna” Tunaikanlah zakat fitrah untuk orang-orang yang kamu nafkahkan (tanggungan)”.
  • Sabda Nabi s.a.w (HR Abu Daud, Ibnu Majah dari Ibnu Abbas)
“ Furidhatsodaqatul fitri dhuhratan lissiyami minal laghwi wa rofitha wa tu’matal lil masakin” Diwajibkan zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa dari perbuatan laghaw dan perkataan keji dan juga sebagai makanan bagi orang miskin”
Maksudnya: Solat lima waktu, jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan berikutnya menghapuskan kesalahan-kesalahan yang terjadi di antara masing-masing apabila kesalahan besar dijauhi”
[2] :
  • Hadith Nabi s.a.w (HR Ahmad, Nasai’I, Baihaqi)
“ Sungguh telah datang kepadamu satu bulan yang penuh berkat dimana Allah mewajibkan kamu berpuasa. Pada bulan itu dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan dibelenggu syaitan dimana ada satu malam yang nilai amal pada malam itu lebih baik dari seribu bulan. Maka barangsiapa yang tidak berhasil memperolehi kebaikannya, maka tidak dapat lagi ia memperoleh kebaikan selama-lamanya.”
[3] :
  • Puasa seorang mukmin yang berjihad di jalan Allah diberikan ganjaran yang besar iaitu dijauhkan dari azab neraka Allah selama 70 tahun.
“ La yasumu abdun yauman fi sabilillah illa
Ba adallah bizalikalyaum an-naar an wajhihi sab’iina khariifa”
Maksudnya:
Tiadalah berpuasa seorang hamba satu hari (kerana) fi sabilillah, melainkan Allah akan menjauhkan diri seseorang itu dari api neraka selama 70 tahun”
(HR Jamaah kecuali Nasa’I dan Abu Daud)
[4] :
  • Mukmin yang berpuasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengharap redhaNya akan mendapat ganjaran dan penghormatan dari Allah
  • Rasulullah S.A.W bersabda (HR Bukhari dan Muslim)
“Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu yang bernama Ar-Rayyan(memuaskan dahaga). Maka pada hari kiamat akan dipanggil: ‘Hai mana orang yang berpuasa?’ Maka apabila telah masuk orang yang terakhir dari mereka maka ditutuplah syurga itu”

Pyanuddin al-Helmy, Badr

No comments: