Pages

Tuesday, April 5, 2011

Bahaya Berlengah Dalam Memperbaiki Diri

Do we need to accelerate our tarbiyyah??


Do we really need to? OR let the nature do the talk for our tarbiyyah (tarbiyyah dzatiyyah)?


Dalam mentarbiyyah manusia lain, keseimbangan dalam perkembangan mereka perlu ada. Persekitaran, latar belakang dan kapasiti natural mereka diambil kira dalam meletakkan visi tarbiyyah ke atas mereka, dalam memilih method untuk mentarbiyyah satu-satu muwassofat atau kefahaman dan dalam memilih kadar 'kesyadidan' yang dikenakan ke atas mereka.


Sebagai murabbi, anda pasti sedar bahawa usaha anda di atas terhadap mutarabbi atau mad'u anda bukanlah suatu lapangan medan yang pasti berhasil. Langsung tidak pasti samada manusia akan berubah menjadi lebih baik. Bukankah Allah sudah menyatakan bahawa bukan tangan kamu yang merubahnya, tetapi diri mereka yang merubah diri mereka sendiri.


Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. [Ar-Ra'du: 11]


Ya! Allah tidak akan mengubah keadaan diri kita sehingga kita mengubah keadaan yang ada pada diri kita sendiri. Maka bersegeralah!


Maka adapun orang yang berat timbangan (kebaikan)nya, maka dia akan berada dalam kehidupan yang memuaskan (senang). Dan adapun orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah Hawiyah. [Al-Qari'ah: 6-9]


Sanggupkah kita berlengah-lengah dalam mentarbiyyah diri kita supaya menjadi lebih baik? Pastikah kebaikkan kita lebih berat dari keburukkan kita? Sepertimana sanggupkah kita tetap hanya mengulang-kaji pelajaran 1 jam sehari walaupun tinggal 1 minggu sahaja mendekati hari peperiksaan (hari kita di Hisab)? Pastinya kita tidak semena-mena akan berlumba-lumba ke library, kurangkan waktu tidur, sentiasa berkepit dengan buku, doa siang malam dan berbual dengan rakan sekelas bertopikkan subjek peperiksaan tersebut.


Maka Bersegeralah untuk mentarbiyyah diri kita sendiri, bersegeralah dan tingkatkanlah usaha. Jangan berlengah-lengah. Bukankan procastination is a thief of time?? Ruginya manusia kerana masa & penangguhan-penangguhannya.


Berkata Maududi di dalam Shahadatul Haq, bersegeralah membangkitkan kawan-kawan yang sedang tidur tatkala rumah dijilat api. Bayangkan diri kita berada di posisi sedang dikejutkan oleh orang lain yang lebih sedar akan kebakaran. Sudikah kita menggosok-gosokkan mata dahulu, kemudian mengeliat beberapa kali dan snooze kan alarm? Tangguhkan bangun untuk beberapa minit? Sanggupkah?


Mari berkejar-kejaran dalam 'islah nafsina' Kita tidak tahu bilakan nyawa kita di ambil sepertimana tidak tahunya Abu Lahab bilakah kedua tangannya akan dihancurkan sedangkan azab terhadapnya itu sangat dekat


Ketika mana Abu Dzar mendapat hidayah, lantas beliau ke ka'bah lalu melaungkan keislaman beliau, lalu dipukul, lalu dipujuk Rasulullah SAW.. Sungguh hebat para sahabat, sedangkan mereka contoh yang perlu kita ikuti kerana merekalah orang-orang yang diberikan nikmat oleh Allah SWT


Tunjukkilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau Beri nikmat kepadanya. [Al-Fatihah : 6-7]


Kuatkan lagi diri kita mentarbiyyah diri. Tarbiyyahlah diri sehingga menjadi semacam Abu Dzar.


Berlebih-lebihanlah kita membuat kerja dan dalam mentarbiyyah diri sampaikan murabbi kita sendiri terpacul secara ikhlas dari bibirnya, "Bersabarlah akhi, nafas dakwah dan tarbiyyah ini panjang..."



Pyanuddin al-Helmy, Badr

1 comment:

anas said...

cool... =)