Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada saya & beberapa rakan untuk membuka page facebook "Jom Solat Subuh Berjemaah di Masjid".
Ummat sangat mengidam-idamkan ramainya menghadiri jemaah solat subuh di Masjid seramai solat Jumaat atau solat Hari Raya.
Difikirkan dalam-dalam, untuk memastikan seseorang muslim lelaki itu hadir ke masjid untuk solat subuh, hanya bergantung kepada kekuatan iman individu tersebut & usaha kuatnya untuk pastikan dia ke masjid. Tidak kiralah kalau ada orang paksa dia ke masjid subuh itu, atau menyimbahnya dengan air supaya dia bangun, tetapi kalau dia tidak mahu, dia tetap tidak akan mampu untuk ke masjid untuk subuh.
Bukan mudah untuk menjadi muslim yang mampu istiqamah ke solat subuh di masjid sepanjang kehidupannya di bumi yang pendek umurnya ini.
Mengapa penting sangat solat subuh di masjid?
Kita follow page facebook
"Jom Solat Subuh Berjemaah Di Masjid"
dan inshaAllah akan ada banyak sharing & ilmu berkenaan Kepentingan solat subuh di Masjid di dalamnya.
Mungkin kita boleh renung-renugkan & reflect tahap keimanan kita. Susunan di bawah mungkin boleh reflect iman kita. Number 1 yang paling lemah, dan number 8 yang paling kuat. Mungkin betul mungkin tidak, tiada apa-apa hadis tentang tahap iman yang dikaitkan dengan subuh. Tetapi secara amnya, bolehlah diguna-pakai untuk merefleksi diri;
1. Tidak solat subuh
2. Solat subuh 'gajah'
3. Solat subuh di rumah
4. Solat subuh di rumah berjemaah
5. Solat subuh berjemaah di Masjid
6. Solat subuh berjemaah di Masjid tepat pada waktunya (dapat takbir pertama)
7. Solat subuh berjemaah di Masjid & tiba awal (sempat solat sunat qabla)
8. Solat subuh berjemaah di Masjid, tiba awal dalam keadaan segar (tanda bersedia & mungkin qiamullail sebelem ke masjid)
Saidina Ali R.A menyebut bahawa beliau sangat sedih dengan ummat islam di zamannya kerana ramai dari mereka hadir ke Masjid untuk solat subuh dalam keadaan letih & mengantuk. Sedangkan sahabat semasa zaman Rasulullah hadir ke Masjid untuk subuh dalam keadaan segar bugar tanda bersedia & telah melalui malamnya dengan Qiamullail.
Lihatlah & fikirkanlah list diatas. Bertapa besarnya perbezaan antara number 1 dan number 8 di atas.
Maka tarbiyyahlah diri kita supaya sentiasa perbaiki diri dari number 1 naik ke number 2 lalu istiqamah.. Kemudian tingkatkan lagi dari number 2 ke 3 pula, lalu istiqamah.. Kemudian tingkatkan lagi... Sehinggalah dalam hati secara ikhlas & sepontan menyebut, "Aku redha denganMu ya Allah sebagai Tuhan yang aku sembah di waktu subuh"
Dalam masa yang sama, marilah kita mengajak saudara-saudara kita yang lain untuk memahami bertapa besarnya kurniaan Solat Subuh di Masjid secara berjemaah & pimpinlah masing-masing untuk melaksanakannya..
InshaAllah..
Jom kita sama-sama 'LIKE' page ini, kemudian spread among our friends in facebook. Kemudian kita sama-sama menghayati & mengamalkan sharing-sharing & peringatan-peringatan yang diketengahkan dalam page ini. InshaAllah

2 comments:
super like
Salam nak share vids.
http://www.youtube.com/watch?v=csjMPinUal4
Post a Comment