Sengaja aku pecahkan jadi 2 siri, kalau aku ceritakan sekaligus, berjela-jela pulak entry tu nanti, nak baca pun malas apatah lagi nak fokus. Sebagai peringatan, adalah lebih baik pembaca membaca siri 1 dahulu jika belum, nanti lost pulak bila baca siri 2 ni. Maka marilah kita meneruskan siri ini =p.
Mentol dicipta oleh penciptanya iaitu manusia, sedangkan manusia diciptakan oleh penciptanya iaitu suatu kuasa yang Maha Hebat, Maha Berkuasa dan ghaib iaitu tak dapat dilihat dengan mata kasar manusia, di mana umat islam memanggilnya sebagai Allah Ta'ala. Inilah yang dinamakan sebagai tauhid rububiyyah iaitu mempercayai bahawa adanya kuasa yang menciptakan manusia & alam, memberi rezeki kepada manusia & kehidupan dan berkuasa memberi perlindungan.
Kemudian, manusia atau kita yang diciptakan oleh Allah tadi lahir ke dunia dalam pelbagai bentuk rupa, suasana, di pelbagai tempat dan sebagainya. Manusia yang lahir tadi naif seperti naifnya mentol-mentol tadi. Buktinya mentol-mentol itu tidak tahu pun mereka itu lampu 20 Watt, tak mampu untuk menjadi lampu meja belajar apatah lagi untuk menjadi lampu masjid.
Manusia tidak mengetahui suatu apapun melainkan apa yang diajarkan kepadanya oleh penciptanya. Lalu mentol-mentol tadi pun tertanya-tanya akan cita-cita kehidupan mereka. Tidak berbeza langsung dengan kita, kita pun berusahalah bersungguh-sungguh demi mengejar cita-cita yang disasarkan oleh kita berdasarkan pemikiran kita yang terbatas lagi naif. Maka bermacam bentuklah usaha manusia lakukan di muka bumi ini. Ada yang bergabung tenaga demi memenuhi cita-cita masing-masing dan tidak kurang juga yang berselisih pendapat sehinggakan berbunuh-bunuhan.
Dan sungguh, mereka (syaitan-syaitan) benar-benar menghalang-halangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.
Manusia hanya menyangka-nyangka sahaja cita-cita mereka. Mereka tidak tahu apa tujuan mereka diciptakan, lalu mereka pun terasa kosong dalam kehidupan mereka. Dengan kekosongan itu mereka cuba mengisi bagi hidup mereka lebih bermakna dan berjasa. Sasaran-sasaran yang murni dibuat. Ada yang ingin menazarkan diri untuk ilmu sains sehinggakan kehidupanya memusat kepada usaha penyelidikan sahaja, ada pula berusaha bersungguh-sungguh memperjuangkan preservation alam sekitar sehingga sanggup mengorbankan diri tanpa mengetahui sebab asas kenapa alam sekitar perlu dijaga. Tidak kurang juga yang berusaha mengumpul harta sehingga harta yang mereka kumpulkan itu mampu digunakan oleh 4 keturunan selepasnya. Yang memilih hidup sederhana pula berusaha mem'balance'kan kehidupan kerjaya dan keluarga mereka supaya wang tetap ada demi hidup bahagia bermain bersama isteri dan anak-anak dan jika ada peluang dapatlah mereka meningkatkan sedikit harta yang mereka ada. Dan pelbagai lagi jenis usaha manusia di bumi ini.
Sedangkan pencipta mentol iaitu manusia menetapkan kerja yang perlu dilakukan oleh mereka iaitu menjadi lampu tidur.
Maka apakah kamu mengira bahawa Kami Menciptakan kamu main-main (tanpa ada sebab) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami???
Nasib baik mentol tidak mampu untuk melanggar arahan manusia yang mahukan mereka menjadi lampu tidur. Jika tidak, sudah tentu mentol-mentol tadi meninggalkan lampu tidur dan mengejar masjid serta meja belajar seraya membuatkan manusia-manusia di kedai perabot tadi marah! Itulah mentol-mentol yang kurang bijak, mencari kemurkaan manusia. Manusia-manusia yang tidak bijak terus mengendahkan tujuan mereka diciptakan di alam ini. Yang tidak tahu akan tujuan mereka hidup tidak pula mencari jawapannya dan yang sudah tahu mampu pula mengabaikan 'kerja' yang diberikan itu. Betapa tidak adilnya manusia terhadap pemiliknya.
Allah itu pencipta kita, maka Allah tahu apa yang terbaik untuk kita sebagaimana manusia tahu mentol 20 Watt itu untuk lampu tidur. Allah sudah lama menetapkan kerjaya kita di bumi ini dan semestinya Allah mencipta kita demi memenuhi tujuan kita diciptakan.
Aku tidak menciptakan jin dan manusia (kita) melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku
Dan (ingatlah) ketika Tuhan-mu Berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia Berfirman, "Sungguh Aku Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Ya sudah tentu manusia yang mencipta pelbagai produk menyediakan manualnya supaya produk-produk tersebut akan digunakan sebaiknya, tidak akan rosak dan tahan lama. Allah menciptakan manusia juga disertakan dengan manualnya yang lengkap iaitu al-Quran dan ditambah lagi Allah menyediakan contoh manusia yang secara totalnya berfungsi menggunakan manual tersebut iaitu Muhammad anak lelaki kepada Abdullah.
Maka mulalah manusia itu membaca manualnya dengan surah al-Alaq ayat yang pertama. Di dalam ayat ini Allah memerintahkan supaya manusia membaca manualnya sebagai perkara paling asas untuk membolehkan manusia berfungsi dengan betul, tanpa cacat cela dan tahan lama. Dan Allah memerintahkan manusia menggunakan manual ini sepenuhnya kerana kita ini cetek pemikirannya.
Cukuplah bukti-bukti naqli (ayat-ayat Allah) dan bukti-bukti akal (anologi mentol dan sebagainya) untuk menjadikan al-Quran sebagai manual untuk kita beroperasi. Manual yang menjangkau kemampuan akal fikiran manusia. Tidak ada manual lain yang mampu mengubah manual ini dan sudah tentu tiada manual lain yang mampu menggantikan manual ini. Ini kerana hanya pencipta kepada produk tersebut mampu untuk menghasilkan manualnya dan hanya dengan menggunakapakai manual yang disediakan oleh pencipta produk tersebut membolehkan kita menggunakan produk tersebut dengan selamat, baik dan tahan lama.
Maka siapakah dari kalangan kita yang sanggup meninggalkan manualnya? Siapakah di antara kita yang sanggup untuk mengikuti manualnya separuh-separuh sahaja? Siapa yang berani itulah manusia yang sanggup rosak dan berada dalam keadaan yang berbahaya. Apa yang dikatakan di sini bukanlah rosak dan bahaya di dunia sahaja, malah perkara yang lebih besar ingin diketengahkan ialah kerosakan dan bahaya yang lebih ganas dan kekal. Iaitu dicampakkan ke dalam api neraka, diikat pada tiang-tiang, dipukul bertalu-talu oleh malaikat dan disiksa sebegitu rupa sepanjang masa tanpa penghujung, hanya kerana gagal menggunakan manual yang diberikan ketika di bumi dahulu.
Maka renung-renungkanlah. Allah berkuasa mutlak atas kita, maka adakah kita layak untuk mencuba-cuba menyesuaikan kehendak Allah dengan kemahuan kita yang lebih bersifat keduniaan? Sebaliknya kita sepatutnya mesyesuaikan kehedenak diri kita bersesuaian dengan kehendak Allah Ta'ala. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita seperti mana yang telah diberikan kepada para nabi, sahabat dan orang-orang soleh. Maka kenalah kita berusaha seperti mana mereka berusaha demi memperoleh hidayah dan rahmat-Nya itu.
Allahlah pemilik mutlak aku. Aku sudah lama dimiliki. Allahu malikinnass
Sengaja aku guna cerita mentol untuk ajak kita berfikir. Kadangkala cerita simple lebih memberi makna dan mudah untuk kita extract mesej nya. Kalau buat cerita hebat-hebat macam Transformers pun belum tentu kita rajin nak fikir mesej-mesej yang ada dalam tu.

Dan Dia Ajarkan kepada Adam nama-nama (benda) semuanya, kemudian Dia Perlihatkan kepada para malaikat, seraya Berfirman, "Sebutkan kepada-Ku nama semua (benda) ini, jika kamu yang benar!". Mereka (malaikat) menjawab, "Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau Ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkau-lah Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana."
al-Baqarah, 2: 31&32
Manusia tidak mengetahui suatu apapun melainkan apa yang diajarkan kepadanya oleh penciptanya. Lalu mentol-mentol tadi pun tertanya-tanya akan cita-cita kehidupan mereka. Tidak berbeza langsung dengan kita, kita pun berusahalah bersungguh-sungguh demi mengejar cita-cita yang disasarkan oleh kita berdasarkan pemikiran kita yang terbatas lagi naif. Maka bermacam bentuklah usaha manusia lakukan di muka bumi ini. Ada yang bergabung tenaga demi memenuhi cita-cita masing-masing dan tidak kurang juga yang berselisih pendapat sehinggakan berbunuh-bunuhan.
Dan sungguh, mereka (syaitan-syaitan) benar-benar menghalang-halangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.
az-Zukhruf, 43:37
Manusia hanya menyangka-nyangka sahaja cita-cita mereka. Mereka tidak tahu apa tujuan mereka diciptakan, lalu mereka pun terasa kosong dalam kehidupan mereka. Dengan kekosongan itu mereka cuba mengisi bagi hidup mereka lebih bermakna dan berjasa. Sasaran-sasaran yang murni dibuat. Ada yang ingin menazarkan diri untuk ilmu sains sehinggakan kehidupanya memusat kepada usaha penyelidikan sahaja, ada pula berusaha bersungguh-sungguh memperjuangkan preservation alam sekitar sehingga sanggup mengorbankan diri tanpa mengetahui sebab asas kenapa alam sekitar perlu dijaga. Tidak kurang juga yang berusaha mengumpul harta sehingga harta yang mereka kumpulkan itu mampu digunakan oleh 4 keturunan selepasnya. Yang memilih hidup sederhana pula berusaha mem'balance'kan kehidupan kerjaya dan keluarga mereka supaya wang tetap ada demi hidup bahagia bermain bersama isteri dan anak-anak dan jika ada peluang dapatlah mereka meningkatkan sedikit harta yang mereka ada. Dan pelbagai lagi jenis usaha manusia di bumi ini.
Sedangkan pencipta mentol iaitu manusia menetapkan kerja yang perlu dilakukan oleh mereka iaitu menjadi lampu tidur.
Maka apakah kamu mengira bahawa Kami Menciptakan kamu main-main (tanpa ada sebab) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami???
al-Mu'minun, 23:115
Nasib baik mentol tidak mampu untuk melanggar arahan manusia yang mahukan mereka menjadi lampu tidur. Jika tidak, sudah tentu mentol-mentol tadi meninggalkan lampu tidur dan mengejar masjid serta meja belajar seraya membuatkan manusia-manusia di kedai perabot tadi marah! Itulah mentol-mentol yang kurang bijak, mencari kemurkaan manusia. Manusia-manusia yang tidak bijak terus mengendahkan tujuan mereka diciptakan di alam ini. Yang tidak tahu akan tujuan mereka hidup tidak pula mencari jawapannya dan yang sudah tahu mampu pula mengabaikan 'kerja' yang diberikan itu. Betapa tidak adilnya manusia terhadap pemiliknya.
Allah itu pencipta kita, maka Allah tahu apa yang terbaik untuk kita sebagaimana manusia tahu mentol 20 Watt itu untuk lampu tidur. Allah sudah lama menetapkan kerjaya kita di bumi ini dan semestinya Allah mencipta kita demi memenuhi tujuan kita diciptakan.
Aku tidak menciptakan jin dan manusia (kita) melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku
adz-Dzariyat, 51:56
Dan (ingatlah) ketika Tuhan-mu Berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia Berfirman, "Sungguh Aku Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
al-Baqarah, 2:30