Tugas kita & tugas aku sentiasa sama. Yang membezakan, kita memikulnya atau tidak.
Aku bersyukur setinggi-tinggi kepada-Nya kerana Yang Maha Memberi Hidayah memberiku taufiq & kekuatan untuk memikulnya,
Dan kepada Yang Maha Mendengar, aku memohon supaya Dia mengekalkan & mengukuhkan aku dalam tanggungjawab ini sehinggalah jasad aku ditanam di bumi-Nya kelak
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di ketika aku berkemampuan, aku menzahirkan tanggungjawab itu dengan perbuatan, gerak langkah kaki aku, halang tepis tangan aku.
Di ketika aku berkemampuan, aku menzahirkan tanggungjawab itu dengan kata-kata dari lidah aku. mahupun melalui penulisan.
Di ketika aku berkemampuan, aku mengatupkan bibir aku tetapi menzahirkan dengan akhlak aku yang masih cacat cela. Aku bersungguh-bersungguh mengamati & mengaplikasi akhlak sang pembawa risalah & sahabat-sahabat baginda
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hai yang diseru, si pembaca, yang mendengar, yang di sekeliling, ahli keluargaku, yang melihat kelibatku, aku manusia seperti anda semua, maafkan salah silap aku, ambillah yang baik-baik, fikirkanlah yang didengari dan dilihat.
Yang Maha Pemberi Hidayah, Engkau tunjukkanlah aku Jalan yang lurus, Jalan yang di lalui oleh kekasihMu, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke sebesar-besar perkara. Jauhilah dari aku mengamalkan perkara yang tidak ada di JalanMu dan jauhkanlah aku dari mengajarkan perkara yang tidak ada di dalam JalanMu yang satu itu.
Tunjukkanlah aku erti ikhlas yang sebenar & ihsan yang sebenar. Fahamkanlah aku akannya dan suburkanlah dua perkara itu di dalam hati aku sebugar-bugarnya, di hati-hati ahli keluarga aku, hati-hati sahabat aku, hati-hati kenalan di sekelilingku, hati-hati guruku dan seluruh umat muslimin.
6 comments:
yeay. 1st comment!
huhu. sori yg td tu memain jer. tp yg skrg ni komen betul. jzkk for the reminder, kite semua manusia biasa, kite sume berusaha utk dptkan yg terbaek, tp apakan daya, ditengah2 itu mungkin berlakunya kesilapan atau apa2. harap dimaafi. ketahuilah kembali yang dikau hanya manusia. betul tu pyain, amik yang baik!
manusia bisa sahaja membuat kesilapan, namun sebaik2nya adalah manusia yang senantiasa bertaubat dan mendekatkan diri pada allah.
tarbiyah mengajar kita mendekatkan diri pada allah, menyerahkan segalanya pada Allah, kerana ia adalah sumber kekuatan untuk kita menyeru kepada orang lain.
sepertimana diungkapkan oleh nabi (s) kepada 'abdullah ibn 'abbas dalam hadith ke - 19 dalam arba'un annawawiyah - padat dengan kebergantungan kepada Allah.
semoga akh pyan sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih sayang Allah.
semoga nasib diri akh pyan tidak ditentukan oleh diri sendiri, melainkan di tangan Allahlah jua. berusahalah ke arah menghampiriNya.
moga2 dapat 'balik kampung' =)
-thinking out loud, sampai tertulis..hehe-
*setiap entry ko aku komen...hehe...
fuih xsangke aku Lampard seorg yg beriman rupenye
abang long 007: sejak bila jadi agent 007? entah ape2 la URL yang anda bubuh tu abang looong ooi. Anyway thanks for the peringatan & doa
NHS Manchester: Terima kasih atas peringatan dan doa encik. Tak sabar nak dengar lipur lara dari hang =P
ihsan huhu: Kene usaha jadi beriman beb, tak masuk syurga, nahas.. ko skrg kat mane? masih makan tido berak blogspot ke?
love this..mula membaca n menyelami
> kak niza
Post a Comment