Pages

Monday, November 2, 2009

Pentingkan Diri = Tidak Bertakwa?

"Kau ni tak sensible lah!" Jarang rasanya dengar orang cakap macam ni. "Kau ni kurang imanlah!", pun jarang kita dengari kot. Kau ni pentingkan diri lah! Yang ni macam biasa sikit dengar kot. Personal view aku, tiga-tiga statement tadi sama aja maksud nya.

Prof. Ir. Dr. Wikipedia takrifkan sensibility sebagai: sensibility refers to an acute of or responsiveness towards something, such as the emotion of another. Kalau kamus Cambridge pula; sensibility is an understanding of or ability to decide about what is good or valuable, especially in connection with artistic or social activities.

Pernah aku berjalan-jalan di beberapa negara Eropah Barat, aku melihat beberapa bangsa yang hidup dengan nilai sensibility yang sangat tinggi di dalam beberapa perspektif kehidupan mereka. Penilaian yang diberikan oleh aku bukan lah bersifat individual, tetapi secara kolektif masyarakat bangsa tersebut. Indahnya nilai-nilai yang ada pada mereka membuatkan aku berasa selamat di negara tersebut. Tapi malangnya kenapa aku tak merasainya di negara sendiri yang populasi utamanya adalah muslim dan "agama rasminya" adalah islam?

Sedangkan ketika di zaman islam memayungi dunia pada suatu ketika dahulu, manusia berduyun-duyun memeluk cara hidup yang terbaik ini. Ini adalah kerana masyarakat & negara islam pada ketika itu mempraktikkan cara hidup (ad-deen) yang terbaik dan diperlihatkan kepada seluruh manusia di bumi ini. Manusia-manusia sejagat berasa selamat & sejahtera dengan cara hidup umat islam. Bukankah maksud islam itu juga sejahtera?

Pengalaman saya di negara Perancis, secara spesificnya di sebuah bandar bernama Colmar yang terletak di timur negara Perancis. Sistem jalanraya nya menggariskan peraturan bahawa pejalan kaki adalah pengguna utama jalanraya, di mana anda tidak perlu menoleh ke kiri atau kanan ketika melintasi zebra crossing yang tiada lampu traffic. Pemandu keretalah yang bertanggungjawab untuk memastikan tiada orang sedang melintas atau sedang cuba melintas atau sedang menghampiri garis permulaan zebra crossing tersebut. Jika ada pejalan kaki termasuk dalam 3 kategori yang disebutkan tadi, maka pemandu kereta akan serta merta memperlahankan kenderaan demi memberi laluan kepada pejalan kaki. Persoalannya di sini, undang-undang boleh ditetapkan, tetapi sejauh manakah pemandu kenderaan ingin mematuhi undang-undang ini, malahan menjadikan perilaku tadi sebagai budaya mereka. Pemandu-pemandu kenderaan pastinya lebih memahami apa yang saya katakan di sini, bukan senang nak buat perkara ni dengan hati yang lapang melainkan anda memupunyai tahap sensibility yang tinggi. Yang kelakarnya, setiap kali melintas jalan di Colmar, saya dan rakan saya yang datang dari United Kingdom seringkali tertinggal kebelakang dari kawan-kawan kami yang sudah biasa dengan sistem di Colmar. Mereka melintas dengan yakinnya tanpa toleh kiri kanan sedangkan kami terintai-intai takut-takut ada kereta laju mendatang.

Ketika di Konstanz, Jerman, saya berbual dengan rakan saya yang belajar di situ berkenaan underground train/tube. Tiket perlu dibeli sebelum menaiki train, sedangkan tiket tidak akan diperiksa pun sebelum anda menaiki tube. 'Pagar pusing' seperti di underground tube' London dan stesen komuter Malaysia tidak juga menghalang-halangi laluan di stesen underground di Jerman. Mudahnya... Kawan saya itu menceritakan ada beberapa rakan berbangsa Jermannya tidak mahu menaiki tube tersebut ke kelas malah sanggup berbasikal beberapa puluh minit kerana ingin mengelak dari perlu membayar tiket tube yang mahal, walaupun sudah tentu tidak ada orang akan memeriksa tiket mereka. Indahnya hidup sebegitu... keindahan hanya digapai apabila anda tidak mementingkan diri, sedangkan Allah telah mengajar orang-orang yang beriman bagaimanakah mendidik diri supaya tidak mementingkan diri lebih dari apa yang ditonjolkan oleh orang-orang barat. Contoh-contoh mudah di United Kingdom seperti; membantu memegang pintu untuk memudahkan orang dibelakang kita masuk atau mengelakkan mereka dari dihempas pintu, staff customer service sentiasa dalam keadaan bersedia membantu dengan muka berseri-seri (walaupun kita tahu manusia sentiasa ada turun naik moodnya), memberi laluan kepada kenderaan lain, tidak merokok di tengah-tengah khalayak ramai dan sebagainya.


Gambar hiasan: London tube gate

Seorang syeikh dari Turki pernah menyebut (jika salah tolong betulkan ya), "Saya melihat nilai-nilai islam di negara-negara barat, tetapi tidak pula menjumpainya di negara-negara islam sendiri/timur.
Syeikh Badiúzzaman Said Nursi


Sempat saya menangkap gambar sampah (dibulatkan dengan warna merah) 
yang dibuang keluar oleh pemandu lori terebut. Risau juga semasa menangkapnya, 
mana tahu pemandu lori itu seorang samseng jalan-raya. 
Oh, tak selamatnya Malaysiaku ini

Masalah mementingkan diri ini nampaknya seperti remeh, banyak lagi isu besar yang perlu dibincangkan. Tetapi sedarlah bahawa salah satu manifestasi kita kepada ketaqwaan kepada Allah Ta'ala adalah akhlak  yang berbentuk tidak mementingkan diri sendiri. Rasulullah S.A.W. tidak sekadar mengajar umatnya untuk berhati-hati & mengelak batu yang menghalangi jalan supaya tidak mencederakan diri sendiri. Sedangkan baginda meminta supaya umatnya mengalihkan batu tersebut supaya tidak mencederakan orang lain. Apabila manusia benar-benar memahami apa itu islam, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan kepentingan dunia di tangannya, bukanlah membiarkan kepentingan dunia menggenggam hatinya. Apabila dunia yang diinginkan itu membawa keburukan kepada diri dan manusia sekelilingya, dengan mudah ia boleh mencampakkan dunia itu jauh-jauh kerena tangannya yang memegang dunia, bukan hatinya yang dibelenggui dunia. Daripada itulah timbulnya salah satu akhlak islami iaitu tidak mementingkan diri sendiri.

If you are a true muslim (muslim yang bertakwa), you must be among the most sensible person in this world.

Bermuhasabahlah kawan-kawan. Bagaimanakah kita boleh dapatkan kefahaman islam yang menyebabkan kita berlumba-lumba untuk menjadi orang yang bertakwa.

--------------------------------

Contoh-contoh mementingkan diri yang dianggap remeh:
1. Tidak berterima kasih kepada pelayan yang menghantarkan hidangan
2. Bergegas menutup ruang di antara kereta kita dan kereta hadapan supaya kereta lain tak boleh menyelit. (tapi perlu juga buat kepada kereta yang memotong tak ikut peraturan dengan niat memberi pengajaran)
3. Memberi signal apabila ingin belok ke kanan atau ke kiri. Kadang-kadang kala kereta yang ingin masuk jalan besar ternanti-nanti untuk keluar kerana ada kereta kita, tetapi rupa-rupanya kita ingin membelok ke kiri.
4. Lambat ke suatu-suatu pertemuan yang dijanjikan
5. Makan dengan banyaknya makanan yang tinggal sedikit. Tanyalah orang lain dahulu
6. Suka exaggerate mood kita apabila berkomunikasi dengan orang lain. Kalau tengah baik ok lagi, kalau tengah bermasalah, habis semua orang kene balun
7. Tidak memberi isyarat terima kasih apabila diberi laluan di jalan raya @ tidak membalas isyarat terima kasih dari orang yg berterima kasih di jalanraya

* banyak pulak contoh-contoh di jalanraya. Penulis banyak berada di atas jalanraya kot akhir-akhir ini.

dah....




7 comments:

abg hensem 09 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
NHS Manchester said...

pergh, satu ulasan pengalaman yang berguna dan wajar difikirkan bersama.

power giler akh pyan. teruskan menulis, cuma...[ade kaitan dengan abg hensem 09]

ape2 pon, you are da best (jika disebut dengan slang yang betul akan menjadi "you are TEVEZ")

anonymous biasa said...

Indeed this is so true!
Just like what stated in 'dasar-dasar Islam'.
Please produce more, kecewa harini buka tak de entry baru.

Pyanuddin al-Helmy said...

Jazakumullah khair kathir

Saya rasa tidaklah mampu nak produce entry hari-hari.. seminggu sekali kot or 2 minggu sekali..depends on kerja luaran yang lebih banyak dan bertimbun-timbun

terima kasih atas sokongan..

nasihat utk diri, ikhlas kerana Allah Ta'ala, jauhi sifat mazmumha dan bersabar

Anonymous said...

I hope you will always be sensible, not only to your muslim brotherhoods but to entire mankind in general. Many extremist muslims are only being sensible to themselves and their brothers, but not to other laymen like us. Isnt it ISLAM is a blessings to entire mankinds, not to merely muslims!

-MUIMH-

makcik said...

sangat menarik... bila bercakap pasal adab dan sikap, kadang2 kita terfikit "diorang ni tak de ke common sense?" buang sampah merata2.. cakap telefon seantero komuter boleh dengar, servis pos office paling ditakuti..ni tempat nak hantar surat ke, tempat nak kene marah? macam2... takut2 bila kita hidup dalam situasi ini..kita pon lama2 akan terjadi seperti ini...

Maka sedikit sebanyak, pengalaman hidup di negara orang banyak manfaat untuk kita ingat2 kembali mana2 teladan yang baik...

dan sememangnya pembacaan bloq incek ni...memang baik untuk refresh diri..

jazakallah

Pyanuddin al-Helmy said...

Anonymous Nov 13: Amin, tq for the Du'a. Let us see the so-called 'extremist muslims' in term of their sensibility in this point of view. They are just the same like the laymen initially. Later they were nudged by the truth about what does a true muslim shud do in this non-eternal life. They were injected by the fuel to do the responsibility all of sudden. Having limited resource, their responsibility, a lot of mistakes they might do. And the mistakes sometimes become fitnah to this type of muslims or the dakwah itself. That's why they really need continuous educations on this matter or the so-called 'tarbiyyah'. To scrap away some of the stains they could carry around during working on this responsibility & to improve,beautify the efforts & inshaAlah the results as well. Let us pray the best to this type of people. InshaALlah they are doing the best job ever done by human being in this world. Don't we want do the best job as well? [this job is acknowledged by Allah, not SIRIM, JAIS, ISO, NOBEL & etc]

Makcik: Benar itu. Ambik yang baik buang yang keruh. Manusia kene sentiasa di refresh, kalau nak exam pon revise berulang kali kalau sempat, apatah lagi tentang kehidupan, lg la kene byk refresh2.. Kalu exam kantoi, kantoi exam je la, mungkin boleh repeat kalau ade duit. Kalau kantoi ujian dunia, Naudzubullah min dzalik