Pages

Sunday, November 22, 2009

Siapa kata setiap perbuatan muslim itu ibadah?

Setiap perbuatan seorang muslim itu adalah ibadah. Makan, tidur, buang air besar/kecil, belajar, bekerja mencari duit untuk menyara kehidupan, kahwin dan banyak lagi menjadi ibadah. Setuju ke tidak? Sekali lagi aku tanya setuju ke tidak?


Gambar hiasan

Kalau dalam salah satu entry yang lepas kita ada cakap tentang salah satu tujuan hidup seorang manusia iaitu beribadah kepada-Nya. Tapi kita sebut secara brief sahaja. Tidak pula dibincangkan secara mendalam apakah makna sebenar tujuan hidup yang disebutkan dan bagaimana kita dapat mengamalkannya? Kita membaca ayat al-Quran bukan sekadar nak tahu apa isi kandungannya, tetapi kita nak memahaminya, kemudian kita kena mengamalkannya. Bukankah kita selalu baca dalam zikir ma'thurat atau dalam tahlil iaitu ayat 2 di dalam surah al-Baqarah? Ayat itu menyebutkan al-Quran sebagai petunjuk kepada orang yang bertakwa.. Formulanya ialah orang bertakwa sahaja masuk syurga, kemudian nak jadi orang bertakwa kenalah menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup ataupun manual hidupnya. Manual bermakna kita amalkan segala apa yang ditulis & disuruh di dalamnya. Dalam masa yang sama kita akan rasa gerun jika kita mengamalkan sesuatu diluar dari lingkup kehendak manual tersebut, atau ketika kita tinggalkan sesuatu daripadanya. Point ini memang sangat jelas. Tetapi kalau tidak setuju boleh kita bincang-bincangkan.

Dari statement dalam perenggan pertama tadi, kita hurai sedikit perkataan yang disebutkan iaitu ibadah. Walau dengan yakin mana pun aku mengucapkan kata-kata ini, tetapi aku tidak dapat menjiwai kebenarannya suatu ketika dahulu, dengan kata lain aku tidak sepenuhnya mempercayai/beriman dengan statement tersebut. Mari kita bincang perkara ini dengan lebih praktikal. Kalau aku sedang bermain bola sepak, memang dengan mudahnya aku akan kata bahawa aku sedang bersukan kerana bermain bola sepak menyihatkan badan, mengeluarkan peluh, menggerakkan dan menguatkan otot-otot dan kadang-kala boleh tercedera. Tidak ketinggalan memerlukan kemahiran tertentu. Apa jua sukan majoritinya kita mampu untuk menyebutkan ciri-ciri tadi. Kalau aku sedang membaca buku kemahiran hidup pula, dengan mudahnya juga aku boleh kata yang aku sedang belajar kerana ciri-cirinya ialah aku ingin dapatkan ilmu.

Tetapi bagaimanapula jika apabila aku sedang belajar, aku claim yang aku sedang beribadah? Mm....

Gambar hiasan: Makan

Aku sedang makan dan aku kata aku sedang beribadah.. Pelik bunyinya.. Apa yang ada pada makan itu menyebabkan aku claim aku sedang beribadah. Aku makan sebab aku lapar la! Pernah ke kita tiba-tiba nak makan atas alasan nak beribadah? Ataupun ketika turun sikit iman kita, maka kurang sikit ibadah kita, lalu kuranglah kita makan pada hari tersebut?

Lagi pelik kalau aku mengatakan secara zahirnya bahawa aku sedang beribadah ketika aku sedang buang air besar.

Pada pengamatan aku, apabila kita betul-betul memahami 2 tujuan kehidupan kita dan berjaya menghubung-kaitkan kedua-duanya akan membawa kita kepada jawapannya. Sudah tentu jawapan diperoleh hanya di atas kehendak-Nya. Maka pohonlah dari-Nya dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk memperoleh kefahaman atas perkara tersebut. Kita mahukan jawapan bukan sekadar ingin mengetahuinya, tetapi kita ingin memahaminya, menjiwainya dan mengamalkannya. Contohnya, aku tahu bahawa seorang ibu akan berasa amat sedih jika anaknya menderhakainya. Tetapi aku tidak akan dapat menjiwai kesedihan & keperitan tersebut selagi mana aku tidak menjadi seorang ibu dan tidak pernah pula diderhakai oleh anak aku. Dikaitkan pula dengan kefahaman kita terhadap maksud ibadah sepanjang masa dan setiap ketika. Kita kena betul-betul faham 2 tujuan kehidupan kita sebagai manusia sebagaimana difahami oleh Rasulullah S.A.W & para sahabat. Kerana merekalah golongan yang membuktikan dengan kefahamannya terhadap tujuan hidup seorang manusia, membawa mereka kepada kefahaman akan tuntutan menjadi warga islam lalu membuahkan ibadah di atas setiap perbuatan mereka. Selagi mana kita tidak memahami & menjiwai sepertimana mereka fahami & jiwai, selagi itulah kita akan tercari-cari jawapan persoalan yang diutarakan?

Ambillah seminit dua setiap hari, kita fikirkan tentang persoalan ini. Jika kita tidak memecahkan kebuntuan persoalan ini, takut-takut selama ini kehidupan kita ini rugi belaka, tidak berbeza dari orang-orang yang tidak beriman. Tidak kurang juga ramai manusia taklid yang malas berfikir. Di katanya, "Aku dah mengucap dua kalimah syahadah, maka aku islamlah, so perilaku aku kesemuanya ibadahlah!"
Come on! fikir jauh sikit, otak ada, hati pun ada.. Allah berfirman di dalam kitabNya:

Dan sungguh, akan Kami Isikan neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Al-A'raf, 7: 179

Adakah kita banyak menggunakan hati untuk memahami & menjiwai ayat-ayat Allah, ataupun lebih banyak kita dedicatekan hati kita untuk memahami & menjiwai drama-drama bersiri, lagu-lagu & wayang ataupun hati pakwe-makwe yang kita cintai?

Mari pohon dariNya supaya diberikan kita kefahaman bahawa segala perbuatan adalah ibadah & bagaimana untuk mendapat 'darjat' ibadah di setiap perkara yang kita lakukan dalam hari-hari kita.

3 comments:

abang komen said...

1st to comment! moga komen ini menjadi ibadah

org yg suka komen said...

semoga kita sentiasa beribadah dari segala aspek,inshaAllah

Zaid said...

pyanuddiN!!! sudah berblog rupenyer kammu! ko datang balik banff road tak? :)