Pages

Tuesday, April 6, 2010

Berdiam diri kerana tidak mahu menjadi orang yang hipokrit!

Apabila kita membuat suatu perkara yang menyedihkan seseorang, secara naturalnya kita akan mengelak dari orang tersebut, kita cuba elak dari ada eye contact apatah lagi direct contact.

Ketika sekolah rendah, kita pulang dengan bawak balik report card yang penuh dengan gred C & ke bawah, kita pun masuk ke rumah senyap-senyap, masuk bilik dan terus tidur. Tidak pula kita pergi jumpa emak  (orang yang kita kecewakan) dengan muka berseri-seri, beritahu dia kita fail beberapa paper kemudian makan tengahari sama-sama.

Mug kegemaran housemate (orang yang kita kecewakan), kita terpecahkan, susah sekali untuk kita memandang matanya tepat-tepat sambil meminta maaf.

Itu memang fitrah kejadian manusia. Menjauhkan diri dari orang yang telah kita kecewakan.

Apabila kita tidak buat arahan Allah sepenuh hati, apabila kita tidak meninggalkan larangan Allah sepenuh hati, siapakah yang kita kecewakan??

Jawapannya tentulah Allah..

Maka datanglah SYAITAN YANG DIREJAM kepada kita membisikkan, 

"Oi manusia, kau ni tak malu ke? Lepas kau kecewakan Allah, kau nak pergi jumpa dia pulak (solat)? Engkau nak pergi memperingat-ingat dia pulak (zikrullah)?  Engkau nak pergi berbincang akan perkara-perkara yang disuruh olehnya pulak (usrah)? Engkau nak buat-buat cover balik kesilapan kau pulak (menasihati orang)? Sudahlah manusia oii.. Engkau tak payahlah jadi hipokrit! baik ko duduk diam, engkau tu memang tak baik mane pun, so tak payahla kau nak susah-susah pergi solat jemaah, pergi usrah, pergi berukhuwah, pergi nasihat orang, takyah lah jadi hipokrit! Engkau menipu diri sendiri je!"

Sedar tak sedar kita terasa diri kita ini hipokrit (hasil bisikan syaitan). Sanggupkah kita kata itu bukan bisikan syaitan? Sanggupkah kita kata itulah justifikasi matang kita tanpa hasutan syaitan..? haihh.. Tidak pernahkah anda menghayati maksud sepenuhnya dari surah an-Nas atau secara spesifiknya ayat yang ke 3 hingga 6?

Anda tidak hipokrit. Tidak ada makna hipokrit dalam kamus hidup orang yang bertakwa/bersungguh2-untuk-bertakwa. Kerana orang bertakwa sedar mereka banyak kesalahan, tetapi mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membersihkan (tazkiyyah) diri mereka, bekerja (beramal) dengan lebih kuat serta meminta ampun (istighfar) dariNya setiap ketika. Hipokrit dalam konteks ini mainan syaitan. 

Jangan lah kita tunduk dengan permainan syaitan! Syaitan itu menyesatkan kita jauh dari rahmat & syurgaNya.


Pyanuddin al-Helmy, Badr

11 comments:

Anonymous said...

thanx dude share bende ni..teruskan =)

zolhelmimdzuki said...

perghh..thanx housemate sbb share

then handsomest abang said...

salam, abg P. betul tu, setan sentiasa mencucuk dari setiap genap sudut yang dia boleh cucuk. cuma bagaimana kita nak menghadapinya? faztaiz billah. mintalah perlindungan drpd-Nya.

hafizokumullah.

(sape punye mug pecah, rashdan ker? huhu)

Anonymous said...

Thanx 4 da sharing...that's the main difference between Allah dan manusia...kalau manusia sure kecewa bila dikecewakan...tapi Allah takkan kecewa...in fact x rugi langsung kalau manusia buat salah..n the most important thing...is always forgiving His servants..no matter how much sins they've made...but it might be because of that, that humans do not feel ashamed of their sins..as they know Allah is all-Forgiving (?)..

Pyanuddin al-Helmy said...

Anony1 & zolhelmindzuki: Sama-sama kita share & ingat memperingati ya inshaAllah

then hansomest abang: ya, an-Nas 1-6. Tiade mug yang pecah, saje je buat perumpamaan random.

Anony2: Allah itu Maha Penyabar kan? Tapi jangan lupa siksaan Allah yang keras di akhirat nanti, hu takutnyaa..

Anonymous said...

nape ye rasa susah sgt nak tgk org yg kita telah melakukan kesalahan kepada nya...tp terasa seperti maaf bukan lah penyelesaian nya... :(

Pyanuddin al-Helmy said...

Itu memang fitrah yang Allah berikan kepada manusia, sebagai ujian untuk menguji hambanya mampu ke tidak untuk meminta maaf dan memaafkan.

Konsep utama di dalam islam ialah memaafkan org walaupun org yg berbuat salah itu tidak pergi meminta maaf. tetapi kena ingat fitrah alam bahawa kena minta baru dapat.

mungkin kita boleh renung surah an-Nisa ayat 149, "Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa. "

ieshah85 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

berdiam diri kerana tidak mahu menjadi hipokrit tp kite x nak mengecewakan org...dengan berdiam diri menyebabkan org berfikir kite ini sombong/tak mahu bergaul...

need ur opinion..

Pyanuddin al-Helmy said...

to Anonymous(May 5),

Saya kurang jelas soalan yang ditanya, boleh tlg jelaskan lagi persoalan..

-really care to share any that I afford to-

Anonymous said...

ade beberapa situasi...

kalu ade seseorg yg mahu berkawan dgn sy n sy x nak tp x sampai hati utk mengatakan tidak..n sy suke berdiam diri..masalahnya sy akan rase bersalah coz sy akan nampak spt seorg yg sombong ..kekadang kite terpaksa jadi hipokrit utk tidak mengecewakan org...

contoh yg awk beri..terpecah cawan n awk x berani memandang terus ke matanya...adakah awk akn terus berdiam diri tanpa memberitahu hal yg sebenar..dikhuatiri apabila kwn awk bertanya mengenainya, awk akan menjadi hipokrit gara2 menutup kesalahan diri..setakat cawan boleh dimaafkan tp kalu cuba awk bayangkan kalu awk terhilangkan barang2 kesayangannya..n awk berdiam diri dengan erti kata lain tidak mahu jadi hipokrit...doa org teraniaya itu makbul..buat yer die berdendam..bukankah itu menimbulkan satu masalah lain..bukankah dosa sesama manusia tidak akn terhapus sekiranya kite tidak dimaafkan n memaafkan org..

berdiam itu baik bergantung pada keadaan/situasi..bagi mengelakkan kite bercakap benda lagha..benda yg sia2...semakin byk kite bercakap semakin byk kite mengarut..semakin byk kite membuka aib sendiri sambil menceritakan keaiban org pula...lama kelamaan, kite akn menjadi hipokrit...


pada sy tiada pengertian berdiam diri dalam perhubungan dengan Allah

kite mengecewakan Allah dengan melakukan perkara yg tidak disukaiNya...
sbg contoh,kite berpakaian tidak begitu sopan tp masih mengingatiNya dengan mengerjakan suruhanNya..menunaikan solat, berpuasa....bile dipikirkan kembali..kite terlalu mengambil remeh dalam bab2 agama..sedangkan agama islam itu mudah tp bukan dipermudahkan mengikut cara kite....adakah kite ini hipokrit..berpakaian tidak senonoh tp masih menunaikn kewajiban?

kite x boleh berdiam diri krn kite xnak mengecewakan Allah..kite xnak or x mampu menjadi hipokrit pd Allah kerana Allah Maha Mengetahui ape yg kite telah lakukan..

tp ape yg kite lakukan kite tidak sedar..itu la menjadi permasalahannya..

isu berdakwah pula..kite menegakkn ajaranNya..bercakap mengalahkan ahli ulama..tp realiti kehidupan kite tidak sedemikian rupe /tidak seperti ape yg didakwahkan..kite x berdiam diri, berusaha berdakwah ke jalan Allah tp hakikatnya kite hipokrit pada diri sendiri dan Allah...usaha dakwah hanya pada luarannya shj..

sy meminta maaf jika ade salah silap minta diperbetulkan ..or memberi pendapat..