Pages

Thursday, January 27, 2011

Kedai Ubat Kita Corp.


Pertama kali tulis cerpen akibat terpengaruh dengan seorang sahabat di Manchester. (Shah Kang, hang jangan perasan!). Terimalah..
--------------------------------------------------------------------------------------------

Ubat adalah ubat. Suatu ubat tetap menjadi ubat hanya untuk merawat penyakit-penyakit yang tertentu sahaja. Ubat itu sangat mujarab untuk merawat penyakit yang berkaitan. Tidak dinafikan bahawa tiada ubat lain yang mampu untuk merawatnya sebaik ubat itu, ya pastilah dengan Izin-Nya.


Penyakit ada banyak jenis, ubat pun kena banyak jenis. Tidak boleh sebuah farmasi jual satu jenis ubat sahaja. Jawapnya lingkuplah kedai itu. Customer tak datang, kedai rugi, pekerja lari, manager berhutang, ubat basi. Kewujudan kedai di tengah-tengah kampung itu pun menyemak pemandangan pejalan kaki. Habis masa pekerja-pekerja tadi kerana tenaga dua bulannya tidak berbayar pun. Manager frust lalu terus fikir untuk mula perniagaan lain.


Tidak pernah salah engkau menjual ubat itu kerana memang tiada salahnya. Tetapi kenapa francais engkau menampal poster minyak cap kapak besar-besar di depan kedai engkau walaupun sebenarnya engkau juga menjual minyak gamat, ubat sakit mata, ubat sinus, panadol dan lain-lain. Seolah-olah kedai engkau hanya menjual minyak cap kapak. Pesakit selain pesakit yang memerlukan minyak cap kapak pasti tidak akan datang ke kedai engkau. Malah berasa mual kerana francais kau merata-merata mereka jumpa semua seolah-olah 'hanya jual' minyak cap kapak. Sebut saja nama company engkau, mereka terus berpaling. Malah mungkin ada yang membenci engkau kerana takut tertipu. Takut-takut kalau diminta ubat sakit perut, disuruhnya telan minyak cap kapak, mau berapi perut pesakit tu. Kasihan pesakit-pesakit itu kerana fobia tidak bertempat. Tapi itu salah engkau, kenapa engkau promote minyak cap kapak lebih-lebih. Nama kedai pon dah Kedai Minyak Angin Corp.


Engkau sangka majoriti pesakit di sekitar kedai engkau perlukan minyak cap kapak sebagai ubat? Mm mungkin benar perkiraan engkau. Mungkin engkau sudah mengumpul statistik yang lengkap melalui kajian yang extensive. Tapi engkau kena berhati-hati kerana ada orang yang tidak sakit tetapi suka sangat minyak cap kapak. Mereka itu ketagih. Ada juga menggunakan minyak cap kapak untuk sapu kat mata orang, mudah untuk mereka mengambil sebarang kesempatan pada orang yang pedih matanya itu sewenang-wenangnya. Engkau tak takut ke nanti ada pelanggan atau pekerja baru engkau menyapu minyak cap kapak pada mata engkau?

Aku pun pening masuk kedai engkau, satu badan bau minyak cap kapak, mata pun pedih-pedih. Tak tak! Engkau jangan salah faham, aku bukannya tidak menyukai engkau. Aku menyayangi engkau & takut engkau ditimpa kerugian. Sebab tu aku bagi pandangan aku.


Maka, sarananku, tukarlah moto kedai engkau, turunkanlah poster minyak cap kapak engkau. Tukarlah nama kedai engkau supaya pesakit-pesakit berbondong datang ke kedai engkau untuk memperoleh bermacam jenis ubat yang sememangnya ada di kedai engkau. Biarlah yang datang itu memang semata-mata ikhlas nak mengubati penyakit mereka. Bukankah engkau seorang pharmacist yang mempunyai etika bekerja ikhlas untuk membantu yang susah@sakit? Engkau bukan sekadar ingin membuat keuntungan membuta-tuli bukan? Aku yakin engkau bukan orang macam itu. Nanti kedai kau pun selamat dari orang-orang yang ingin mengambil kesempatan itu kan. Aku pun yakin engkau bukan lah orang yang hanya plan untuk keuntungan lumayan jangka masa pendek. Engkau nak untung gila-gila sampai bila-bila kan? Eternal gitu. Samalah aku, keuntungan punya plan kena jangka masa panjang. Yang bawak masuk kubur punya beb!


Tukar nama Kedai Minyak Angin Corp. kepada Kedai Ubat Semua Corp. Plamplet dan poster-poster engkau pun tukarlah gambar yang ada macam-macam ubat. Paling koman engkau tulis, "macam-macam adaaa". Barulah ramai pelanggan ikhlas datang. Tak percaya??


Gambar hiasan: Tidak bermakna jangan beli minyak cap kapak. Kena saman pulak nanti.

Kalau engkau ikut cakap aku, inshaAllah kedai engkau akan dikerumuni banyak pelanggan. Sehinggakan kau akan dapati penyakit-penyakit baru yang engkau tak mampu nak rawat. Engkau tiada ubatnya. InshaAllah kedai lain ada ubatnya. Kedai aku pun agaknya ada ubat-ubat yang engkau tiada. Oh lupa nak bagitahu, kedai aku juga kedai ubat. Nama kedai aku ialah Kedai Ubat Kita. Kalau engkau rasa nak join venture ke nanti, aku sangat alu-alukan. Tapi ikutlah dulu sarananku itu. InshaAllah. Allah tak sia-siakan usaha kita untuk mencari rezki. Asalkan halal dan kena dengan cara yang dikehendakiNya. Okay la taukey, kita jumpa 10 tahun lagi tengok macam mana. 


Anyway taukey, this is my card.....................

"Leong Ahmad Bin Jacob
Pensyarah University of Kajang
Biomedical Engineering (PhD., Ir., EngD.)"


Begitulah juga dengan islam & dakwah



Pyanuddin al-Helmy, Badr

2 comments:

tokey minyak cap kapak said...

tokey,
kalau wa mau join venture sama lu boley ka?
wa punya kedai ubat tarak laku, tapi ada regular customer punyaa woo.
tapi kalau wa xnak join venture, tp wa bukak kedi sebelah lu punya kedai boley ka?

Pyanuddin al-Helmy said...

aik? kejap nak join kejap tanak.. apa punya worang la.. hehe. tanya la taukey Dr. Leong tu. Saya Ahmad Sufian, xde kena mengena dengan Dr. Leong =P