Pages

Thursday, February 3, 2011

Jauhilah Ilmu? Syaitan Sedang Mempermainkanmu

"Perbaharuilah niat jika tersedar yang kita tidak ikhlas dalam menuntut ilmu, lalu tetaplah berusaha keras dalam menuntut ilmu."

Sekadar ingin berkongsi berkenaan ujian keikhlasan kepada manusia yang datangnya dari Allah Ta'ala. Sudah pasti syaitan menunggu 'bola tanggung' apabila manusia-manusia terdedah kepada ujian keikhlasan. Of course, manusia memang sentiasa berada di dalam ujian keikhlasan, dari tidurnya hinggalah kepada amal ibadatnya.

Dalam setiap usaha manusia itu untuk melakukan amal perbuatan yang baik, akan ada 3 kondisi bakal berlaku;

[1] Perbuatan baik itu dapat dilakukan dengan ikhlas
[2] Perbuatan baik itu tidak dapat dilakukan dengan ikhlas
[3] Perbuatan baik itu tidak dapat dilakukan atas pelbagai sebab (Allah tentukan tak mampu buat atau kalah dengan kehendak nafsu atau termakan nanah pujukan syaitan)

Contohnya di dalam solat kita. Kita sedang solat seperti biasa, tiba-tiba masuk seorang yang kita hormati diruang solat, lantas kita cuba menambahkan 'kekhusyukkan' solat kita. Ya, di situlah contoh ujian keikhlasan yang besar. Sedangkan memang kita kena khusyu' dan fokus dengan solat kita. Tetapi hati kita sudah tersilap, kerana hanya apabila orang terhormat itu lalu baru kita nak tambahkan kekhusyukkan. Sepatutnya kita ingin di acknowledge sebagai ahli ibadah yang khusyu' oleh Allah bukan? Bukanlah di acknowledge oleh orang yang dihormati tadi.

Di sini syaitan datang mencucuk.. "Oi ahli ibadah, solat kau belum cukup khusyuk, pakcik yang lalu tu boleh tau kau masih tak solat dengan khusyu'! Percantikkan lagi solat kaaaaau!!" [tulisan merah tanda percakapan yg penuh kesyaitanan]

Oh, boleh jadi, penambah-baikkan solat kita tadi itu tidak ikhlas..[2]

Tapi Alhamdulillah, dalam masa yang sama kita cepat-cepat tersedar bahawa kita memperbetulkan solat kita atas sebab yang tidak tepat a.k.a. kita tidak ikhlas memperbetulkan solat kita. Alamak, macamana ni? Adakah kita mensyirikkan Allah?? Naudzubillah min dhzalik.

Yaa di sini syaitan datang nak ambik bola tanggung.. "Uih, gila kau nak syirikkan Allah, ingat Allah tak tahu yang kau hipokrit? Kau tahu kan Allah murka dengan orang yang beramal bukan semata-mata untuk dia? Baik kau kembali kepada keadaan asal kau! Jgn hipokrit, kau memang solat laju pun selama ni, inshaAllah Allah terima solat laju kau tu"

Jika kita terima cadangan syaitan ni, terloncat-loncatlah syaitan kerana kita yg asalnya nak memperbaiki solat, akhirnya tak jadi perbaiki solat kita[3].

Perggh susah gila ujian keikhlasan ini..

Seperti yang diajarkan Rasulullah SAW, perbaharuilah niat anda.. Ya, bila tersedar yang kita hipokrit dalam perbaiki solat, cepat-cepatlah perbetulkan niat, mohonlah keampunan dariNya atas ketidakikhlasan kita yang dilakukan pada peringkat awal penambahbaikan tadi. Kekalkan diri dalam solat yang lebih khusyu dengan niat yang diperbaharui [1]. Maka marahlah syaitan.. kalahlah syaitan, muahaha.. kekalahan siapa lagi yang paling kita ingini melainkan kekalahan syaitan..? Sepatutnya bukannye gembira terbahak2 apabila musuh Man United (Liverpool) menjual Fernando Torres ke Chelsea. Sesungguhnya Syaitan itu adalah MUSUH YANG NYATA.

Banyak perkara lain yang sgt applicable dengan situasi solat diatas.

Antaranya dalam kita menuntu ilmu juga. Pepatah arab, "Menuntut ilmu itu adalah kewajiban bagi setiap muslim." Allah & Rasulullah SAW juga menekankan dengan penekanan yang amat tinggi bagi umat manusia & muslim dalam menimba ilmu dan mencintai ilmu.

Ujian dalam menuntunt ilmu contohnya adalah kita mula merasakan kita belajar kerana terpaksa, tidak kiralah samada belajar ilmu kedoktoran, kejuruteraan mahupun ilmu agama dan akhirat. Kenapa aku kena belajar? Kenapa kena ada degree? Kenapa kena dengar ceramah?

Kalau lambat sikit je kita perbaharui niat kita ni atau kita lalai bahawa syaitan sedang menunggu bola tanggung, pasti kita akan berundur atau bermalas-malasan dalam menimba ilmu. Ponteng lah, escape lah, nantilah buat. Syaitan menghasut, "kau tak ikhlas pun pergi belajar, baik kau takyah belajar, relax dulu main game. Sure kau main game dengan ikhlas kan? inshaAllah jadi ibadahlah main game kau tu sbb kau ikhlas". Bukankah syaitan itu datangnya secara sembunyi, berbisik dan halus malah ia datang dari kalangan jin ataupun manusia? [An-Annas]

Sama-samalah kita berhati-hati dan sentiasa bersedia dengan ujian keikhlasan ini terutamnya ikhlas dalam menuntut ilmu. Perbaharuilah niat jika tersedar yang kita tidak ikhlas dalam menuntut ilmu, lalu tetaplah berusaha keras dalam menuntut ilmu. Kerana syaitan inginkan kita tidak ikhlas ataupun syaitan mahu kita terus meninggalkan perbuatan baik itu. Please don't let our greatest enemy lough out loud (LOL) on us!

Sama-sama kita memperingat antara satu sama lain, insahAllah


Pyanuddin al-Helmy, Badr

1 comment:

Anonymous said...

salam perkenalan,
terima kasih di atas ingatan dan nasihat sahabat..jauhilah syaitan..marilah kita bersama2 mengikhlaskan diri hanya semata2 kerana Allah s.w.t dan bukan disebabkan oleh pandangan orang lain especially solat, di dalam pekerjaan dan dalam menuntut ilmu..