Pages

Saturday, July 28, 2012

Titik Tolak Memperoleh Keberkatan Masa

 
Allah memiliki masa kerna masa adalah salah satu dari makhluk ciptaan Allah. Allah menjadikan masa untuk alam ini & untuk manusia-manusia.

Tidak hairan bagaimana ada manusia yang masanya diberkati ada yang tidak.

Di dalam surah an-Naziat Allah menceritakan bahawa Allah menciptakan siang dan malam baru menciptakan bumi dimana siang dan malam ini menggambarkan penciptaan masa.

Logik bukan bagaimana 1 hari di akhirat sama dengan ribuan tahun di dunia? Logik juga bagaimana ada mayat-mayat tidak reput memandangkan masa (time) adalah salah satu faktor kepada proses pereputan.

Maka kelakar apabila orang tidak beriman mengatakan bagaimana mungkin hari akhirat itu abadi kerana mereka berkata dalam konteks 'masa' dunia yang ada penghujungnya. Begitu juga persoalan2 seperti, "boringnya duduk di syurga kalau seumur hidup buat benda sama". Bukankah boring itu faktornya masa? Dan, betulkah buat benda yg sama je di Syurga nanti?. Itu semua dalah kata-kata orang yang ragu (tidak beriman/percaya)

 Gambar hiasan: Abadi/Eternal
Kerana masa dunia juga ada manusia yang tidak boleh terima bahawa Allah itu memang sedia ada lalu mempersoalkan bila Allah mula wujud dan siapa lahirkan Allah? Sekali lagi mereka tidak faham bahawa masa ialah makhluk ciptaan Allah

Ya Allah, kurniakanlah kami ketetapan iman dan berkatilah masa-masa kami. Kami tidak mahu menjadi orang yang rugi. Maga pimpinlah kami supaya memenuhkan masa kami dengan sentiasa beriman kepada-MU, sibuk dengan mengerjakan amal-amal Soleh, sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran & sentiasa berpesan-pesan akan kesabaran (ref Al-Ahsr).
Pyanuddin al-Helmy, SS Mansion

Tuesday, July 3, 2012

Da'ie Telan_jang


Pernah tak bayangkan tiba-tiba kita terbogel depan orang ramai? 

"Eww! kotor gila imaginasi you!!", kata rakan seusrah. Semenjak bila pula guna I You dalam usrah ni? (peluh besar di atas kepala)

Ah takde. Ini suatu paksaan. Siapa suruh baca artikel ini. Cuba bayangkan juga tiba-tiba kita bertelanjang depan orang ramai. Depan keluarga, depan rakan seusrah, depan classmate/officemate, depan kaunter tiket bas dan dikedai makan.

"Geli-geleman weii pikir benda tu, rasa mcm ternoda weih."

"muntah orang lain tgk!"

"goosebump I naik weih terbayang nightmare mcm tu!" 

"Anta guna I You I You lagi ana naik goosebump aa!"

"naudzubillah minzhalik, ape kes nak terbogel!"

"sejuta tahun aku tak keluar rumah"

Begitulah respon-respon ahli usrah lainnya.

Nak tahu, seorang da'ie itu sentiasa dalam keadaan bogel melainkan.... "Apehal plak!! weii geli..." pintas Razak tak sempat saya habiskan ayat.

Gambar hiasan: Ayam berbogel di jakuzi

Seorang da'ie itu sentiasa dalam keadaan bogel melainkan dia memakai pakaian qudwah dihadapan manusia sekelilingnya. Qudwah yang baik adalah pakaian seorang da'ie.

Terpana saya. Saya sendiri yang terpana dengan kata-kata sendiri sejurus menghabiskan ayat itu didepan ahli-ahli usrah. Rasa macam selalu je terbogel dikhalayak. Aaa malunya, rasa taknak keluar rumah dah. Sejuta tahun saya taknak keluar rumah. huu..

Alhamdulillah, Allah Maha Pengampun.

Mulai hari ini, jangan lupa pakai baju. Jangan jadi da'ie bogel. Pakailah pakaian qudwah baik itu.


Pyanuddin al-Helmy, Pariser