Titik Tolak Memperoleh Keberkatan Masa
Allah
memiliki masa kerna masa adalah salah satu dari makhluk ciptaan Allah.
Allah menjadikan masa untuk alam ini & untuk manusia-manusia.
Tidak hairan bagaimana ada manusia yang masanya diberkati ada yang tidak.
Di dalam surah an-Naziat Allah menceritakan bahawa Allah menciptakan
siang dan malam baru menciptakan bumi dimana siang dan malam ini
menggambarkan penciptaan masa.
Logik bukan bagaimana 1 hari di
akhirat sama dengan ribuan tahun di dunia? Logik juga bagaimana ada
mayat-mayat tidak reput memandangkan masa (time) adalah salah satu
faktor kepada proses pereputan.
Maka kelakar apabila orang
tidak beriman mengatakan bagaimana mungkin hari akhirat itu abadi kerana
mereka berkata dalam konteks 'masa' dunia yang ada penghujungnya.
Begitu juga persoalan2 seperti, "boringnya duduk di syurga kalau seumur
hidup buat benda sama". Bukankah boring itu faktornya masa? Dan,
betulkah buat benda yg sama je di Syurga nanti?. Itu semua dalah
kata-kata orang yang ragu (tidak beriman/percaya)
Gambar hiasan: Abadi/Eternal
Kerana masa
dunia juga ada manusia yang tidak boleh terima bahawa Allah itu memang
sedia ada lalu mempersoalkan bila Allah mula wujud dan siapa lahirkan
Allah? Sekali lagi mereka tidak faham bahawa masa ialah makhluk ciptaan
Allah
Ya Allah, kurniakanlah kami ketetapan iman dan berkatilah
masa-masa kami. Kami tidak mahu menjadi orang yang rugi. Maga pimpinlah
kami supaya memenuhkan masa kami dengan sentiasa beriman kepada-MU,
sibuk dengan mengerjakan amal-amal Soleh, sentiasa berpesan-pesan kepada
kebenaran & sentiasa berpesan-pesan akan kesabaran (ref Al-Ahsr).
Pyanuddin al-Helmy, SS Mansion
1 comment:
mcm tu la org2 yang tidak beriman berfikir, guna logik akan jew.never talk in content of al-quran
Post a Comment