Pages

Tuesday, August 21, 2012

Saya Berusaha untuk Hidup di bawah Naungan Pembukaan/Muqaddimah [Syawal 1433]


Setiap suatu perkara ada pembukaan. 

Tujuan pembukaan adalah untuk memberi gambaran kasar kepada content utama perkara tersebut. Tujuan lain pembukaan ialah memberi mindsetting supaya dapat bersedia untuk memahami perkara yang nak disampaikan. Contohnya, apabila suatu majlis bermula, emcee akan memberitahu tujuan majlis dan apakah jadualnya supaya ahli majlis dapat menyusun waktu sepanjang majlis. Tujuan lainnya lagi adalah nak membentuk suasana. Sebagai contoh, akan ada adegan terkejut atau adegan meremangkan bulu roma di awal-awal movie hantu. Selain itu, pembukaan memberikan pelbagai kesan lain dalam penerimaan pendengar terhadap content yang akan disampaikan.

Saya berusaha untuk hidup di bawah naungan surah al-Fatihah.

Surah ini memang kena dengan namanya, kedudukannya dalam susunan surah-surah al-Quran dan kewajipannya untuk dibaca dalam setiap rakaat solat sebelum dibaca ayat-ayat Quran lainnya. Allah Maha Adil, meletakkan sesuatu tepat ditempatnya.

Pernah saya terfikir, boleh tak baca surah al-Fatihah atau sebahagian ayatnya selepas kita tamat baca Fatihah wajib dalam solat kita? Agak tidak sesuai kalau lepas kita baca muqaddimah, kemudian kita baca muqaddimah lagi kan?

7 ayat yang penuh makna di dalam surah ini. Pastinya dimulakan dengan melafazkan sesuatu yang diselarikan dengan niat iaitu moga-moga apa yang dibuat sentiasa ikhlas kerana Allah SWT. Itulah basmalah.

Pertama-tamanya, kita memahamkan diri kita bahawa perkara pertama-tama dalam setiap detik hati kita, tindak-tanduk kita dan sebab kita buat suatu keputusan hendaklah kembalikan kepada Allah (merujuk kepada ayat 2). Setiap perkara dalam kehidupan kita membuatkan kita kagum & berterima kasih kepada Allah. Hatta kemampuan kita untuk membaca al-Fatihah ini juga kita kembalikan kepujian kepada Allah dengan penuh rasa kesyukuran. Ayat ini memang muqaddimah kepada setiap insan yang sedar dirinya kerdil dan hamba yang sedang dimiliki oleh Allah SWT.

Bersyukur kepada Allah SWT yang sangat mengasihi & menyayangi kita sebagai hambaNya adalah perkara pertama yang kita letakkan dalam minda kita tentang kehidupan kita. Inilah muqaddimah kita setiap kali bangun tidur di pagi hari.

Mari kita renung ayat-ayat dalam surah ini. Cuba kita memahami bagaimana surah al-Fatihah ini adalah muqaddimah kepada seluruh isi kandungan al-Quran.

Al-fatihah adalah muqaddimah kepada asas kita memahami apakah itu islam dan di atas foundation apakah islam itu berada.

Bayangkan... Bukan bayangkan, tetapi sedarlah bahawa, inilah doa (surah al-Fatihah) yang diajarkan Allah kepada manusia, maka janganlah kita take for granted. 

Banyak doa yang ma'thur (popular) yang kita muslim tak hafal atau dengan kata lainnya kita sangat banyak terlupa apakah permintaan yang bagus untuk kita propose pada Allah. Akan tetapi, kerana kasihnya Allah kepada hamba-Nya, Allah mewajibkan kita menghafalnya dan mewajibkan untuk membacanya di dalam setiap rakaat solat kita. Allahuakbar! Sangat besar Rahmat Allah SWT berikan kepada kita. Semoga Allah berikan yang terbaik kepada kita semua.

Sebagai muqaddimah kita dalam menjalani kehidupan kita sebagai seorang muslim, adalah wajib bagi kita untuk sentiasa memohon petunjuk daripada Allah SWT. Ini kerana kita sebenarnya tak tahu bagaimanakah kita sepatutnya menjalani kehidupan di dunia ini melainkan tekaan-tekaan kita atau melalui ajaran nenek-moyang kita. Kita tahu, al-Quranlah petunjuk itu (al-Baqarah, 2 ayat 2). Menyedari akan hal ini, menjadi task utama kita di kehidupan dunia ini sentiasa memohon petunjuk dari Allah setiap masa, setiap ketika malah menjadi kewajiban kita untuk mencari petunjuk-petunjuk itu. Tanpa petunjuk dan rahmat Allah Ta'ala di dunia ini, kita akan terjerumus dalam neraka Jahannam. (Merujuk kepada al-Fatihah,1 ayat 6 dan 7).

Kita minta hidayah kan? Perkara pertama yang kita minta dalam hidup mestilah hidayah-hidayah dariNya. Inilah yang UTAMA dan SENTIASA dipinta, bukan duit, bukan isteri, bukan anak-anak, bukan bahagia, bukan harta, bukan kuasa dan bukan kejayaan. Bolehlah meminta perkara-perkara ini, selepas kita meminta hidayah & berusaha untuk securekan ianya dalam hidup kita.

Walaubagaimanapun, untuk menjadikan permintaan hidayah kita itu di'luluskan' Allah SWT, wajiblah kita membuat apa yang kita janjikan di dalam ayat sebelumnya (al-Fatihah, 1 ayat 5) iaitu "solely to Allah, I submit."

Solely to Allah I submit. Tidak sesekali kita sandarkan kepada perkara lain yang juga makhluk Allah SWT. Tidak kepada duit yang kita anggap akan menenangkan jiwa kita. Tidak kepada sponsor yang akan memberi duit kepada kita. Tidak kepada ibubapa yang akan menunaikan permintaan kita. Tidak kepada isteri kita yang akan menyiapkan hidangan atau melayani kita dan tidak kepada kerehatan yang banyak yang kononnya menyegarkan badan kita.

Di dalam sebuah Hadis Qudsi, Rasullullah SAW memberitahu kita bahawa Allah bedialog dengan kita setiap kali kita membaca surah ini. Subhanallah. Bercakap dengan siapakah yang paling baik kalau bukan berdialog dengan Allah SWT, tuhan yang menjadikan kita sihat dan hidup hingga kini, tuhan pemilik semesta alam.

Kesimpulannya, kehidupan yang membawa ke syurga adalah kehidupan di bawah naungan makna & mesej surah ini. Setiap ayat Quran yang kita baca adalah berasaskan keimanan & perlaksanaan kita terhadap al-Fatihah, maka fahamilah Qurah dengan rangka al-Fatihah.


Pyanuddin al-Helmy,
SS Mansion




No comments: