Pages

Saturday, October 24, 2009

Aku Sudah Pun dimiliki - Siri 1

Tersebutlah sebuah kisah yang jarang didengari oleh kaum manusia walaupun kisah ini berlaku betul-betul di dalam persekitaran yang manusia diami. Mungkin kerana banyak manusia kurang memerhati dan menilai apa yang berlaku di sekeliling mereka ataupun mereka terlalu sibuk dengan pelbagai urusan harian yang tidak mengenal siang atau malam. Kisah yang berlaku di sekitar Lembah Klang ini berlaku hampir setiap bulan, mungkin lebih dari sekali dalam sebulan. Tapi yang peliknya, ramai sangat orang di sekitar Lembah Klang ni tidak tahu dan tidak sedar pun tentang kisah ni, lagi-lagi yang tinggal di sekitar Petaling Jaya. Memang pelik.. Takpelah, biarlah aku ceritakan kisah tersebut supaya lebih ramai orang tahu dan sedar apa yang sedang berlaku di PJ, walaupun aku bukan orang PJ.

Ceritanya begini.. Ada sebuah kilang peralatan elektrik di Petaling Jaya berdekatan dengan Seksyen 51 (ha, carik sendiri kilang ape?) yang menghasilkan puluhan ribu biji mentol untuk diedarkan dan dijual ke seluruh negara. Disebabkan kisah ini berlaku tiap-tiap bulan, aku akan ceritakan kisah dari salah satu bulan. Bulan September la aku cerita. Pada dasarnya, sama sahaja ceritanya pada setiap bulan.

Maka pada bulan September lepas, seorang pekerja kilang ini memunggah masuk sebuah kotak yang dipenuhi dengan mentol ke dalam sebuah lorinya untuk dihantar ke sebuah kedai perabot di Damansara. Habis punggah, lori pun bergerak menuju ke kedai perabot tersebut. Dalam perjalanan yang sedikit panjang akibat traffic jam, berlakulah perbualan rancak antara 2 biji mentol yang berada di dalam lori tersebut.. Arghhh!! WHATT!!! Ni cerita dongeng ni beb!!! cerita kanak-kanak! baik aku tengok wonder pet weyh!!

Ala, relax2, aku sambung cerita ni bagi habis, tak dengar memang rugi.. Korang baca bagi habis, then korang nilai dongeng ke tak. Okay, maka berlakulah perbualan antara 2 biji mentol tersebut.

Mentol A: Oit orang sebelah, tidoq ka?
Mentol B: Assalamualaikum!
Mentol A: Hehe, waalaikumsalam..
Mentol B: Dok aaiih, manada tidoq, depa-depa yang len ni ja yang dok tidoq membuta. Aku tak suka tidoq siang-siang nih.
Mentol A: Anyway, apa nama hang?
Mentol B: Bee
Mentol A: Oh, just call me Aye okay
Mentol B: aaa, baik baik..
Mentol A: Sebenarnya aku ada persolaan untuk hang nih, saja ja nak tengok apa yang hang pikiaq, mungkin len dari apa yang aku dok pikiaq ka...
Mentol B: Ha, pa dia?
Mentol A: Apa cita-cita hang sebagai sebiji mentol? Apa yang at least hang nak buat atau capai sebelum hang mati ka?
Mentol B: Ooo.. Aku tau, aku tau... Aku nak jadi mentoi yang menyala terang utk manusia-manusia yang sedang belajaq.
Mentol A: Awat gitu?
Mentol B: Aku pernah dengaq yang ilmu memberi peradaban kepada manusia. Tanpa ilmu manusia akan menjadi jahil. Maka aku ingin membantu manusia dalam memajukan diri depa dan demi mencapai cita-cita depa.
Mentol A: Betoi jugak kata hang, tak terpikiaq pulak aku sebelum ni.
Mentol B: Hang pulak?
Mentol A: Aku? Mmm.. Aku ingin menjadi salah satu dari lampu-lampu yang memberi cahaya kepada mesjid. Aku ingin memiliki saham di dalam ibadah manusia dan dalam kerja-kerja institusi masjid. Menerangi manusia solat berjemaah, membaca Quran, beri'tiqaf, dengaq ceramah dan byk lagi lah..
Mentol B: Wah.. hang memang soleh!

Gambar Hiasan

Maka mentol-mentol itu terus berbual sehingga tibanya mereka di destinasi. Sejurus lori yang mereka naiki berhenti, lantas pintu lori dibuka dan mereka terdengar perbualan di antara pekerja-pekerja kedai perabot itu. Salah seorang pekerja kedai tersebut memberi arahan kepada seorang pekerja lain, "Man, ko ambik kotak-kotak mentol dalam lori tu, ko letak kat corner sana tu. By 4 O'clock petang ni aku nak kau dah siap pasang semua mentol tu kat lampu-lampu tidur colour blackwood tu ok!" kemudian dia menyambung lagi, "Man, ko jangan lupa usha manual lampu blackwood tu dulu, karang rosak pulak lampu-lampu tu".

Ah tidak tidak!! Mentol tadi sudah ada rancangan lain, dah ada cita-cita lain! Tetapi manusia dah menetapkan apa yang mentol-mentol tu akan jadi, manusia dah tetapkan pula kerja yang perlu dilakukan. Ini tidak adil untuk mentol-mentol!! Manusia dah merosakkan cita-cita murni mereka!!

Oh sekali-kali tidak, manusia itu adil terhadap mentol itu. Manusia tidak juga merosakkan cita-cita mereka, tidak sesekali.. Mentol tersebut dicipta oleh manusia demi memenuhi tujuan mereka diciptakan yang telah pun ditetapkan oleh manusia. Manusia mempuanyai hak mutlak terhadap pekerjaan mentol tersebut. Lagi-lagi mentol tu mentol 20 Watt, takkan la manusia nak jadikannya lampu study kot! Baik guna lampu florecent untuk lampu masjid, lagi terang dan jimat tenaga kan?

Maka, apa pengajaran dari cerita ni? InshaAllah kita akan ada sambungan untuk topik ini. Kalau aku tulis meleret-leret panjang pun tak ada orang larat nak baca. So dalam masa menunggu entry sambungan diterbitkan, cuba masing fikir kaitan cerita di PJ ni dengan kehidupan kita sebagai seorang manusia??

Nantikan sambungannya....... =P


7 comments:

abang kacak 2009 said...

boo boo guna blogspot. org suruh guna wordpress.

NHS Manchester said...

booo blogspot booooo.....

marilah berubah kepada wordpress...huhu....

btw, artikel yang memang power - menyentuh perkara yang selalu manusia terlupa dan selalu buat-buat lupa.

teruskan menulis, mudah-mudahan dapat menusuk hati-hati manusia.

asy syeikh al islam wat tarbiyah al akh al mujahid wal qowiy al jism wal fikr PYAN memang dewa!

akuhamba said...

salam singgah

Pyanuddin al-Helmy said...

abang kacak 2009: Terima kasih atas sokongan yang padu!

NHS Manchester: Belum habis lagi, siri 2 tak keluar lagi. Nak add conclusion before me dialu-alukan bro.

akuhamba: terima kasih menyinggah, saya budak baru belajar

Anonymous said...

siri 2 belum keluar.
Tp InsyaAllah dah boleh agak apa yang ingin disampaikan.

Anonymous said...

pyan...cepat la sambung entry ko tuh...bape byk episod?nti post entry kt blog lg ye...

regards:poklelah...

Pyanuddin al-Helmy said...

Anonymous(Oct 27): Anda memang seorang yang fitrah kerna mengagak apa yang ingin disampaikan. Siri 2 dah posted. Tepat tak agakkan? hehe

Anonymous(Oct 28): 2 siri je, dah kuar dah tu aa. selamat membaca..