Pages

Thursday, December 22, 2011

Arab Spring: Mungkin persiapan masih belum cukup

Mubarak jatuh, tapi mungkin rejim Mubarak tidak jatuh. Mungkin juga Mubarak jatuh bukanlah sebab tunduk kepada rakyat, tetapi 'kumpulan yang menguasai rejim' tersebut yang 'membuang' Mubarak demi kemaslahatan dan penerusan 'rejim' mereka. Lihatlah, tentera terus berkuasam rakyat dipijak begitu sahaja. Bak kata Al-Jazeera, "Has the revolution been aborted?".


Libya pula selepas matinya Ghaddafi, NTC mula 'expel' orang2 yang dianggap sebagai 'islamist' termasuk pemimpin2 Libya yang kembali ke Libya dari seluruh dunia selepas melarikan diri semasa zaman pemerintahan Ghaddafi. Kini NTC mahu liberal. Ada kemungkinan NTC jadi mcm Afghanistan
iaitu selepas bersatu melawan musuh, berpecah pula, hanya kerana masing-masing ada kepentingan puak tersendiri. Pasti Libya menghadapi cabaran yg besar kerana negaranya besar, rakyatnya sedikit lagi berbilang kabilah.


Mungkin juga akibat dari keadaan di atas yg menyebabkan Sheikh Said Ramadhan Al-Bouti 'mengharapkan' rakyat Syria agar tidak cuba menumbangkan Assad.

Mungkin.


Ada kemungkinan besar revolusi yang menelan jiwa ribuan manusia ini hanya kelihatan pada surface, tapi tidak 100% dialam realitinya.


Mungkin persiapan masih belum cukup.


Di Mesir, IM yang kini muncul lalu menubuhkan parti, sudah menzahirkan organisasinya, ahli-ahlinya dan prasarana-prasarananya, tetapi kuasa tidak pada tangan Rakyat. Kuasa di tangan tentera. Boleh jadi jika kuasa terus berada di Rejim ini, lebih mudah rejim ini memenjarakan dan membunuh ahli-ahli dan pimpinan IM. Lebih mudah berbanding zaman IM sgt berhati2 dan merahsiakan diri.


Walaubagaimanapun, ini pasti dan pasti langkah-langkah ke arah kemenangan yang hak. Ya, memang masih jauh. Allah pasti menguji. Mari kita sama-sama doakan agar terus menerus muslim berjuang untuk Allah, ikhlas. Hak terus menerus menang wlpn terpaksa mengharungi ujian getir.


Sama-sama ingt saudara kita dalam doa2 rabitah kita.


SAMA-SAMA JUGA TERUS BERJUANG, BERDAKWAH DAN MENDEKATKAN DIRI KEPADANYA

No comments: