Pages

Tuesday, November 30, 2010

Islamkah kita seperti keislaman al-Hasan al-Basri?

.....

Seorang tabi'en bernama al-Hasan al-Basri menghadirkan diri ke sebuah majlis perasmian yang dianjurkan oleh pihak berkuasa di bawah pemerintahan gabenor al-Hajjaj di Basrah. Gabenor al-Hajjaj merasmikan bangunan indah & hebat yang baru dibinanya. Di kesempatan ramainya penduduk bandar hadir ke majlis tersebut, al-Hasan ingin menggunakan sebaiknya peluang yang ada untuk menyampaikan dakwah & peringatan kepada penduduk bandar.

Tuesday, November 16, 2010

Cintailah Dia Kerana Allah


Cintai Dia Kerana Allah
Allah menciptakan semua makhluk berpasang-pasangan. Hal ini dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, sama ada daripada yang ditumbuhkan oleh bumi atau daripada diri mereka ataupun daripada apa yang mereka tidak mengetahuinya.”
(Ya Sin 36:36)

Manusia diciptakan terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Lantaran itu Allah mensyariatkan perkahwinan.

Saturday, November 6, 2010

Bersyukurlah & Senyuuum =)

Sudah berbulan-bulan tiada coretan di blog ini. Kali ni pun bukannya aku nak menulis mana, cuma nak menambah entry sahaja. Dengan kerja yang menimbun-nimbun, susah & penuh dengan suasana tekanan, yang hanya aku mampu berbuat adalah berusaha, senyum, bersyukur dan memohon kepada-Nya.

Hasbunallahi wa ni'mal wakeel. Innallaha' ma'assobiriin.


Bersyukurlah & Senyuuuuum =)











Pyanuddin al-Helmy, Badr

Thursday, August 12, 2010

RAMADHAN DI MANCHESTER from mcotmanchester.com



Bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan sudah menjelma.. MashaAllaah, Subhanallaah, ALhamdulillaaah, Allahuakbaaar…
Bak kata seorang ahli MCOT beberapa hari lepas di facebooknya,
Ramadhan approaching,
Mu’min’s hearts pounding,
Unbearable excitements…

Thursday, July 29, 2010

Never Ending Test

Di setiap sela waktu hidup kita, ada ujian yang tersendiri untuk kita

Di setiap saat itu, ada ujian yg tersendiri untuk kita

Di mana posisi pon kita, ada ujian tersendiri untuk kita

Thursday, July 15, 2010

The best prediction comes from the best plan

"The best prediction, comes from the best plan.
The best plan comes from Allah Ta'ala.."

From this quotation, comes few principles..

Thursday, May 27, 2010

Hidup segan mati tak mahu

...The busier you are...
.....your life becomes more lively....
............but..............
~lively in with what sense?~
..depends on what your are busy in tho..

-muhasabah mode-



Pyanuddin al-Helmy, The Pariser

Saturday, May 15, 2010

Tanzim Allah v. Tanzim Toghut



Tanzim Allah atau Organisasi/Team/Angkatan Allah diketuai oleh Allah Ta'ala. Seluruh alam berada di dalam tanzimnya kerana semuanya tunduk kehambaan kepadanNya. Allah menjadikan manusia sebagai GabenorNya (khalifah) di salah sebuah wilayahNya iaitu bumi. Sedangkan manusia ada yang tidak memperhambakan dirinya kepada Allah.. Maka gabenor ni kena buat kerja untuk pastikan makhluk-makhluk di bumi specifically manusia tunduk 100% tunduk kepadaNya dan berada di dalam Tanzim Allah.



Makhluk yang 'lupa diri' dari kalangan jin iaitu Iblis melihat ruang untuk mewujudkan Tanzim Toghut iaitu Tanzim yang menentang Allah.

"iblis menjawab: ""Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus," 
al-A'raf, 7:16 

Maka secara initialnya tiada Tanzim tengah-tengah (tunduk pada Allah tidak, tunduk pada toghut pun tidak - tak wujud). 

Walhal syaitan yang membawa kepada toghut itu (samaada secara besar-besaran atau secara halus) itu terdiri dari kalangan manusia dan jin. (Ketuanya jin ya iaitu Iblis a.k.a Azazil)

dari (golongan) jin dan manusia. 
an-Nas, 114:6 


Nah.. kita berada di dalam dalam Tanzim mana??? 


Secara tabi'nya, ada orang jadi pengikut dan pekerja sesuatu kumpulan secara jelas tahu apa kumpulan yang mereka ikut, apa tujuan kumpulan itu ditubuhkan dan apa misi yang ingin dicapai oleh kumpulan tersebut. Tetapi ada juga jenis 'pengikut' yang menjadi 'mangsa keadaan' terikut akan aktiviti-aktiviti kumpulan tersebut


Contoh ikut secara tak sengaja:

Persatuan bola sepak English iaitu England Football Association (FA). FA ada misi dia untuk memajukan bola sepak England di peringkat liga England itu sendiri dengan misi English Premier League menjadi liga terhebat di seantero dunia. Dalam masa yang sama mereka ingin memastikan pemain-pemain England di dalam liga itu atau di luar negara UK menjadi hebat supaya pasukan bola sepak England menjadi hebat dan mampu untuk memenangi World Cup untuk kali kedua (mimpi je la....).. Tapi untuk mencapai itu FA perlukan sokongan..

Sokongan dari:

1. Penaja-penaja (investor) dalam dan luar negara
2. Penyokong yang memenuhi stadium
3. Penyokong yang tonton tv, langgan ASTRO, SKY, MUTV dll
4. Pelancong-pelancong & peminat-peminat yang beli jersey dan sebagainya
5. Newspapers yang menghangatkan berita sukan lalu excited para pembacanya
6. Minuman dan makanan yang mengiklankan pemain-pemain bola dan pasukannya
7. dan banyak lagi nak sebut, banyak banyak banyak......

Accidentally, mereka mereka semua (mencecah 500 juta manusia agaknya) membantu menjayakan misi English FA.

....................................

hmm....


Accidentally, kita boleh jadi sebahagian dari Tanzim toghut secara tidak sengaja.........


YA ALLAH.. JAUHILAH AKU DARI TERGOLONG DARI GOLONGAN YANG MENGAJAK  MANUSIA DARI MENJAUHKAN DIRI DARI MU YA ALLAH......

Ampunkanlah dosa-dosa kami orang mu'min ya Allah..


Ingin aku bincangkan lebih mendalam kedua-dua tanzim ini. Tapi eloklah kita sama-sama berusaha dulu mengenali kedua-duanya. Cadangan aku berdasarkan ilmu cetek yang aku ada ialah:

1. Mari mengenal Allah dengan bersungguh-sungguh

2. Mari mengenal ghazwul fikr (serangan pemikiran)


Allahua'lam

Semoga bermanfaat.

Pyanuddin al-Helmy, Badr

Sunday, May 9, 2010

From lens, to your eyes and then fall onto your heart

Semenjak akhir-akhir ini tidak pula berkesempatan untuk tulis entry sendiri. So aku 'copy paste' entry orang lain aja. Entry asalnya di sini, jzkk Mr./Mrs. empunya blog tersebut. Sangat-sangat bermanfaat untuk dimuhasabah bersama especially photographer2 dan pencinta2 gambar DSLR. Selamat membaca hasil 'copy paste' aku. (dapat permission ok!)


Di subuh hari memulakan langkah.. Moga ditabahkan iman sepanjang mentari bersinar, sepanjang bulan menerangi. Teruja tengok kawan2 bergambar. betapa kepakaran mereka mengambil gambar sgt menarik. ilham dr Allah,alhamdulillah. tak semua boleh hasilkan gmbar yg baik kan, walau ramai je tukang komen. kamera panjang berjela dibawa ke sana sini. berat pon takpe. kagum sekejap. apa yg indah di mata semua ingin dirakam. yang tak indah pon jadi menawan. bukanlah entri ditulis utk membenci photographers sekalian. cuma mencadangkan beberapa perkara dr mata yg melihat ini. kerana pepatah 'a picture tells a 1000 words'. ya, nampak serupa mcm menulis puisi dan lirik, apa saje tafsiran boleh dibuat. semuanya terpulang pd yg membaca. 
Mcm tu lah jugak dgn gambar ni. ada masanya sekecil2 haiwan yg walaupun masih boleh dilihat dgn mata kasar tp seringkali kita abaikan, mampu buat kita mengagungi kebesaran Allah. kerdilnya insan perlukan kamera utk merakam ciptaan itu, mengedit supaya jelas.
dah nampak pon kdg2 ramai yg tak insaf. kenapa kamera DSLR mcm tu jd hobi rancak skg?kerana mereka tahu ada byk lagi benda oleh dirakam. mereka sedar luas lg bumi Tuhan ini belom diteroka. cuma, kesudahan gambar itu ke mana?adakah sekadar tatapan buat cuci mata?tayangan buat penanda aras diri hebat?hebat lg Yang Mencipta apa yg dirakam itu,subhanallah. kenapa tidak diguna utk mendekatkan diri kpd Yang Maha Indah?
cuma yg kdg2 dikesali, sbb kamera panjang ni boleh zoom jauh,yg kecil boleh enlarge jd gaban. maka,wajah2 ayu anak dara org dirakam. aksi comel puteri islam di'snap. mangsa ni kdg taktau pon. tau2 gambar ditayang dlm internet. tak caye?kalo ada kesempatan,lihat album photographers2 ini. adik cun melecun terpampang besar wajahnya. siap ada komen2 miang kt bawah tuh. mcm mana ye nnt kalo si gadis ni terjumpa. sedih ke bangga?
rakam la apa2,snap la apa2 pon..tp kalau boleh elak lah zoom yg teramat kpd puteri2 islam ni.boleh? sy pernah menggunakan alat cerapan yg boleh zoom berkilometer jaraknya. seronoknya la hai,rase macam ada mata baru. semua nampak. mujurlah alat tu cuma rekod bacaan jarak etc, bukan gambar sptmana DSLR boleh hasilkan. kalau tak sy pon lupa diri agaknya ;p

bukankah kita disuruh tundukkan pandangan? memandang dr kamera,bukan mulanya dr pandangan mata?

buat bakal2 mangsa, hati2 lah di tempat awam. hati2..hati2..taktau mcm mana nk sampaikan ketakutan ni,tp hati2 lah ye :(..sy tak tahu mcm mana nk sampaikan kpd photographer2 hebat tu semua. terpulang pd pembaca semua.

kita lupa barangkali, kamera Tuhan lg canggih,merakam segalanya. memori lg juta2 kali ganda, takde virus boleh rosakkan. esok di padang Masyhar di'present' dan di'display' kepada semua. renungan buat diri sendiri :)

sekadar beberapa contoh gambar dr website national geographic. tak sampai hati pulak nk tunjuk gambar adik2 cun yg dizoom dgn dasyahtnya. moga Allah ampuni para photographer, ampuni kita yg melihat dan ampuni jua mangsa keadaan. Amiiin~~

Wednesday, May 5, 2010

Sifat-sifat wanita idaman yang sejahtera & mensejahterakan

Dipetik dari website Hilal Asyraf . Jazakallah khair kathir Hilal. 
Untuk sumber asal artikel ini sila klik sini

Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib. Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimanan sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib. Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib.

Katakanlah amin.

Saya kagum dengan sifat malu yang wujud pada Anak perempuan Nabi Syu’aib. Selama ini saya sudah tahu akan kisahnya, tetapi semalam saya mendengar dengan penjelasan yang sangat-sangat mendalam, mencucuk, dan memberikan kesan dalam jiwa saya. Moga keluarga perempuan saya, bakal isteri dan anak-anak saya, semuanya Allah kurniakan sifat malu yang ada pada Anak Syu’aib. Sememangnya sifat malunya, perlu dicontohi perempuan yang ada.

Lelaki juga, apa salahnya mengambil pengajaran daripadanya.




Kisah yang tercatat di dalam Al-Quran

Dan ketika dia(Musa) sampai di sumber air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan(ternakan mereka berdua). Dia bertanya: "Mengapa dengan kamu berdua(menahan ternakan)"? Mereka menjawab: "Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.”
Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.
Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata: "Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”.  

Surah Al-Qasas ayat 23-25.

Di dalam kisah pendek tiga ayat ini, tersembunyi ibrah (pengajaran) yang sangat besar. Bukan hanya kisah pertemuan Musa dengan Anak Nabi Syu’aib yang kemudiannya mendidik kesabaran Musa. Bukan juga hanya kisah Musa yang baik hati membantu perempuan yang lemah. Bukan juga hanya kisah aturan Allah SWT yang cantik mengaturkan perjalanan Musa dalam rangka menjadikannya sebagai Nabi.

Tetapi di dalam tiga ayat ini, terdapat juga didikan untuk wanita. Allah hendak menunjukkan bagaimana urusannya wanita dan lelaki, dengan menunjukkan sifat malu yang wujud dalam diri Anak-anak Syu’aib.

Wahai manusia, Allah sedang berbicara dengan anda berkenaan Sifat Malu.


Sifat malu yang sangat tinggi 

Anak-anak Nabi Syu’aib tidak membenarkan diri mereka bercampuran dengan lelaki-lelaki lain walaupun mereka mempunyai kerja yang penting – memberikan minuman kepada ternakan mereka.
Mereka sanggup menahan ternakan mereka dan menanti walaupun keadaan itu sangat memberikan kekurangan kepada ternakan mereka nanti. Alasan lemah adalah alasan yang kedua. Alasan utama adalah kerana bergaulan, bercampuran dengan lelaki sememangnya menjatuhkan akhlak mereka. Kita sendiri, kalau melihat perempuan tolak menolak dengan lelaki, berebut-rebut dengan lelaki, bersentuhan tangan, bergeselan badan, bagaimana agaknya persepsi kita?

Maka Anak-anak Syu’aib menanti. Biar lapang baru mereka pergi. Tidak melanggar adab pergaulan, dan tidak pula mengundang kecederaan. Namun, melakukan sedemikian pastinya satu kekurangan untuk mereka. Kekurangan untuk binatang ternak mereka membesar dengan baik. Tetapi lihatlah Anak-anak Syu’aib, dunia dan akhirat yang mana mereka pilih?

Penjagaan diri mereka ini membuatkan mereka sangat mahal.


Tidak memanjangkan bicara 1(kondisi diajak bicara)

Musa yang berehat di bawah pokok berdekatan hanya memandang. Pelik di matanya melihat dua orang perempuan berdiri menunggu di tepi sumber air bersama ternakan mereka. Pastinya dua perempuan itu bukan menanti suami atau ayah mereka siap memberi minum pada ternakan kerana keduanya membawa ternakan masing-masing.

Atas dasar ambil berat, Musa bangun dan bertanya.
“Mengapa dengan kamu berdua?”
 
Dan lihatlah bagaimana cantiknya akhlak Anak-anak Syu’aib. Lihatlah bagaimana mereka menjawab dengan kata-kata yang pendek, tidak meleret-leret, malah menutup lubang untuk menyambung bicara lain.

Terus sahaja mereka menjawab: “Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya”

Terus kepada point. – Kami tidak dapat memberi minum sehingga pengembala-pengmbala itu mebawa balik binatang ternak masing-masing –
Menutup ruang untuk perbualan berpanjangan – dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya –
 
Lantas Musa tidak menyambung perbualan mahupun bertanya lagi. Malah dia juga sudah tiada alasan untuk bertanya kerana segalanya telah terjawab dengan jawapan ringkas itu. Kata-kata “dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya” itu telah menjawab soalan-soalan seperti: “Habis, mana ayah awak?”, “Abang awak tak ada ke?”, “Ish, kesiannya, kenapa ya macam tu?” dan lain-lain.
 
Sangat bersih peribadi Anak-anak Syu’aib dalam menjaga diri mereka. Tidak berminat memanjangkan bicara yang tiada kepentingannya. Dan lihatlah pula kepada Musa, sangat bersih peribadinya dengan tidak mencari atau memikirkan mana-mana peluang lain untuk berbual, tetapi tanpa banyak bicara terus membantu ketika itu juga.


Tidak memanjangkan bicara 2(kondisi pemula bicara)

Dan apabila Nabi Syu’aib melihat kedua anaknya pulang lebih awal dari biasa, dia kehairanan dan bertanya. Maka kedua anak itu menceritakan perihal lelaki yang berteduh di bawah pokok. Maka Nabi Syu’aib mengarah salah seorang anaknya pergi memanggil.

Lihatlah bagaimana anak itu, walau berseorangan, tidak lagi ditemani ahli keluarganya, tidak pula mengambil peluang bermanja-manja atau berkenalan dengan lelaki yang berjasa itu.
Malah dia berjalan dengan tersipu-sipu, berjalan atas sifat malu, dan terus berkata menyampaikan hajatnya:
“Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”
 
Tidak pula dia meleret-leret atau berpusing-pusing dahulu dengan sembang-sembang lain, tanya-tanya lain seperti:
“Eh awak, terima kasih lah tadi ya. Awak baik sangat. Walaupun kita tak kenal… bla bla bla”
“Awak siapa nama ya? Terima kasihlah tadi ya. Ah, ni ayah saya panggil. Dia kagum dengan awak. Yalah, siapa yang nak tolong perempuan masa ni… bla bla bla”

Tetapi Anak Syu’aib itu terus pada pointnya tanpa memanjangkan bicara – Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami – Habis cerita dan tiada lagi alasan untuk menyambung sembang baik dari Pihak Musa, mahupun pihaknya.
Dia melaksanakan amanah bapanya tanpa mengambil celahan pada amanah itu.

Bersihnya peribadi Anak Syu’aib. Sifat malunya sangat tinggi. Sangat menjaga budi pekerti. Tiada langsung apa yang dikatakan ‘gedik’ oleh manusia hari ini. Langsung tidak mengambil peluang berduaan dengan jejaka berjasa yang hebat itu. Dan lihatlah Musa. Bersihnya peribadi Musa, tidak pula mengambil peluang berduaan itu dengan memanjang-manjangkan sembang, mencari peluang berkenalan dan sebagainya.


Bagaimanakah kita hari ini?

Melihat Anak-anak Syu’aib, kita sepatutnya persoalkan diri kita.
Bagaimana kita hari ini?
Bila memberikan bantuan, bila meminta pertolongan, bila berbincang untuk sesuatu program di dalam mesyuarat, bila di Facebook, YM, dan di macam-macam situasi lagi. Bagaimanakah kita?
 
Di sini perlu kita lihat. Bagaimana Allah menunjukkan sikap Anak Syu’aib dan Musa AS. Anak Syu’aib mewakili perempuan, dan Musa AS mewakili lelaki. Bagaimanakah keadaan mereka, pergaulan mereka, akhlak dan peribadi mereka.
 
Adakah kita mencontohi?
 
Kebanyakan kita, kalau bercerita akan kisah Musa dan Anak Syu’aib, tak habis-habis menceritakannya dari sudut percintaan. Entahlah, saya pun tak faham. Kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha pun pergi cerita macam itu juga, balik kepada cinta.
Cinta nak kecoh. Malu tak mahu cerita. Macam mana masyarakat nak jadi bagus?


Penutup: Saya sangat kagum dengan Anak Syu’aib

Huraian ini diceritakan oleh pensyarah Hadith saya semester ini, Dr Samirah Tohir. Semasa dia menceritakan cerita ini, saya tak henti-henti tersengih. Entah kenapa, saya terbayang-bayangkan wanita yang mempunyai sifat malu seperti ini. Alangkah indahnya dunia kalau dipenuhi wanita-wanita sebegini. Terjaga pergaulan mereka, bersih peribadi mereka, cantik akhlak mereka, mahal harga diri mereka.

Kisah ini membuatkan saya berazam untuk mendidik diri dengan lebih kuat lagi. Biar nanti kalau Allah kurniakan saya anak perempuan, saya senang anak perempuan saya terjaga seperti terjagana anak-anak perempuan Syu’aib. Semestinya, anak-anak perempuan Syu’aib mempunyai akhlak yang sedemikian kerana terdidik dengan didikan ayahanda mereka, Nabi Syu’aib AS.

Ya Allah, kurniakanlah sifat malu Anak Syu’aib itu kepada perempuan hari ini.
Ya Allah, kurniakanlah juga keindahan akhlak Musa itu kepada lelaki hari ini.



Pyanuddin al-Helmy, Badr

Wednesday, April 28, 2010

Sharing of The Evening - April 27, 10 (Monthly digest)

Terlalu banyak perkara di dalam otak yang ingin dicoretkan di sini sebagai tazkirah (peringatan) diri sendiri dan sharing bersama, tetapi kekangan masa mengekang habis-habisan dari aku merealisasikannya.


Ada beberapa perkara yang ingin aku coret secara bullet point sahaja, pandai-pandailah elaborate sendiri, hehe;

1. Masing-masing tidak extreme, tetapi masing-masing ingat yang lain itu extreme (Worldwide)

2. Kita ingin anak kita pandai algebra, tetapi kita tidak menekankan kepentingan belajar algebra semasa dia berumur 4 tahun apatah lagi menyuruhnya belajar algebra. Waktu ini lebih penting kita mengajarnya mengeja, menghormati orang tua ataupun cara makan yang betul dan tidak bersepah (Worldwide)

3. Sangatlah dibenci di sisi Allah apabila kamu tidak mengerjakan apa yang kamu perkatakan (Word of Allah, as-Soff) (UK)

4. Time is your life. You'll be dead anytime soon. (Worldwide)

5. Sayalah orang tersebut (UK)

6. Everyone is in their own phase. Recognize in what phase are you in at this moment, and work hard & smart to be successful before entering the new phase. (Worldwide)



*word in bracket is intended to say that point is applicable to people in that location




Pyan, Pariser (Office)

Tuesday, April 6, 2010

Berdiam diri kerana tidak mahu menjadi orang yang hipokrit!

Apabila kita membuat suatu perkara yang menyedihkan seseorang, secara naturalnya kita akan mengelak dari orang tersebut, kita cuba elak dari ada eye contact apatah lagi direct contact.

Ketika sekolah rendah, kita pulang dengan bawak balik report card yang penuh dengan gred C & ke bawah, kita pun masuk ke rumah senyap-senyap, masuk bilik dan terus tidur. Tidak pula kita pergi jumpa emak  (orang yang kita kecewakan) dengan muka berseri-seri, beritahu dia kita fail beberapa paper kemudian makan tengahari sama-sama.

Mug kegemaran housemate (orang yang kita kecewakan), kita terpecahkan, susah sekali untuk kita memandang matanya tepat-tepat sambil meminta maaf.

Itu memang fitrah kejadian manusia. Menjauhkan diri dari orang yang telah kita kecewakan.

Apabila kita tidak buat arahan Allah sepenuh hati, apabila kita tidak meninggalkan larangan Allah sepenuh hati, siapakah yang kita kecewakan??

Jawapannya tentulah Allah..

Maka datanglah SYAITAN YANG DIREJAM kepada kita membisikkan, 

"Oi manusia, kau ni tak malu ke? Lepas kau kecewakan Allah, kau nak pergi jumpa dia pulak (solat)? Engkau nak pergi memperingat-ingat dia pulak (zikrullah)?  Engkau nak pergi berbincang akan perkara-perkara yang disuruh olehnya pulak (usrah)? Engkau nak buat-buat cover balik kesilapan kau pulak (menasihati orang)? Sudahlah manusia oii.. Engkau tak payahlah jadi hipokrit! baik ko duduk diam, engkau tu memang tak baik mane pun, so tak payahla kau nak susah-susah pergi solat jemaah, pergi usrah, pergi berukhuwah, pergi nasihat orang, takyah lah jadi hipokrit! Engkau menipu diri sendiri je!"

Sedar tak sedar kita terasa diri kita ini hipokrit (hasil bisikan syaitan). Sanggupkah kita kata itu bukan bisikan syaitan? Sanggupkah kita kata itulah justifikasi matang kita tanpa hasutan syaitan..? haihh.. Tidak pernahkah anda menghayati maksud sepenuhnya dari surah an-Nas atau secara spesifiknya ayat yang ke 3 hingga 6?

Anda tidak hipokrit. Tidak ada makna hipokrit dalam kamus hidup orang yang bertakwa/bersungguh2-untuk-bertakwa. Kerana orang bertakwa sedar mereka banyak kesalahan, tetapi mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membersihkan (tazkiyyah) diri mereka, bekerja (beramal) dengan lebih kuat serta meminta ampun (istighfar) dariNya setiap ketika. Hipokrit dalam konteks ini mainan syaitan. 

Jangan lah kita tunduk dengan permainan syaitan! Syaitan itu menyesatkan kita jauh dari rahmat & syurgaNya.


Pyanuddin al-Helmy, Badr

Saturday, March 27, 2010

Sharing of The Evening - March 27, 10

If you want to bake a pie from scratch, you have to create the universe first.

&

If you want to travel fast, you travel alone. If you want to travel far, we travel together

Pyanuddin al-Helmy, Badr

Thursday, March 11, 2010

Open Your Eyes!




Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony



Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
 


Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Thursday, February 25, 2010

Aku Memang Comel Ketika Kecil!

 

Tajuk yang penuh dengan perasaan perasan! hehe.. Aku tulis "Comel ketika kecil" ya, bukan "Comel semenjak kecil"! Ada la beberapa orang mengubah-ubah tajuk di atas sehingga mendatangkan kontroversi =P.

Aku lekat gambar-gambar di atas di bilik aku, bertentangan dengan kedudukan aku pabila kerja sedang dibuat di meja. Yang paling kiri tu aku tak ingat umur berapa, agaknya 2 tahun setengah mungkin. Yang tengah tu mungkin semasa darjah 4 (10 tahun) dan yang kanan sekali  semasa di Kolej Mara Banting, tahun 2003 agaknya.. Bersih sungguh muka aku dalam gambar-gambar ni. Tapi sekarang bersih juga kot, hehe..

Tengok dalam-dalam, fikir dalam-dalam, sekejap je masa berlalu. Di dalam selang-seli gambar tu mak abah aku membesarkan aku dengan kasih-sayang, tunjuk-ajar lembut dan tegas, cubit-tarik telinga lalu jadi lah aku sebagaimana aku sekarang ni. Kakak-kakak & adik aku juga banyak terlibat secara langsung dalam membentuk apa yang aku jadi sekarang. Memang betul, melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau dilentur-lentur ke arah timur, ke timur lah, lentur-lentur ke utara, utara lah dia, lentur-lentur sampai patah, patah la pulak. 
Dalam lentur-lentur tu, Allah lah yang menentukan sebenar-benarnya ke arah mana ia akan terlentur. Aku sangat-sangat bersyukur di atas usaha mak abah aku melentur, Allahlah yang menentukan lenturan itu menjadi dan membawa ke arah yang aku syukuri sekarang ini. 

Bak kata-kata yang penuh hikmah, jangan biar anda menentukan nasib diri anda sendiri, sedangkan Allah lah yang menentukannya. Jangan sehingga Allah membiarkan & mengabaikan aku, anda dan sesiapa sahaja yang membaca post ini. 

"Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu Kitab, dan menjualnya dengan harga murah, mereka hanya menelan api neraka ke dalam perutnya, dan Allah tidak akan menyapa mereka pada hari kiamat, dan tidak akan Menyucikan mereka. Mereka akan mendapat azab yang sangat pedih."

Al-Baqarah, 2: 174

Na'udzubillah min dzaalik (Moga Allah menjauhkanlah aku dari perkara itu)

Wahai aku & semua, bercintalah bersungguh-sungguh dengan Allah! Jiwang lah dengan Allah!
Wahai aku & semua, rapat-rapatkan lah diri kita dengan Allah supaya Dia tidak 'terabaikan' kita!
Wahai aku & semua, berkenalan lagilah dengan Allah & ikutlah cakap Dia!

- OUT -- Masak -

Monday, February 15, 2010

Sepi...

OhTakSempatNakUpdateBlogTambahEntry...

Tuesday, January 26, 2010

Apa Yang Kau Tahu?

Adakah kau tahu yang banyak perkara kau tidak tahu?
Adakah kau sedar bahawa terlalu banyak perkara yang kau tidak tahu?

__________________________________________

Bacalah,
Sebutlah dengan nama Tuhan Yang Menciptakan segala kejadian di dunia,
Bacalah,
Tulislah dengan pena Wahyu yang Diutuskan,
Risalah kebenaran untuk insan.

Seluruh KasihNya Dia telah Curahkan,
Tulus suci mengisi ruang hati,
Bagai dalam dingin, rindu berdakapan,
Dengan kata syahdu, kasih mesra bersatu.

Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?

Bacalah,
Lihatlah dengan mata,
Selami sanubari putaran panorama hidup ini.

Bacalah,
Tipuan mata hati,
Bisikan penuh mimpi,
Melamar kelalaian tidak henti.

Suruhan larangan telah Dia Sampaikan,
jangan pilih haluan yang dimurka,
kelak rebah diri, duka menangisi,
tanpa belas kasih, disiksa saban waktu.

 
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?

ua Hira' menggamit kisah silam,
satu peristiwa nabi bersendiri,
Iqra diturunkan, Muhammad ditabalkan,
tersuratlah sudah kalam dari Tuhan.

Sekian kalinya detik waktu berlalu,
apa terus berbakti untuk Dia???
Membalasi kasih syukur dengan nikmat,
amalnya bertambah, hikmahnya kan ketemu,

Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?
Apa Yang Kau Tahu?


Author: B. Nury

Saturday, January 2, 2010

Focus in Revision, Focus in Shalat!

Entry di bawah pernah aku tulis dalam sebuah mailing-list tahun lepas. Tapi ini adalah kali pertama aku zahirkan di dalam blog ini. 
___________________________________________________________________________

Di kala musim exam...


(Untuk yang study depan laptop/computer) ...