Pages

Wednesday, August 29, 2012

Transgender & Child Birth


One of the greatest act of worship that a female muslim may do is going through the pain of giving childbirth which a male muslim can't. If she dies during giving birth, she is considerd as died while bearing witness of the truth (syahid). Female muslim is blessed with that kind of opportunity despite of they can't do certain act of worship that male muslim can do.

I'm just thinking how a m
uslim that 'transexualled' himself to a female may do such great act of worship. I am sure that they are aiming high to impress Allah.

My suggestion for their daily muhasabah is, "Let be a male and obidient to Allah till die, then ask Allah to change my gender once I'm in heaven".

p/s: their in the last paragraph = male that has tendency to be female, but not yet transgenderred

Pyanuddin al-Helmy, SS Mansion

Tuesday, August 21, 2012

Saya Berusaha untuk Hidup di bawah Naungan Pembukaan/Muqaddimah [Syawal 1433]


Setiap suatu perkara ada pembukaan. 

Tujuan pembukaan adalah untuk memberi gambaran kasar kepada content utama perkara tersebut. Tujuan lain pembukaan ialah memberi mindsetting supaya dapat bersedia untuk memahami perkara yang nak disampaikan. Contohnya, apabila suatu majlis bermula, emcee akan memberitahu tujuan majlis dan apakah jadualnya supaya ahli majlis dapat menyusun waktu sepanjang majlis. Tujuan lainnya lagi adalah nak membentuk suasana. Sebagai contoh, akan ada adegan terkejut atau adegan meremangkan bulu roma di awal-awal movie hantu. Selain itu, pembukaan memberikan pelbagai kesan lain dalam penerimaan pendengar terhadap content yang akan disampaikan.

Saya berusaha untuk hidup di bawah naungan surah al-Fatihah.

Surah ini memang kena dengan namanya, kedudukannya dalam susunan surah-surah al-Quran dan kewajipannya untuk dibaca dalam setiap rakaat solat sebelum dibaca ayat-ayat Quran lainnya. Allah Maha Adil, meletakkan sesuatu tepat ditempatnya.

Pernah saya terfikir, boleh tak baca surah al-Fatihah atau sebahagian ayatnya selepas kita tamat baca Fatihah wajib dalam solat kita? Agak tidak sesuai kalau lepas kita baca muqaddimah, kemudian kita baca muqaddimah lagi kan?

7 ayat yang penuh makna di dalam surah ini. Pastinya dimulakan dengan melafazkan sesuatu yang diselarikan dengan niat iaitu moga-moga apa yang dibuat sentiasa ikhlas kerana Allah SWT. Itulah basmalah.

Pertama-tamanya, kita memahamkan diri kita bahawa perkara pertama-tama dalam setiap detik hati kita, tindak-tanduk kita dan sebab kita buat suatu keputusan hendaklah kembalikan kepada Allah (merujuk kepada ayat 2). Setiap perkara dalam kehidupan kita membuatkan kita kagum & berterima kasih kepada Allah. Hatta kemampuan kita untuk membaca al-Fatihah ini juga kita kembalikan kepujian kepada Allah dengan penuh rasa kesyukuran. Ayat ini memang muqaddimah kepada setiap insan yang sedar dirinya kerdil dan hamba yang sedang dimiliki oleh Allah SWT.

Bersyukur kepada Allah SWT yang sangat mengasihi & menyayangi kita sebagai hambaNya adalah perkara pertama yang kita letakkan dalam minda kita tentang kehidupan kita. Inilah muqaddimah kita setiap kali bangun tidur di pagi hari.

Mari kita renung ayat-ayat dalam surah ini. Cuba kita memahami bagaimana surah al-Fatihah ini adalah muqaddimah kepada seluruh isi kandungan al-Quran.

Al-fatihah adalah muqaddimah kepada asas kita memahami apakah itu islam dan di atas foundation apakah islam itu berada.

Bayangkan... Bukan bayangkan, tetapi sedarlah bahawa, inilah doa (surah al-Fatihah) yang diajarkan Allah kepada manusia, maka janganlah kita take for granted. 

Banyak doa yang ma'thur (popular) yang kita muslim tak hafal atau dengan kata lainnya kita sangat banyak terlupa apakah permintaan yang bagus untuk kita propose pada Allah. Akan tetapi, kerana kasihnya Allah kepada hamba-Nya, Allah mewajibkan kita menghafalnya dan mewajibkan untuk membacanya di dalam setiap rakaat solat kita. Allahuakbar! Sangat besar Rahmat Allah SWT berikan kepada kita. Semoga Allah berikan yang terbaik kepada kita semua.

Sebagai muqaddimah kita dalam menjalani kehidupan kita sebagai seorang muslim, adalah wajib bagi kita untuk sentiasa memohon petunjuk daripada Allah SWT. Ini kerana kita sebenarnya tak tahu bagaimanakah kita sepatutnya menjalani kehidupan di dunia ini melainkan tekaan-tekaan kita atau melalui ajaran nenek-moyang kita. Kita tahu, al-Quranlah petunjuk itu (al-Baqarah, 2 ayat 2). Menyedari akan hal ini, menjadi task utama kita di kehidupan dunia ini sentiasa memohon petunjuk dari Allah setiap masa, setiap ketika malah menjadi kewajiban kita untuk mencari petunjuk-petunjuk itu. Tanpa petunjuk dan rahmat Allah Ta'ala di dunia ini, kita akan terjerumus dalam neraka Jahannam. (Merujuk kepada al-Fatihah,1 ayat 6 dan 7).

Kita minta hidayah kan? Perkara pertama yang kita minta dalam hidup mestilah hidayah-hidayah dariNya. Inilah yang UTAMA dan SENTIASA dipinta, bukan duit, bukan isteri, bukan anak-anak, bukan bahagia, bukan harta, bukan kuasa dan bukan kejayaan. Bolehlah meminta perkara-perkara ini, selepas kita meminta hidayah & berusaha untuk securekan ianya dalam hidup kita.

Walaubagaimanapun, untuk menjadikan permintaan hidayah kita itu di'luluskan' Allah SWT, wajiblah kita membuat apa yang kita janjikan di dalam ayat sebelumnya (al-Fatihah, 1 ayat 5) iaitu "solely to Allah, I submit."

Solely to Allah I submit. Tidak sesekali kita sandarkan kepada perkara lain yang juga makhluk Allah SWT. Tidak kepada duit yang kita anggap akan menenangkan jiwa kita. Tidak kepada sponsor yang akan memberi duit kepada kita. Tidak kepada ibubapa yang akan menunaikan permintaan kita. Tidak kepada isteri kita yang akan menyiapkan hidangan atau melayani kita dan tidak kepada kerehatan yang banyak yang kononnya menyegarkan badan kita.

Di dalam sebuah Hadis Qudsi, Rasullullah SAW memberitahu kita bahawa Allah bedialog dengan kita setiap kali kita membaca surah ini. Subhanallah. Bercakap dengan siapakah yang paling baik kalau bukan berdialog dengan Allah SWT, tuhan yang menjadikan kita sihat dan hidup hingga kini, tuhan pemilik semesta alam.

Kesimpulannya, kehidupan yang membawa ke syurga adalah kehidupan di bawah naungan makna & mesej surah ini. Setiap ayat Quran yang kita baca adalah berasaskan keimanan & perlaksanaan kita terhadap al-Fatihah, maka fahamilah Qurah dengan rangka al-Fatihah.


Pyanuddin al-Helmy,
SS Mansion




Saturday, July 28, 2012

Titik Tolak Memperoleh Keberkatan Masa

 
Allah memiliki masa kerna masa adalah salah satu dari makhluk ciptaan Allah. Allah menjadikan masa untuk alam ini & untuk manusia-manusia.

Tidak hairan bagaimana ada manusia yang masanya diberkati ada yang tidak.

Di dalam surah an-Naziat Allah menceritakan bahawa Allah menciptakan siang dan malam baru menciptakan bumi dimana siang dan malam ini menggambarkan penciptaan masa.

Logik bukan bagaimana 1 hari di akhirat sama dengan ribuan tahun di dunia? Logik juga bagaimana ada mayat-mayat tidak reput memandangkan masa (time) adalah salah satu faktor kepada proses pereputan.

Maka kelakar apabila orang tidak beriman mengatakan bagaimana mungkin hari akhirat itu abadi kerana mereka berkata dalam konteks 'masa' dunia yang ada penghujungnya. Begitu juga persoalan2 seperti, "boringnya duduk di syurga kalau seumur hidup buat benda sama". Bukankah boring itu faktornya masa? Dan, betulkah buat benda yg sama je di Syurga nanti?. Itu semua dalah kata-kata orang yang ragu (tidak beriman/percaya)

 Gambar hiasan: Abadi/Eternal
Kerana masa dunia juga ada manusia yang tidak boleh terima bahawa Allah itu memang sedia ada lalu mempersoalkan bila Allah mula wujud dan siapa lahirkan Allah? Sekali lagi mereka tidak faham bahawa masa ialah makhluk ciptaan Allah

Ya Allah, kurniakanlah kami ketetapan iman dan berkatilah masa-masa kami. Kami tidak mahu menjadi orang yang rugi. Maga pimpinlah kami supaya memenuhkan masa kami dengan sentiasa beriman kepada-MU, sibuk dengan mengerjakan amal-amal Soleh, sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran & sentiasa berpesan-pesan akan kesabaran (ref Al-Ahsr).
Pyanuddin al-Helmy, SS Mansion

Tuesday, July 3, 2012

Da'ie Telan_jang


Pernah tak bayangkan tiba-tiba kita terbogel depan orang ramai? 

"Eww! kotor gila imaginasi you!!", kata rakan seusrah. Semenjak bila pula guna I You dalam usrah ni? (peluh besar di atas kepala)

Ah takde. Ini suatu paksaan. Siapa suruh baca artikel ini. Cuba bayangkan juga tiba-tiba kita bertelanjang depan orang ramai. Depan keluarga, depan rakan seusrah, depan classmate/officemate, depan kaunter tiket bas dan dikedai makan.

"Geli-geleman weii pikir benda tu, rasa mcm ternoda weih."

"muntah orang lain tgk!"

"goosebump I naik weih terbayang nightmare mcm tu!" 

"Anta guna I You I You lagi ana naik goosebump aa!"

"naudzubillah minzhalik, ape kes nak terbogel!"

"sejuta tahun aku tak keluar rumah"

Begitulah respon-respon ahli usrah lainnya.

Nak tahu, seorang da'ie itu sentiasa dalam keadaan bogel melainkan.... "Apehal plak!! weii geli..." pintas Razak tak sempat saya habiskan ayat.

Gambar hiasan: Ayam berbogel di jakuzi

Seorang da'ie itu sentiasa dalam keadaan bogel melainkan dia memakai pakaian qudwah dihadapan manusia sekelilingnya. Qudwah yang baik adalah pakaian seorang da'ie.

Terpana saya. Saya sendiri yang terpana dengan kata-kata sendiri sejurus menghabiskan ayat itu didepan ahli-ahli usrah. Rasa macam selalu je terbogel dikhalayak. Aaa malunya, rasa taknak keluar rumah dah. Sejuta tahun saya taknak keluar rumah. huu..

Alhamdulillah, Allah Maha Pengampun.

Mulai hari ini, jangan lupa pakai baju. Jangan jadi da'ie bogel. Pakailah pakaian qudwah baik itu.


Pyanuddin al-Helmy, Pariser

Saturday, May 26, 2012

Lagu Pembakar Semangatku


Beberapa hari lepas, saya mendapati satu pelajaran, of course untuk diri sendiri.


Masa itu tengah sedikit kurang motivasi membuat kerja. Tiba-tiba keluar idea (bisikan) untuk dapatkan irama-irama semangat dari Mr. Know All Videos iaitu Encik Youtube. 


Terbazir sedikit masa untuk cari irama-irama yang memberi semangat, termasuklah lagu dari seorang lagenda negara kita Malaysia iaitu Fikirkan Boleh. Kah Kah. Ada orang kata lagu itu ada unsur mendoktrin supaya cintakan BN. Whatever!! No politic in this article ok. Tapi bukanlah  lagu tu jadi pembina semangat buat masa itu. Masa tu tidak terasa membazir masa pun carik-carik irama, sebab merasakan ianya sebagai investment untuk dapat semangat yang akhirnya membuahkan ibadah yang baik (buat kerja sungguh-sunggu secara efektif). Saya juga tidak mencari lagu yang berlirik sebab biasanya lirik-lirik itu membingitkan, mengganggu konsentrasi lagi-lagi bila kita faham maksudnya, dan jarang sekali dapat memberi kebaikan pada saya apatah lagi meningkatkan iman. Of course tak cari lagu yang perempuan nyanyi. Not good for men health.


Saya ter came accross sebuah irama yang digunakan sebagai soundtrack sebuah movie. Memang movie yang hebat pasti soundtracknya hebat juga. Memang penangan iramanya menggemakan semangat yang tidak henti-henti, meremang bulu roma lebih dari bila mendengar lagu tema Champions League. Lantas bersemangat membuat kerja. Ada 3 4 kali juga dimainkan kononnya untuk melambungkan semangat ke tempat yang tinggi sehinggalah berlarutan selama 2 3 hari.


Sambil tengah menunggu Saudari Abaqus 6.10 menjalankan iteration, integration dan sebagainya, seiringan dengan itu pula irama semangat itu sedang berkumandang di earphone ini, tiba-tiba terfikir bagaimana irama ni boleh menaikkan semangat aku. How it works and what's the equation? Owh engineeringnya bunyi.


In the first place kenapa saya nak naikkan semangat? Itu persoalan hati saya yang pertama. 


Saya nak naikkan semangat supaya saya dapat buat kerja dengan lahabnya atau dalam bahasa inggerisnya, saya nak buat kerja research saya ini dengan penuh enthusiastik, fokusnya tinggi & efektif. Persoalan seterusnya, saya tanya diri sendiri kenapa saya nak buat kerja ni jadi efektif & memberi hasil?


Maaf, pasti korang kata saya punya method mempersoal diri agak cacat, kalau berdasarkan research question saya yang asal (yang bold tuh) Sepatutnya persoalan saya kearah pemilihan irama itu kan? Tapi saya pergi ke direction lain iaitu kenapa nak bagi semangat pula, macam tiada kaitan dengan perenggan-perenggan diatas pula. Don't worry, I'll get back kepada persoalan asal tu nanti. Persoalan kenapa nak semangat tu jauh lebih essential sebenarnya, barulah dapat jawab persoalan asal. Sebab saya nak tahu kenapa saya buat kerja ini. Who asked me to do this? It's a long haul of depressive and painstaking work okay!


...bersambung......


p/s: Dengar cerita dah ada Saudari Abaqus 6.12, version terbaru, saya masih berpasangan dengan Abaqus 6.10. Bilalah nak ganti 'awek' ni? Hope Puan Sakeena tidak jeles. I married Abaqus before you harhar :) . [ok nanti bawak balik Faluda Ice-cream wlpn nanti batuk]


Pyanuddin al-Helmy, Pariser

Monday, May 7, 2012

Aku 'sakat' kau boleh. Tapi ko kena respek aku!


Tengok orang lain kena prank memang seronok. Tengok orang lain kena sakat atau bahan pon seronok. Itu fitrah. Fitrah hati yang agak busuk. Gelakkan orang lain memang best, apatah lagi kalau kita yang membuatkan orang itu ditertawakan. Memang terasa diri inilah orang yang pandai menyakat dan menjadikan orang lain tertawa. Bangga pandai menyakat sebab tidak semua orang ada skills itu. 




Orang yang paling tidak tahan disakat, dibahan atau diacah-acah biasanya dialah paling kuat menyakat, membahan dan mengacah-acah.


Pabila orang yg diusiknya marah, dia merasa lucu & menganggap kawannya itu tidak sporting walaupun sudah lama kawannya itu bersabar.


Tapi pabila dia diusik walaupun dengan usikan level 1 atau level amatur, POWW melenting dia bukan main bagaikan kawannya itu telah membuat dosa paling besar didunia. 


Kadangkala, bukanlah kawannya itu mengusik pon, tetapi dengan ilmu sarkas dan sinis yang dia ada, dia sendiri pula terasa kawannya sedang mengenakannya. Dia bukan sahaja rasa kawannya sedang mengusik, tetapi rasa bagai diperli atau dikutuk habis-habisan.



Itulah norma manusia. 



Menyakat dan menggelakkan orang lain sampai bagai hilang maruah kawannya tidak menyebabkan dia rasa bersalah. Dia tidak akan rasa kehormatan kawannya digugat pun. Tapi kalau bab kehormatan dia, dia paling cepat mengatakan, "ko respek skit aku boleh tak?"



Harapnya kita tidak sebegitu rupa. 




Apalah agaknya ubat untuk penyakit sebegini?



Pyanuddin al-Helmy, SS Mansion

Wednesday, April 25, 2012

Angan-angan Yang Belum Menjadi Kenyataan


Ingin saya menulis dua topik yang banyak kait rapatnya dengan kehidupan saya semenjak dua menjak ini. Paling banyak kaitannya dengan kehidupan di dalam dunia memperbaiki diri dan menyeru orang lain (islah nafsak wa 'ud'u ghairak). Banyak sangat juga kaitannya dalam dunia dakwah & tarbiyyah atau di dalam perhubungan antara murabbi dan mutarabbi.


Minta maaf kepada pembaca yang tidak biasa dengan 'jargon' yang saya sebut di atas. Tidak mengapa, dunia ini penuh dengan ilmu, masa kita ada banyak. Gunalah sebaiknya untuk bekalan di akhirat & terus-meneruslah untuk belajar.


Topik yang ingin saya tulis ialah berkenaan:
1) Bagaimana kita terkeliru samada kita sedang berada dalam suasana di muhasabah atau kita berada dalam suasana sedang belajar masih memerlukan pedoman (guidance)
2) Apa bezanya tidak suka berbantah-bantah dengan ta'at secara membuta tuli.


Ok, saya senaraikan tajuk sahaja. Memang tak sempat nak mengarang. Maka tinggallah artikel ini keseorangan, hanya sebagai reminder kepada saya apakah tajuk yang boleh dikarang bila muncul masa lapang kelak.


Suspen tak?Maaf jika tajuk artikel misleading.


Pyanuddin al-Helmy, SS Mansion

Wednesday, January 25, 2012

Saturday, January 21, 2012

Lebih omputih dari omputih

Yes, English is my second language. I don't feel ashamed to admit it. I was born as a Malay. My parents grew me up in Malay culture and we conversed mostly in Malay. But, inevitably has to mention that my Abah encouraged us (including my sisters) to practice English in daily conversation. 


Generally speaking, some people loves to judge our competency in conversing English. Worse, when that judgement becomes the weapon of character assassination against us. They might throw their inappropriate silly judgement straight onto your face while we are arguing about topic that has nothing to do with language syntax and English grammar. Annoyingly, the judges are among Malays ourselves.


Truthfully, English people never done such things towards people who aren't speaking English as their first language. If they have to correct you, they'll do it politely such as reconfirming our statement by repeating our sentence with corrections. You guys who have experienced living in English-speaking countries must agree with me.


Don't get me wrong that I'm against improvements and advices. But what I'm telling you especially to Malays and non-English dudes that "Do not become MORE ENGLISH than the English".


***